omniture

nanoFlowcell AG Persembahkan QUANT F Baharu di Geneva

Kereta elektrik dengan jarak perjalanan 800 km dan prestasi mengagumkan
nanoFLOWCELL AG
2015-02-10 17:00 162

ZURICH, 10 Februari 2015 /PRNewswire/ --

- Rujukan silang: Gambar boleh didapati di epa european pressphoto agency (http://www.epa.eu) dan http://www.presseportal.de/pm/112223/nanoflowcell-ag  -

 "Kereta ini amat berkuasa, mesra alam dan unik dalam satu," kata Nunzio La Vecchia, Ketua Pegawai Teknikal di nanoFlowcell AG, berkenaan QUANT F baharu, yang akan dipertunjukkan buat kali pertama di dunia semasa Pertunjukan Motor Antarabangsa Geneva 2015 pada 3 Mac 2015.

Kereta salun sukan elektrik empat tempat duduk dengan teknologi pacuan nanoFlowcell® itu merupakan pembangunan bagi QUANT E bermula pada tahun 2014, kereta pertama dengan pacuan sel aliran yang diluluskan oleh pihak berkuasa pemeriksaan teknikal TÜV Jerman.

"QUANT F baharu ini telah dijuruterakan dan direka semula sepenuhnya. Dengan transmisi automatik 2 kelajuan baharunya kami telah membangunkan sistem pacuan baharu, yang belum pernah wujud setakat ini. Transmisi 2 kelajuan ini telah dibangunkan secara dalaman khusus untuk prestasi QUANT yang mengagumkan dengan nanoFlowcell®. Kelajuan tertinggi lebih 300 km/j dalam mod semua elektrik dengan teknologi pacuan nanoFlowcell® dan emisi berbahaya sifar melengkapkan ciri prestasi mengagumkan QUANT F baharu.

QUANT F baharu – prestasi dinamik mesra alam dengan 1090 kuasa kuda/801.69 kW

"QUANT F merupakan rekaan semula yang lengkap bagi pendahulunya, QUANT E, dan berbeza bukan sahaja daripada segi rupa bentuk dengan warna merahnya tetapi juga sebagai hasil penyepaduan komponen teknikal yang baharu dibangunkan. Kami telah mencapai penambahbaikan lanjut dalam angka prestasi dengan nanoFlowcell®. Dengan QUANT F kini kami dapat mencapai output puncak sebanyak 1090 PS/801.69 kW bagi tempoh terhad dan voltan terkadar maksimum sebanyak 735 V (sebelumnya 600 V). Ini merupakan peningkatan besar bagi kenderaan elektrik. Dalam hubungan ini, saya ingin menyatakan bahawa kami sebagai penyelidik tidak berminat untuk meningkatkan angka kuasa kuda/kW, tetapi sebaliknya merealisasikan apa yang mampu dicapai daripada segi teknologi. Atas sebab-sebab ekonomi dan teknikal, voltan terkadar bagi operasi normal QUANT F akan berada pada anggaran 400 V pada masa akan datang. Ini membolehkan pemanduan cekap dan menjimatkan serta menandakan jarak perjalanan lebih jauh disertai prestasi mengagumkan dengan emisi berbahaya sifar," terang Ketua Pegawai Teknologi, Nunzio La Vecchia.

nanoFlowcell® yang dipertingkat membekalkan secara berterusan 50 ampere arus ke dalam sistem penampan QUANT F yang baru dibangunkan, Seterusnya, sistem penampan ini dapat membekalkan lebih 2000 ampere buat seketika apabila diperlukan untuk prestasi penuh. "Pada pengetahuan kami, tiada siapa yang pernah membangunkan sistem yang memberikan lebih 2000 ampere dalam kereta penumpang di jalan raya. Ini suatu yang unik. Kami berjaya mencapainya dengan menggabungkan bateri aliran kami dengan sistem penampan baharu. Sistem ini membuka potensi besar bagi masa depan mobiliti elektrik," kata Nunzio La Vecchia.

Suatu monokok yang baru dibangunkan terbina daripada gentian karbon dengan tetiang A lebih tirus memberikan QUANT F ruang dalaman yang lebih luas dan garis rekaan elegan sambil menawarkan keselamatan luar biasa untuk empat penumpang.

Jarak perjalanan 800 km dengan nanoFlowcell® dan bendalir ionik

Selain data prestasi dan rekaan hebat QUANT F, kenderaan itu turut mempunyai jarak perjalanan yang mengagumkan: "Sila pertimbangkan bahawa kami memandu kereta salun sukan sepanjang 5.25 meter dalam mod elektrik sepenuhnya bagi jarak sejauh 800 km. Ini bukanlah kereta kecil, tetapi salun besar untuk empat orang. Sebuah salun sukan. Oleh itu, nanoFlowcell AG sedang memimpin jalan ke arah bentuk mobiliti lestari masa akan datang," terang La Vecchia.

Sebagai sistem pacuan alternatif, nanoFlowcell® dikendalikan dengan bendalir ionik. "Tidak menggunakan hidrogen dan oksigen seperti dalam sel bahan bakar konvensional, kami bekerja dengan dua bendalir ionik – satu dengan cas positif dan satu dengan cas negatif," jelas Nunzio La Vecchia. Dengan kapasiti tangki keseluruhan sebanyak 500 liter, terdiri daripada dua kali 250 liter dalam dua tangki yang dimuatkan berasingan dalam substruktur QUANT, dalam tempoh hanya enam bulan kami telah mencapai peningkatan jarak perjalanan sebanyak lebih 30 peratus berbanding dengan QUANT E daripada 2014. "Kami hanya dalam fasa permulaan kerja pembangunan kami. Kenyataan yang kami menyimpan tenaga untuk pacuan kami dalam bendalir memberikan kami kelebihan besar berbanding sistem yang digunakan sehingga kini dalam bidang mobiliti elektrik. Kami dapat menggunakan kesemua rongga dalam kenderaan tersebut untuk mengangkut bendalir ionik itu. Memandangkan bendalir tersebut tidak mudah terbakar atau tidak toksik, kami yakin kami berada di laluan yang betul dengan medium ini," tambah Nunzio La Vecchia.

Gandar hadapan yang boleh diputuskan untuk prestasi optimum

Sebagai satu lagi inovasi pada QUANT F, pacuan 4x4 semua roda kekal, yang dilaksanakan melalui empat motor elektrik, dapat diubah secara automatik kepada pacuan roda belakang pada kelajuan tinggi yang sesuai atau kadar pecutan tinggi. Bagi tujuan ini gandar hadapan dinyahcekam dan seterusnya berputar dalam mod melahu. "Kami berusaha memberikan pemandu dengan pecutan dan kestabilan optimum dalam setiap situasi pemanduan, terutama pada kelajuan tinggi. Ini lebih mudah dicapai dengan pacuan roda belakang daripada pacuan 4x4 kekal," terang La Vecchia.

Aerofoil belakang 2 peringkat untuk pemanduan sporti

Aerofoil 2 peringkat merupakan satu lagi ciri baharu pada QUANT F. Ia diaktifkan secara automatik apabila mencapai kelajuan 80 km/j, mengaplikasikan kuasa angkat negatif tambahan kepada roda belakang untuk pemanduan sporti, terutamanya pada kelajuan tinggi. "Hasil rekaan aerodinamiknya, QUANT F mencapai pekali seret yang luar biasa. Aerofoil belakang 2 peringkat membolehkan pemandu mengenakan cengkaman yang diperlukan kepada jalan untuk pemanduan lebih sporti, walaupun pada kelajuan dan kadar pecutan lampau tinggi. Ia merupakan keseronokan paling hebat di belakang roda stereng," jelas Nunzio La Vecchia.

Lampu hadapan "QUANTeYES"

"Sebagai sebuah syarikat penyelidikan dan pembangunan, kami sentiasa berusaha menolak sempadan dan memperkenalkan inovasi yang tidak diketahui pasaran. Sebagai contoh  pada 2014 terdapat sensorFlow Technology®, suis kapasitif kami yang dipancarkan kepada kayu sebenar. Kini kami telah menghasilkan sesuatu yang baharu sekali lagi dalam bidang teknologi cahaya: Dalam lampu hadapan QUANT F kami telah memasang kristal berpencahayaan belakang yang memancarkan "Q" untuk QUANT apabila lampu hadapan dihidupkan. Lampu hadapan QUANT F kini mempunyai rupa mata dengan anak mata. Mata QUANT – memberikan nama QUANTeYES.  Ini memberikan keseluruhan bahagian hadapan lebih personaliti dengan wajah yang istimewa," nyata Ketua Pegawai Teknikal La Vecchia.

Luaran sudah pun 100 peratus sesuai dengan keperluan homologasi, dalaman lebih 90 peratus sesuai

Dengan QUANT F baharu, nanoFlowcell AG menyasarkan untuk memperoleh homologasi bagi tujuan pengeluaran siri. "Luaran QUANT F baharu sudahpun 100% mematuhi keperluan berkaitan homologasi pengeluaran siri pada peringkat teknikal. Dalamannya sekitar 90% mematuhi keperluan homologasi. Keperluan homologasi kini masih perlu dipenuhi pada paparan belakang, beg udara, ujian pelanggaran kompleks dan ujian formal serta dokumentasi. Ujian pelanggaran akan dijalankan di AS dan Jerman.  Namun saya mesti mengatakan, membiarkan sebuah kereta yang menakjubkan melalui ujian pelanggaran benar-benar menjengkelkan saya," kata Nunzio La Vecchia, Ketua Pegawai Teknikal di nanoFlowcell AG.

Maklumat untuk media

Sesiapa yang ingin memperoleh impresi peribadi terhadap QUANT F baharu dapat berbuat demikian semasa Pertunjukan Motor Antarabangsa Geneva 2015 (hari berita: 3 dan 4 Mac 2015, PALEXPO, dewan 1, pondok 1224. Dibuka kepada umum: 5-15 Mac 2015). Temu bual peribadi dapat diaturkan di sini. Sekiranya anda berminat, sila hubungi pasukan berita untuk tujuan akreditasi, perancangan dan urusan lain. Sidang berita berlangsung di pondok QUANT pada 3 Mac 2015 pada jam 8.30 pagi.

Maklumat perhubungan media

Sila hubungi pasukan berita nanoFlowcell AG untuk memohon temu bual pada Pertunjukan Motor Antarabangsa Geneva 2015 dan dengan sebarang pertanyaan umum:

Pejabat Berita nanoFlowcell AG
Volker Pulskamp-Böcking
d/a HERING SCHUPPENER
Mainzer Landstraße 41, 60329 Frankfurt/Main, Jerman
No. Tel.: +49-(0)69-92-18-74-28
Tel. Bimbit: +49-(0)173-70-161-30
E-mel: presse@nanoflowcell.com

Internet: http://www.nanoflowcell.com
Facebook: https://www.facebook.com/nanoflowcell
Twitter: https://twitter.com/nanoflowcell

Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150210/728362-a
Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150210/728362-b
Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150210/728362-c

Source: nanoFLOWCELL AG
Keywords: Alternative Energies Auto Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology New products/services Trade show news