omniture

Teknologi Penutup Tin Minuman Boleh Tutup Semula XO Generasi Akan Datang bagi 2016

XOLUTION GmbH
2015-02-10 20:41 241

MUNICH, 10 Februari 2015 /PRNewswire/ -- Berikutan pengenalan pasaran global yang berjaya bagi penutup tin minumannya yang boleh ditutup semula dua tahun lalu, XOLUTION GmbH, beribu pejabat di Munich, Jerman, mengumumkan penutup tin generasi seterusnya dan peningkatan besar kapasiti pengeluarannya bagi 2016 untuk memenuhi permintaan global bagi teknologi XO.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/English/7428951-xo-resealable-beverage-can/

Sistem XO merupakan penyelesaian berevolusi untuk tin minuman yang membolehkan orang ramai menutup semula tin minuman berkali-kali dan menikmatinya mengikut keinginan mereka. Tidak seperti tin minuman biasa yang hanya boleh dibuka sekali, tin minuman dengan teknologi XO mempunyai penutup dengan mekanisme bukaan plastik tersepadu yang membolehkan tin itu ditutup semula serta disimpan untuk diminum kemudian. Apabila memandu kenderaan, bersukan atau membeli-belah, minuman kekal segar dan berkarbonat tanpa tumpah, menitis atau dimasuki kotoran mahupun serangga!

Sistem penutup XO merupakan pembangunan produk baharu yang inovatif bagi tin daripada 200ml hingga 1.0 liter. Mekanisme bukaannya yang "mesra pengguna" berfungsi dengan hanya menarik penutup/buka tersepadu, kemudian menolaknya ke belakang untuk minum dan ke hadapan untuk menutup. Tin yang boleh ditutup semula mempunyai tekanan yang stabil dan kedap gas serta cecair sepenuhnya. Satu penutup kalis usik menutup dan mengunci bahagian pembuka dan patah apabila dibuka kali pertama, menjamin bahawa tin itu belum pernah dibuka sebelumnya. Kadar aliran XO yang tinggi menambah kepada pengalaman meminum yang baharu. Penutup XO yang boleh ditutup semula adalah sesuai untuk pelbagai produk dan boleh diproses pada barisan pengisian sedia ada tanpa melibatkan pengubahan sistem atau pelaburan modal.

Marc von Rettberg, Ketua Pegawai Eksekutif XOLUTION, menyatakan tentang XO: "Kami telah mengambil masa lebih empat tahun dalam penyelidikan dan pembangunan pesat bagi menyiapkan rekaan penutup boleh ditutup semula XO untuk menahan tuntutan paling berat terhadap tin minuman. Kami yakin penutup XO semasa akan mengubah industri tin minuman seperti yang dilakukan oleh kotak minuman boleh ditutup semula TETRAPAK sedekad lalu. Para pengguna hanya menanti untuk membawa minuman dalam tin kegemaran mereka ke mana jua mereka ingin pergi."

Ciri-ciri baharu generasi seterusnya termasuk bahagian plastik yang kurang dan lebih nipis untuk mencapai pengurangan berat keseluruhan selain ketinggian penutup XO tersebut. Teknologi plastik tercanggih disertakan untuk meningkatkan ketahanan haba semasa proses pengisian bagi menyokong pempasteuran bersuhu tinggi dan isian panas. Jangka hayat tin minuman berisi dengan penutup XO dijangka antara 12 hingga 18 bulan. Tambahan pula, penutup XO generasi seterusnya akan menyokong profil kelongsong generasi baharu bagi diameter 202 seperti CDL®, SuperEnd® dan OLOF®. Kapasiti pengeluaran bagi diameter 200, 204, 206 dan 209 juga sedang disediakan untuk 2017. Di samping itu, penutup XO baharu akan mempunyai kadar aliran/tuangan dipertingkat dan bukaan dua langkah fleksibel serta mekanisme penguncian baharu untuk mempertingkat keselamatan produk dan juga menjamin kemudahan kendalian oleh pelanggan. Penutup XO tersedia bukan sahaja dalam warna hitam standard tetapi juga sebarang warna tersuai mengikut keinginan pelanggan.

Bagi memenuhi permintaan yang meningkat terhadap penutup XO daripada jenama minuman serantau dan global di seluruh dunia, XOLUTION sedang mempertingkat kapasiti pengeluarannya kepada 400 juta unit setahun, dijadualkan untuk Januari 2016. XOLUTION komited untuk terus meningkatkan kapasiti pengeluaran berdasarkan permintaan global, sama ada melalui usahanya sendiri atau melalui  rakan pelesenan pengeluaran globalnya di seluruh dunia.

Nigel Garrard, Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif ORORA Limited, serta rakan pengedaran eksklusif XOLUTION  di Australia dan juga New Zealand menyatakan: "Penutup tin boleh ditutup semula XO menawarkan pelanggan kami peluang dan manfaat yang jelas. XO sesuai dengan kebanyakan barisan pengisian sedia ada di pasaran, memerlukan sedikit atau tiada perubahan barisan atau pelaburan modal, dan rekaan tipisnya bermakna tiada perubahan kepada jumlah cecair dalam tin. Dengan konsep tersinggah (drop-in), penutup XO dapat digunakan bersama barisan SOT/LOE sedia ada dan tidak memerlukan perubahan dalam kelajuan pengisian."

XOLUTION GmbH telah ditubuhkan pada 2003. Syarikat itu dibiayai secara majoriti oleh Inventages (salah satu firma modal usaha niaga berfokuskan sains hayat, pemakanan serta kesihatan terbesar dunia) dan kini mempunyai pejabat jualan/perwakilan di A.S., Republik Rakyat China dan Rusia/Baltik untuk memacu perancangan peluasan agresif syarikat itu.

Untuk hubungan berita bagi pihak XOLUTION dan sistem penutupan XO, sila hubungi: press@xolution.com atau tel: +49-(89)-62-83-299-0

http://www.xolution.com
http://www.facebook.com/XOcans
http://www.youtube.com/user/XOcans

CDL®, SuperEnd®, OLOF®, Tetrapak® adalah tanda niaga berdaftar oleh pemilik masing-masing dan dilindungi hakcipta. XO® merupakan tanda niaga XOLUTION GmbH. Hak cipta terpelihara.

SUMBER  XOLUTION GmbH

Source: XOLUTION GmbH
Related Links:
Keywords: Beverages Paper/Forest Products/Containers Retail New products/services