omniture

Quantinuum Dinamakan Pemenang dalam 2024 Next Big Things in Tech Awards Fast Company

Quantinuum
2024-11-20 15:00 25

Pemproses kuantum System Model H-2 dipuji sebagai 'Next Big Thing in Tech' di Fast Company Awards tahunan keempat.

BROOMFIELD, Colo., 20 November 2024 /PRNewswire/ -- Quantinuum, syarikat pengkomputeran kuantum bersepadu terbesar dan terkemuka di dunia, telah diiktiraf oleh Fast Company sebagai pemenang dalam 2024 Next Big Things in Tech Awards dalam kategori Pengkomputeran, Cip, dan Teknologi Asas. Pada tahun keempat, senarai ini mengiktiraf kejayaan teknologi yang berpotensi untuk membentuk masa depan masyarakat kita. Penghargaan berprestij ini menunjukkan kemajuan Quantinuum dengan pemproses kuantum System Model H2 mereka, yang terbaharu dalam siri pengumuman penting.

Quantinuum has been recognized by Fast Company as a winner in the 2024 Next Big Things in Tech Awards in the Computing, Chips, and Foundational Technology category Proof and translations not for approval
Quantinuum has been recognized by Fast Company as a winner in the 2024 Next Big Things in Tech Awards in the Computing, Chips, and Foundational Technology category Proof and translations not for approval

 

Pemproses Kuantum H2 Quantinuum: Satu Kejayaan dalam Pengkomputeran Kuantum

Dilancarkan pada tahun 2023 dan dinaik taraf pada tahun 2024, pemproses kuantum H2 mewakili kemajuan besar dalam pengkomputeran kuantum. Sebagai sistem yang menjadi penanda aras terbaik dengan volum kuantum tertinggi dalam industri, H2 adalah bukti laluan Quantinuum dalam memimpin dunia ke arah masa depan pengkomputeran kuantum universal yang boleh bertfungsi sepenuhnya walaupun terdapat kerosakan.

"Model Sistem H2 mewakili kemajuan besar dalam pengkomputeran, menunjukkan keupayaan yang tidak lagi dapat disimulasikan sepenuhnya oleh komputer klasik," kata Dr. Rajeeb Hazra, Presiden & CEO Quantinuum. "Reka bentuknya yang unik telah membawa kepada pencapaian besar, termasuk penciptaan 12 qubit logik yang boleh dipercayai dan peningkatan 100 kali ganda dalam penanda aras pengkomputeran kuantum utama, Persampelan Litar Rawak (RCS). Keputusan ini telah menjadikan sistem kami penting kepada aliran kerja pengkomputeran kuantum hibrid, menggabungkan sistem kuantum berprestasi tinggi kami dengan penyelesaian AI dan HPC terkemuka."

Inovasi ini berpotensi untuk merevolusikan bidang seperti kimia, penemuan ubat, dan ramalan kewangan, menunjukkan implikasi yang luas daripada hasil usaha Quantinuum.

Pelan Hala Tuju ke arah Pengkomputeran Kuantum Toleransi Kerosakan Sepenuhnya Sejagat

Quantinuum baru-baru ini melancarkan pelan hala tuju yang dipercepatkan untuk mencapai pengkomputeran kuantum toleran kerosakan sejagat pada tahun 2029. Laluan bersepadu ini bukan sahaja menekankan kemajuan perkakasan tetapi juga memberi tumpuan kepada keupayaan perisian kritikal yang penting untuk menyampaikan penyelesaian pengkomputeran kuantum bertindan penuh dan pengkomputeran kuantum hibrid. 

Sistem Quantinuum seterusnya, Helios, akan dilancarkan pada tahun 2025 dengan 96 qubit dan akan membantu memanfaatkan kemajuan saintifik yang akan mengatasi keputusan pengkomputeran klasik.

Maklumat Tentang Quantinuum

Quantinuum, syarikat pengkomputeran kuantum bersepadu terbesar di dunia, perintis komputer kuantum yang berkuasa dan penyelesaian perisian canggih. Teknologi Quantinuum memacu kejayaan dalam penemuan bahan, keselamatan siber dan kecerdasan buatan kuantum generasi yang akan datang. Dengan lebih daripada 500 pekerja, termasuk 370+ saintis dan jurutera, Quantinuum menerajui revolusi pengkomputeran kuantum merentasi benua.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2561512/Quantinuum_Fast_Company_2024.jpg?p=medium600

 

Source: Quantinuum
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Awards STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics) Artificial Intelligence