DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 9 Februari 2015 /PRNewswire/ --
Pemenang 'Anugerah UAE Drones for Good', anugerah terbesar sepertinya di dunia, diumumkan hari ini dengan kehadiran Yang Mulia Mohammed bin Rashid Al Maktoum, menteri Emiriah Arab Bersatu dan tetamu kehormat antarabangsa. Pertandingan tersebut, yang dilancarkan pada Persidangan Kemuncak Kerajaan 2014, berlangsung di Dubai Internet City di hadapan ramai pengunjung. Persidangan Kemuncak Kerajaan menumpukan terhadap bagaimana teknologi akan membentuk semula kerajaan dan perkhidmatan awam melalui pengenalan dron, robotik dan inovasi lain; Persidangan Kemuncak 2015, berlangsung pada 9-11 Februari, akan menampilkan inisiatif baharu yang mengujakan.
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150207/728402 )
Flyability dari Switzerland memenangi geran sebanyak AS$ 1 juta dalam Pertandingan Antarabangsa tersebut. Pasukan Flyability telah membangunkan Gimball, sebuah dron yang dapat memasuki ruangan sempit dan terbang dengan selamat berhampiran manusia, yang terbukti amat berkesan dalam misi menyelamat. Ia dilindungi sangkar berputar yang menjadikannya mampu mengekalkan kestabilan walaupun berlaga dengan halangan dalam persekitaran mencabar.
Ketua pasukan Flyability Patrick Thevoz berkata, "Kami bersusah payah mencari pembiayaan untuk membangunkan dron mencari dan menyelamat kami tetapi inisiatif Persidangan Kemuncak Kerajaan UAE ini, Drones for Good, bermakna kami dapat membangunkan projek kami secara komersial dalam tempoh setahun, serta dengan kemampuan Flyability pergi ke tempat yang berbahaya untuk penyelamat, bagi menyelamatkan nyawa.
"Anugerah Drones for Good merupakan yang pertama sepertinya. Ia memberi inspirasi, kerana walaupun terdapat banyak anugerah untuk penyelidikan akademik, tidak banyak yang dikhususkan ke arah aplikasi sosial teknologi baharu. Ia membolehkan pasukan yang bersemangat seperti kami maju ke hadapan dan menjadikan ini satu realiti. Anugerah Drones for Good merupakan peluang unik untuk membantu orang ramai menyedari mesin terbang ini mampu memberi impak positif kepada masyarakat," tambah beliau.
Sepanjang tempoh acara yang berlangsung selama dua hari itu, 39 peserta separuh akhir dalam tiga kategori mempersembahkan demonstrasi secara langsung projek mereka kepada panel juri antarabangsa. Terdapat juga divisyen unruk peserta kebangsaan yang memenangi AED 1 juta.
"Anugerah UAE Drones for Good merupakan hasil nyata wawasan Yang Mulia Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum untuk menggunakan secara optimum inovasi dan teknologi bagi manfaat manusia. Anugerah UAE Drones for Good menunjukkan komitmen kami untuk menetapkan penanda aras global dalam usaha ini," kata Yang Berhormat Mohammed Abdullah Al Gergawi, Menteri Hal Ehwal Kabinet UAE.
"Saya mengucapkan tahniah kepada para pemenang pertandingan hebat ini, yang menunjukkan cara menakjubkan kita dapat menggunakan dron untuk kebaikan. Semua penyertaan mempunyai kemampuan untuk mengubah dunia menjadi lebih baik untuk dihuni dan kami yakin mereka akan terus mengilhamkan penemuan baharu," tambah Y.B. Al Gergawi.
Para pemenang Anugerah Entiti Kerajaan UAE dan Pertandingan Kebangsaan adalah Etisalat dan Wadi Drones.
Maklumat lanjut tentang pertandingan Drones for Good tersedia di http://www.dronesforgood.ae dan maklumat lanjut tentang Persidangan Kemuncak Kerajaan boleh didapati di http://www.thegovernmentsummit.org/en.
Sumber: The Prime Minister's Office of the United Arab Emirates