omniture

Pengecas Pantas DC XCharge Buat Penampilan Sulung Malaysia di EVM Asia 2024

XCharge
2024-11-20 10:00 0

KUALA LUMPUR, Malaysia, 20 November 2024 /PRNewswire/ -- XCHG Limited ("XCharge" atau "Syarikat") (NASDAQ: XCH), peneraju global bagi penyelesaian pengecasan EV bersepadu dengan bangganya membuat penampilan sulungnya di Malaysia di EVM Asia 2024 melalui perkongsian bersama PCA Group. Membawakan Pengecas DC Pintarnya yang mendapat pujian, C6EU, di ekspo antarabangsa yang utama ini, XCharge memajukan komitmennya untuk mempercepat pembangunan infrastruktur EV di seluruh dunia.

Penyelesaian Pengecasan DC Pintar C6EU Pemenang Anugerah

C6EU, pengecas DC XCharge yang memenangi anugerah, menawarkan julat kuasa boleh dikonfigurasikan daripada 60 hingga 200 kW dan menerima Red Dot Award yang berprestij pada tahun 2016. Terkenal dengan reka bentuknya yang luar biasa dan prestasi yang mantap, penyelesaian ini terbukti berkesan di lebih 25 negara. Ia sesuai untuk pelbagai senario, termasuk hab pengecasan pantas, infrastruktur awam, kumpulan pengangkutan komersial dan pasar raya.

Dilengkapi dengan kecerdasan canggih, C6EU menyokong operasi jarak jauh, penyelenggaraan dan penaiktarafan perisian yang berterusan, memastikan pengalaman pengecasan yang lancar dan stabil. Ciri pengurusan beban pintarnya mengupayakan pelarasan output automatik berdasarkan bilangan kenderaan yang dicas dan jumlah kuasa yang tersedia di tapak, mengoptimumkan kecekapan sambil memaksimumkan potensi hasil.

Selongsong keluli tahan karat 304 berkualiti tinggi C6EU dan penarafan IP54 memastikan ketahanan dan keandalan yang selanjutnya dalam keadaan mencabar.

Portfolio Penyelesaian Pengecasan Pantas Komprehensif XCharge

Selain daripada C6EU, XCharge turut menawarkan Siri Sifar Bersih (NZS) bersepadu bateri dan Pengecas Ultra-Pantas C7.

NZS membawakan sistem storan tenaga dengan kapasiti boleh dikonfigurasikan 233 kWj atau 466 kWj dan menyampaikan kuasa output sehingga 210 kW, yang hanya memerlukan 60 kW kuasa input. Ini menjadikan pengecasan pantas boleh diakses di pelbagai lokasi yang lebih luas, termasuk kawasan dengan had grid, seperti kawasan luar bandar.

Sementara itu, Pengecas Ultra-Pantas C7 memberikan kelajuan pengecasan pantas sehingga 400 kW. Disokong oleh sistem penyejukan cecair, ia memastikan prestasi yang dioptimumkan dan pengalaman pengecasan yang dipertingkat.

Menyokong Infrastruktur EV Malaysia yang Semakin Berkembang

Malaysia muncul sebagai pendahulu serantau bagi peralihan EV, dipacu oleh matlamat negara yang bercita-cita tinggi untuk meluaskan rangkaian pengecasan EVnya. Permintaan terhadap pengecas pantas DC semakin meningkat bagi memenuhi keperluan infrastruktur awam, terutamanya untuk lebuh raya.

XCharge berkedudukan baik untuk menjadi daya penggerak dalam peralihan Malaysia menuju pengangkutan hijau. Dengan pengalaman yang luas dalam pasaran global, syarikat ini membangunkan secara strategik portfolio penyelesaian pengecasan pantas komprehensif yang sejajar dengan permintaan grid tempatan.

Dengan menembusi pasaran Malaysia, XCharge mengesahkan sekali lagi komitmennya untuk memajukan masa depan sifar bersih, menyampaikan inovasi berterusan yang memfokuskan pada penyelesaian pengecasan EV.

Latar Belakang XCharge

XCharge, ditubuhkan pada tahun 2015, ialah peneraju global bagi penyelesaian pengecasan EV bersepadu. Syarikat menawarkan penyelesaian pengecasan EV komprehensif yang merangkumi terutamanya pengecas pantas DC, pengecas pantas DC bersepadu bateri termaju, serta perkhidmatan yang disertakan. Melalui gabungan antara teknologi pengecasan proprietari XCharge, teknologi sistem storan tenaga dan perkhidmatan yang disertakan, Syarikat meningkatkan kecekapan pengecasan EV dan menyerlahkan nilai storan dan pengurusan tenaga. Komited untuk menyediakan penyelesaian pengecasan EV yang inovatif dan cekap, XCharge berusaha dengan giat ke arah mencipta masa depan hijau global yang amat penting untuk pertumbuhan dan pembangunan dalam tempoh jangka panjang.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://investors.xcharge.com/

Kenyataan Safe Harbor

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan. Kenyataan ini dibuat di bawah peruntukan "safe harbor" Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian A.S. 1995. Kenyataan yang bukan fakta sejarah, termasuk kenyataan mengenai kepercayaan dan jangkaan Syarikat, ialah kenyataan pandang ke hadapan. Kenyataan pandang ke hadapan melibatkan risiko dan ketidakpastian yang ada dan beberapa faktor yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara daripada yang terkandung dalam mana-mana kenyataan pandang ke hadapan. Dalam sesetengah kes, kenyataan pandang ke hadapan boleh dikenal pasti melalui perkataan atau frasa seperti "boleh," "akan," "menjangka," "menduga," "menyasarkan," "bermatlamat," "menganggar," "berhasrat," "merancang," "percaya," "berpotensi," "terus," "adalah/mungkin", atau ungkapan lain yang serupa. Maklumat lanjut berhubung hal ini dan risiko, ketidakpastian atau faktor lain disertakan dalam pemfailan Syarikat dengan SEC. Semua maklumat yang diberikan dalam siaran akhbar ini adalah pada tarikh siaran akhbar ini dan Syarikat tidak menjalankan apa-apa kewajipan untuk mengemas kini maklumat berkenaan, kecuali seperti yang dikehendaki di bawah undang-undang yang terpakai.

 

Source: XCharge
Keywords: Auto Computer/Electronics Electronic Design Automation Transportation New products/services Trade show news