omniture

Perfect World akan Lancar Ujian Beta Terbuka untuk Seni Mempertahankan Diri MMORPG "Return of Condor Heroes" (Kembalinya Wira Condor) pada 20 September

Perfect World Co., Ltd.
2012-09-05 09:09 322

BEIJING, 31 Ogos, 2012 /PRNewswire-Asia-AsiaNet/ -- Perfect World Co, Ltd (NASDAQ: PWRD) ("Perfect World" atau "Syarikat"), sebuah pemaju dan pengendali permainan dalam talian terkemuka yang berpangkalan di China, mengumumkan ia akan melancarkan ujian beta terbuka untuk seni mempertahankan diri berasaskan 2D MMORPG, "Kembalinya Wira Condor," pada September 20, 2012.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2009/04/16/200904161852.jpg )

"Kembalinya Wira Condor" adalah MMORPG baru Perfect World yang diadaptasi daripada novel seni mempertahankan diri terkenal Louis Cha dengan nama yang sama. Dalam persekitaran permainan dalam talian berasaskan 2D tradisional, permainan ini menggunakan beberapa teknologi maju 3D untuk memberikan kesan visual yang halus dan pelbagai pilihan menyeronokkan kepada pemain. Menyediakan pengalaman permainan yang menyegarkan untuk peminat permainan 2D,  "Kembalinya Wira Condor" memperkenalkan ciri-ciri yang menarik, termasuk "Qinggong," satu permainan yang mengamalkan gaya seni mempertahankan diri dengan gerakan inkar-graviti, dan sistem kesayangan yang kuat.

Encik Michael Chi, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Perfect World, mengulas, "Saya amat sukacita membentangkan 'Kembalinya Wira Condor" kepada pemain kita pada musim luruh ini. Kami sentiasa komited untuk membangunkan judul berkualiti tinggi yang menggabungkan kekayaan budaya Cina. Dengan permainan dalam talian yang dibangunkan sendiri yang dilengkapi dengan pelbagai ciri kreatif, kami tidak sabar-sabar untuk membawa pengalaman yang lebih menghiburkan untuk pemain global kami dan memperkenalkan mereka kepada daya tarikan budaya Cina."

SUMBER:  Perfect World Co., Ltd. 

Source: Perfect World Co., Ltd.
Related Stocks:
NASDAQ:PWRD
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment