omniture

Acision Peroleh Pakej Pembiayaan Semula untuk Menyokong Strategi Perubahan dan Tangani Peluang dalam Komunikasi Digital Beraneka

Acision
2015-02-05 04:35 117

READING, England, 5 Februari 2015 /PRNewswire/ --

Acision, pemimpin global dalam pemesejan mudah alih selamat dan penginovasi dalam teknologi WebRTC, berbesar hati mengumumkan ia telah mengumpul sebanyak $160 juta dalam pinjaman senior terjamin dengan sekumpulan pelabur sindiket. Sementara perjanjian tersebut akan membiayai semula keberhutangan sedia ada Acision, ia akan turut mengukuhkan kedudukan kewangan syarikat itu sepanjang empat tahun akan datang, membolehkannya mempercepat strategi perubahannya dalam mobilisasi aplikasi dan perkhidmatan, serta memanfaatkan sepenuhnya peluang yang dicipta oleh pasaran digital beraneka.

Pakej pembiayaan semula itu disokong oleh tetapan kali pertama daripada agensi kadaran:

  • Moody's Investors Service, ("Moody's"), yang telah memberikan Acision kadaran keluarga korporat (CFR) 'B2', dan menyatakan pandangan stabil, dan;
  • Standard and Poor's Ratings Services ("S&P"), yang telah menetapkan kadaran kredit korporat jangka panjang 'B' kepada Acision, dan menyatakan pandangan stabil.

"Acision telah berjaya menempatkan diri sebagai penyedia utama perisian dan perkhidmatan mesej mudah alih kepada Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO) serta Perusahaan global, mencapai pertumbuhan EBITDA kukuh dan kedudukan tunai yang mantap sepanjang empat tahun lalu. Pemesejan merupakan keutamaan kami. Oleh itu, untuk membina kekuatan kami, kami mempelbagaikan dan meluaskan perniagaan kami untuk membolehkan pemesejan IP generasi akan datang serta penyelesaian sekuriti untuk MNO, selain menumpukan kepada perkhidmatan mudah alih beraneka yang menangani secara terus peluang pengewangan bagi kedua-dua MNO dan Perusahaan," kata Karen Griffiths, Ketua Pegawai Kewangan di Acision.

Strategi Perubahan Acision

Sebagai sebahagian pacuan strategiknya, Acision dengan agresif mengejar sasarannya untuk menjadi pemimpin dalam penyelesaian komunikasi digital beraneka untuk Pengendali dan Perusahaan global, membentuk perniagaannya sekitar bidang memudah alikan dan mengewangkan aplikasi dan perkhidmatan. Kini, Acision memberi tumpuan terhadap tiga bidang perniagaan termasuk Infrastruktur Pemesejan (membolehkan pemesejan IP, SMS, MMS dan penyelesaian sekuriti yang dibina untuk MNO), Perkhidmatan Pengguna (penyelesaian pengewangan pemesejan), serta Perkhidmatan Pelibatan Beraneka (komunikasi beraneka, pemesejan selamat, OTT dan perkhidmatan WebRTC), yang difokuskan terutamanya terhadap Perusahaan dan juga komuniti pembangun.

Divisyen Perkhidmatan Pelanggan Acision, yang memanfaatkan perniagaan Infrastruktur Pemesejannya, menawarkan penyelesaian pengewangan mudah alih dan aplikasi kepada MNO. Mengambil milikan terhadap pasaran "Pengorkestraan Kredit" dan "Pengurusan Kitar Hayat Prabayar Masa Nyata", Acision telah membina penyelesaian yang menerajui industri yang direka untuk memanfaatkan pelanggan mudah alih global yang melanggan kontrak prabayar dan mungkin kehabisan kredit. Sehingga kini, Acision telah melancarkan penyelesaian ini dengan jayanya dalam beberapa rantau geografi di seluruh dunia, dan terus bertumbuh dalam pasaran membangun sementara syarikat itu memasukkan penyelesaian sambungan rentas pengangkut dan sempadan sebagai sebahagian portfolio ini.

Bagi meluaskan penawaran perkhidmatan mudah alihnya melangkaui komuniti pengendali kepada pembangun dan Perusahaan, divisyen Perkhidmatan Pelibatan Beraneka Acision telah dilancarkan untuk memajukan kemungkinan komunikasi masa kini, membolehkan dialog digital 2 hala lebih selamat dan pintar. Terdiri terutamanya daripada dua pengambilalihan baru-baru ini, Acision membeli MindMatics pada September 2014, untuk memberikan perkhidmatan pemesejan aplikasi kepada individu (A2P) selamat gred perusahaan (merentasi SMS dan IP) kepada peringkat terkemuka termasuk industri kewangan, penerbangan, pelancongan dan logistik. Aset Crocodile Technology yang dibeli pada November 2014, menambahkan perkhidmatan berasaskan WebRTC kepada portfolio Acision, untuk menawarkan komunikasi beraneka masa nyata terkini melalui SDK forge by Acision (suara, video, chat dan kehadiran), serta menyediakan tulang belakang kepada fuseMe by Acision, aplikasi pintar over-the-top (OTT) untuk pengguna dan Perusahaan.

Didier Banch, Pengerusi Eksekutif di Acision, menyimpulkan: "Komitmen dipertingkat ini memberikan kami peluang untuk memanfaatkan pertumbuhan pesat dalam komunikasi beraneka dan penyelesaian pemesejan selamat. Warisan selama lebih 20 tahun kami, model perniagaan mantap, rekod pengendali dan kehadiran bertambah dalam pasaran yang pantas berkembang, menandakan kami mempunyai kedudukan yang baik untuk memimpin serta melabur dalam perkhidmatan digital terkini, secara organik atau melalui pengambilalihan, dan juga menjadikan wawasan kami untuk Acision suatu realiti."

Latar Belakang Acision

Acision menghubungkan dunia dengan memperkasakan perkhidmatan mudah alih lancar dan relevan yang saling operasi merentasi platform IP serta memperkaya pengalaman pengguna bagi menghasilkan nilai dan juga peluang komunikasi baharu untuk pengangkut, perusahaan dan pengguna di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, lawati Acision di http://www.acision.com

Sumber: Acision

Source: Acision
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Wireless Communications Financing agreements