BANGKOK dan SHANGHAI, 9 Februari 2015 /PRNewswire/ -- eBaoTech, penyedia perisian global terkemuka untuk industri insurans hayat dan insuran harta benda & kasualti hari ini mengumumkan yang syarikat Thailand Southeast Insurance and Finance Group (SEG) telah memilih penyelesaian perisian eBaoTech, termasuk eBaoTech® LifeSystem Suite, eBaoTech® GeneralSystem Suite dan eBaoTech® GroupLife Suite, masing-masing bagi mengurus perniagaan insurans hayat individu, insurans umum, dan insurans berkumpulan secara berasingan. Penggantian ini akan membantu memperbaiki pengendalian hujung ke hujungnya serta kemampuan IT bagi menyokong pertumbuhan perniagaan dan strategi perubahan SEG.
Encik Chotiphat Bijananda, Pengerusi Lembaga Eksekutif SEG memberi komen tentang kepentingan penggantian sistem teras itu: "Kami tidak sabar-sabar lagi untuk mempunyai sistem teras baharu bagi menyokong strategi pertumbuhan perniagaan agresif kami yang menyasarkan untuk menjadi salah satu syarikat insurans terkemuka dalam perniagaan insurans hayat individu, insurans umum, dan insurans kumpulan di Thailand. Sistem insurans teras SEG yang sedia ada sudah tidak mampu untuk mengurus urus niaga yang semakin bertambah, untuk mempertingkat strategi B2B atau B2B2C kami, dan untuk menyokong rancangan pertumbuhan 3 tahun kami. Kami mencari sistem teras baharu yang boleh skala bagi mengendalikan jumlah yang sangat besar, boleh memberikan masa ke pasaran yang lebih singkat untuk produk dan perkhidmatan, serta fleksibel (boleh dikonfigurasikan) bagi mencipta produk, perkhidmatan, dan proses yang berbeza dalam keadaan persaingan yang berubah-ubah."
Woody Mo, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden eBaoTech berkata: 'Misi kami adalah untuk memudahkan insurans untuk syarikat insurans, pelanggan langsung, ejen, dan broker. Kami berbesar hati kerana dipilih sebagai penyedia perisian insuran teras bagi membantu SEG mencapai matlamat strategik mereka. Kami yakin dan komited untuk menyokong SEG bagi terus memperluas saluran pemasarannya, membangunkan pelbagai pilihan produk dan perkhidmatan bagi menawarkan perlindungan bernilai tinggi yang memenuhi keperluan serta tuntutan khusus setiap pelanggan mereka."
Dengan penyelesaian eBaoTech, SEG dapat memperbaiki kecekapan pengendalian keseluruhan, termasuk menyepadukan berbilang saluran, pelancaran produk lebih pantas, masa maklum balas pelanggan yang lebih singkat, dan kos pengendalian lebih rendah. Sistem eBaoTech menyokong pengendalian hujung ke hujung kitar hayat bagi semua produk insurans aliran utama, dengan darjah fleksibiliti dan kebolehan konfigurasi yang tinggi.
"Selepas pusingan penilaian dan penaksiran yang intensif, kami membuat keputusan untuk memilih eBaoTech sebagai penyedia perisian insurans teras dan rakan kongsi penyelesaian kami kerana mereka mempunyai prasarana produk dan kefungsian penyelesaian yang terbaik, pengetahuan industri yang mendalam, serta pengalaman bidang. Lebih penting lagi, mereka merupakan pilihan terbaik untuk bekerjasama dengan kami kerana sikap profesionalisme, semangat mereka, dasar berpaksikan pelanggan, berpacukan hasil, dan sikap tidak pernah menyerah kalah," tambah Dr. Apichai Boontherawara, Naib Pengerusi Lembaga Eksekutif SEG.
Latar Belakang Southeast Insurance and Finance Group (SEG)
Southeast Insurance dan Finance Group (SEG) merupakan syarikat gabungan TCC group, salah satu syarikat terbesar Thailand dengan kestabilan kewangan yang kukuh. SEG menawarkan pilihan menyeluruh produk dan perkhidmatan insurans serta produk kewangan di Thailand selama 69 tahun. Buat masa ini ia terdiri daripada 3 buah anak syarikat iaitu Southeast Insurance Plc., Southeast Life Insurance Plc., dan Southeast Capital Co.,Ltd. Dengan jumlah aset bernilai lebih 40,000 juta baht, ia menyasarkan untuk menyediakan penyelesaian kewangan dan insurans tersepadu bagi kestabilan gaya hidup, dan kelangsungan perniagaan untuk para pelanggan dan rakan kongsi perniagaan.
Latar Belakang eBaoTech
eBaoTech merupakan peneraju dunia yang memenangi anugerah dalam perisian insurans teras yang menyediakan nilai perniagaan signifikan kepada para pelanggan kami seluruh dunia daripada pembawa hayat dan harta benda dan kasualti (atau umum). Misi eBaoTech adalah untuk "memudahkan insurans"; dengan membuatkan insurans lebih pantas, lebih baik, dan lebih menjimatkan kos bagi semua pihak dalam ekosistemnya. Dengan lebih 130 cawangan dalam lebih 30 buah negara, eBaoTech menerajui industri dalam pelaksanaan sedunia. Pendekatan "Kejayaan Pelanggan Pantas" kami membolehkan pelanggan memecut masa ke pasaran daripada bertahun-tahun menjadi berbulan sahaja dan memperkasa perubahan perniagaan melalui penggantian pantas sistem yang diwarisi. www.ebaotech.com.
Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Fiona Zhang
eBaoTech
Telefon: +86-21-6140-7777x3003
E-mel: Fiona.zhang@ebaotech.com