ISLAMABAD, Pakistan, 10 Februari 2015 /PRNewswire/ -- ET Solar Energy Corp. ("ET Solar"), penyedia penyelesaian tenaga pintar terkemuka, mengumumkan kerjasamanya dengan TechAccess bagi membuat pelaburan bersama dan membina dua loji kuasa solar sejumlah 21.5MW di Pind Dadan Khan, Punjab, Pakistan.
Bertindak sebagai penyedia kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan/pengendalian & penyelenggaraan (EPC/O&M) serta pelabur minoriti, ET Solar akan menawarkan penyelesaian sedia guna termasuk kejuruteraan dan reka bentuk, bekalan peralatan luar pesisir, pembinaan awam dan elektrik darat, serta pengendalian dan penyelenggaraan projek
Projek-projek binaan darat itu, satu berkuasa 11.5 MW dan satu lagi 10 MW, terkandung dalam kuota 50 MW pertama yang diluluskan dalam bulan Januari 2014 oleh Lembaga Pembangunan Tenaga Alternatif, Pakistan, di bawah Penetapan Tarif Fotovoltan Solar negara itu. Tambahan lagi, ia juga terkandung dalam kumpulan pertama projek solar yang diluluskan di bawah rejim tarif pendahuluan oleh Badan Berkuasa Kawal Selia Kuasa Elektrik Kebangsaan Pakistan.
"Kerjasama ini merupakan suatu pencapaian besar bagi kami yang mana ET Solar membawakan kepakaran EPC kami yang bertaraf dunia kepada negara yang baru sahaja mahu membangunkan tenaga solar. Keutamaan tinggi yang diberikan pihak berkuasa Pakistan kepada tenaga solar, prospek pertumbuhan ekonomi negara itu, serta sokongan kuat daripada TechAccess memberi kami keyakinan yang tinggi untuk turut serta dalam pertumbuhan pasaran ini," ulas Dennis She, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ET Solar. "Lebih-lebih lagi, kami benar-benar berbangga dapat memainkan peranan penting dalam menangani kekurangan tenaga Pakistan yang semakin serius dengan projek ini serta projek akan datang yang lain dengan sasaran jangka masa terdekat sebanyak 100 MW. Projek-projek ini bukan sahaja akan mengukuhkan kedudukan kami sebagai penyedia EPC/O&M terkemuka di dunia tetapi juga menambah kepada portfolio IPP global kami."
"Dengan perkongsian bersama ET Solar, kami teruja dapat membawakan tenaga solar mesra alam ke Punjab sebagai pemegang saham majoriti projek itu," kata Shomail Ghalib, Ketua Pegawai Eksekutif TechAccess. "Di bawah pusingan kedua penetapan tarif itu, kami berkongsi jangkaan yang meyakinkan dan positif untuk pertumbuhan pasaran fotovoltan Pakistan, dan kami tidak sabar-sabar lagi untuk bekerjasama rapat dengan ET Solar bagi membangunkan bersama serta melabur dalam tiga lagi projek fotovoltan solar 25 MW dalam 1-2 tahun seterusnya."
Latar Belakang ET Solar
ET Solar adalah penyedia penyelesaian tenaga pintar terkemuka. Dengan teknologi solar inovatif dan penyelesaian kewangan tersuai khusus, ET Solar menyediakan penyelesaian profesional sehenti sepanjang kitar hayat loji kuasa solar termasuklah pembangunan, pembiayaan, kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan, dan pengendalian serta penyelenggaraan. Untuk maklumat lanjut, sila lawati: http://www.etsolar.com.
Latar Belakang TechAccess
TechAccess merupakan penyedia IT tertambah nilai terkemuka, menyediakan penyelesaian perniagaan hujung ke hujung kepada sektor perusahaan dan pertengahan pasaran. Piagamnya adalah untuk mengambil alih, mengekalkan, dan membangunkan saluran mampan dan menguntungkan untuk semua vendor serta pengedarnya. Beribu pejabat di Dubai, dengan pejabat cawangan di Riyadh dan Kaherah, operasi mereka merangkumi lebih 16 buah negara serata Timur Tengah, negara-negara Levant dan Afrika Utara.
TechAccess telah memasuki pasaran Pakistan sebagai salah satu pemaju projek kuasa solar pertamanya dan bertekad untuk menumpukan seluruh usaha serta tenaga kepada pasaran solar Pakistan. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawati: http://www.techaccess.com.
Aequitas (Private) Limited dahulunya dikenali sebagai Crosby Capital Pakistan (Private) Limited dan RIAALAW telah bertindak sebagai penasihat kewangan serta perundangan bagi projek itu.
Untuk butiran lanjut, sila hubungi:
Eric Zhang
Tel: +86-25-8689-8098 samb. 9011 / +86-136-4518-8386
Faks: +86-25-8689-8097
E-mel: eric.zhang@etsolar.com / pr@etsolar.com