omniture

Farfetch Umumkan Pelancaran Kempen Pengiklanan Sulung: UNFOLLOW

Laman E-Dagang Global Bekerjasama dengan Agensi Kreatif Pemenang Anugerah Droga5 untuk Membangunkan Kempen Jenama Bersepadu Sepenuhnya
Farfetch
2015-02-09 15:00 120

LONDON, 9 Februari 2015 /PRNewswire/ -- Farfetch, platform dalam talian bagi butik-butik terbaik dunia, mengumumkan hari ini pelancaran UNFOLLOW, kempen cetak pertama, digital dan pengiklanan luar syarikat itu. Droga5 telah dikekalkan untuk membangunkan kempen tersebut.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/English/7442351-farfetch-inaugural-campaign-unfollow/

"Sementara peruncit fesyen dominan menentukan trend kepada umum, dan sementara kebanyakan pengguna fesyen menganggapnya sebagai perlumbaan untuk mengikut, Farfetch menawarkan akses kepada fesyen mengikut syarat masing-masing, memberi keberanian kepada pelanggan kami untuk meluahkan sifat individu mereka. Kempen ini merakamkan semangat mereka yang membeli-belah di luar ikutan yang jelas dan berfikir secara aktif untuk diri mereka sendiri," kata Ketua Pegawai Pemasaran Farfetch, Stephanie Horton.

Farfetch menyediakan akses dalam talian kepada 300 daripada butik paling maju dan tersendiri dalam laman tunggal yang mana rangkaian jenama serta produk adalah tiada tandingannya. Slogan "300 Butik, 1 Alamat" melambangkan usaha jenama Farfetch untuk menyatukan campuran berbeza butik-butik yang terletak begitu jauh, menyampaikan rekaan luar biasa dan koleksi yang tersedia rapi pada satu platform.

Dirakamkan di Capetown oleh jurugambar Charlie Engman, UNFOLLOW meraikan gaya tunggal pelanggan Farfetch yang mencintai fesyen melalui imej model yang dilihat dari belakang. Iklan tersebut memaparkan sudut pandangan fesyen yang benar-benar menunjukkan pakaian tanpa label atau wajah terkenal, mencabar pelanggan untuk mencari yang tidak terduga, untuk tidak mengikut orang ramai.

Nik Studzinski, Pengarah Kreatif Eksekutif, Droga5 mengulas, "Kami gembira bekerjasama dengan Farfetch dalam kempen jenama mereka yang pertama. Dengan UNFOLLOW kami menyasarkan untuk menampilkan Farfetch sebagai syarikat yang terbina untuk mereka yang benar-benar mencintai fesyen dan bukannya sekadar mengikut tanpa berfikir. Suatu jenama yang tidak terikat dengan konvensyen sedia ada dalam kategori fesyen. Tiada kebolehjangkaan atau wajah terkenal. Hanya pakaian unik dan seruan untuk menggalakkan orang ramai untuk tidak mengikut."

Pelancaran kempen iklan tersebut hadir ketika Farfetch menikmati gelombang pertumbuhan mantap dan menambahkan inisiatif untuk terus meningkatkan pengalaman pelanggan. Farfetch terus menumpukan terhadap peluasan antarabangsa dengan perjanjian butik baharu dan kandungan disetempatkan sepenuhnya serta terjemahan laman tersebut. Berikutan pelancaran berjaya laman bahasa Jepun, Rusia dan Mandarin, Farfetch mengumumkan mereka akan melancarkan laman berbahasa Korea, Sepanyol dan Jerman pada 2015.

Nota kepada Penyunting 

Kempen UNFOLLOW akan dilancarkan pada Mac 2015

Latar Belakang Farfetch

Farfetch merupakan cara revolusi untuk membeli fesyen. Laman sesawang perintis itu menyatukan lebih 300 butik pereka bebas terbaik dunia, dari Paris, New York dan Milan ke Bucharest, Helsinki dan Ibiza, membolehkan pelanggan membeli rangkaian tiada tandingan bagi label serta rekaan. 

Gedung rakan kerjasama kami telah dipilih dengan cermat untuk pendekatan unik, sikap berpandangan jauh dan kepelbagaian mereka, termasuk butik-butik terkenal seperti Browns di London, L'Eclaireur di Paris, H. Lorenzo di LA, Fivestory di New York dan Smets di Luxembourg.

Diasaskan pada 2008 oleh usahawan Portugis José Neves, Farfetch menawarkan gedung sebenar ini peluang untuk bersaing dengan pemain utama dalam peruncitan dalam talian. Dan, bagi pencinta fesyen indah, ia menawarkan peluang untuk memenuhi keghairahan dan membeli-belah di seluruh dunia.

http://www.farfetch.com

@Farfetch #Unfollowers

Source: Farfetch
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Fashion Internet Technology Web Site New products/services