omniture

Sidang Kemuncak Antarabangsa MICE (IMS) yang Julung Kali Diadakan untuk Memacu Masa Depan Sektor Acara Perniagaan di Arab Saudi, Pasaran MICE G20 Paling Pesat Berkembang

Saudi Conferences and Exhibitions General Authority (SCEGA)
2024-11-22 15:32 7
  • Lebih 1,000 pemimpin merentasi pelbagai industri dan kerajaan global dijangka menghadiri program berinteraktif selama tiga hari itu di satu daripada destinasi Mesyuarat, Persidangan, Insentif dan Pameran (MICE) paling pesat berkembang di dunia.
  • Pasaran MICE Arab Saudi diunjurkan akan berkembang secara eksponen dengan acara utama seperti Ekspo Dunia (World Expo) 2030, dijangka menarik minat 40.7 juta kunjungan ke KSA sahaja.
  • Permintaan yang semakin berkembang untuk dipenuhi dengan pelancaran syarikat penerbangan baharu dan pengembangan lapangan terbang, 1 juta meter persegi ruang tempat yang dijangkakan dan 854,000 bilik hotel menjelang tahun 2030.

RIYADH, Arab Saudi, 22 November 2024 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak Antarabangsa MICE (IMS24) yang julung kali diadakan akan menghimpunkan lebih 1,000 pemimpin global daripada industri Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE) antara 15-17 Disember di Bandar Bukan Untung Mohammed Bin Salman Nonprofit (MISK) di Riyadh, yang dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Am Konvensyen dan Pameran Arab Saudi (SCEGA).  

His Excellency Fahd Al-Rasheed, IMS host and Chairman of SCEGA
His Excellency Fahd Al-Rasheed, IMS host and Chairman of SCEGA

Acara tiga hari itu menjanjikan untuk menjadi acara kepimpinan global terulung bagi industri MICE, menawarkan peluang inovasi, ekonomi dan komersial untuk MICE serta sektor pelancongan dan perjalanan berkaitan di bawah tema "Meluaskan Pengetahuan, Pemahaman dan Pengalaman (Expanding Horizons)." Program acara itu yang meluas direka bentuk untuk menyatukan peneraju industri MICE, pembekal, persatuan, peneraju Projek Giga, pengganggu, serta pemimpin merentasi pelbagai industri dan kerajaan antarabangsa. Menampilkan pleno, perbincangan panel, gugusan inovasi, hab kerjasama, IMS24 akan menjanjikan para peserta platform global utama menjalinkan rangkaian, bekerjasama – dan yang paling penting – membayangkan semula perkara yang dimaksudkan untuk berhimpun dalam persekitaran global hari ini.

"Dalam masa transformasi teknologi dan alam sekitar yang mendalam sedang dilaksanakan, industri MICE telah muncul sebagai pemangkin perubahan yang penting. Dengan memberikan tumpuan kepada masa depan industri, IMS24 menangani keperluan dunia globalisasi - membentuk semula cara individu, budaya dan negara berhubung untuk mewujudkan kemakmuran" kata hos IMS dan Pengerusi SCEGA, Tuan Yang Terutama Fahd Al-Rasheed. 

 "Arab Saudi mempunyai persekitaran yang sempurna untuk menganjurkan IMS24. Sebagai agen perubahan dalaman dan luaran, Kerajaan Arab Saudi telah menerima transformasi negara itu sendiri dengan membentuk masa depan industri pelancongan global dan menjadi destinasi MICE utama yang paling pesat berkembang dalam kalangan negara G20," tambah Tuan Yang Terutama.

Acara MICE di Arab Saudi menyaksikan peningkatan hampir kepada 15 peratus pada tahun 2023, dengan hampir 17,000 acara berjaya menarik minat lebih 20 juta pengunjung. IMS24 bertepatan dengan transformasi berterusan Kerajaan apabila Arab Saudi mengukuhkan kedudukan negara itu sebagai destinasi pelancongan dan acara global utama. Mengalu-alukan kehadiran hampir 110 juta pengunjung pada tahun 2023, pelancongan merangkumi enam peratus daripada KDNK Arab Saudi, bersamaan dengan 255 bilion SAR (US$68 bilion). Sektor MICE Arab Saudi dijangka mempercepat pertumbuhan melalui perkembangan pesat infrastruktur pengangkutan dan acara, dibantu oleh pembangunan projek Giga, menawarkan pengalaman destinasi yang tiada tandingannya dan ketersambungan yang dipertingkat antara Kerajaan Arab Saudi dan seluruh dunia. SCEGA terus memacu perkembangan transformatif ini, yang terkini ialah pengumuman program insentif sebanyak 588 juta SAR (US$156 juta) untuk menyokong acara berpengaruh pada tahun 2025.

Maklumat Tentang Sidang Kemuncak Antarabangsa MICE

Sidang Kemuncak MICE Antarabangsa (IMS) menghimpunkan pemimpin global daripada sektor Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE), serta ahli profesional dan organisasi daripada seluruh industri. Sidang Kemuncak ini menyediakan platform untuk cerapan industri, perangkaian dan perbincangan mengenai kemajuan inovasi, perkongsian pengetahuan dan pembangunan mampan dalam sektor MICE global.

Untuk maklumat lanjut atau mendaftar bagi acara ini, kunjungi:

Laman Web – www.internationalmicesummit.com
Twitter/X - https://x.com/ims_summit
LinkedIn - https://www.linkedin.com/company/ims-summit/
YouTube - https://youtube.com/@ims.summit?si=G06nYTaOUWer-OKq 

Maklumat Tentang Pihak Berkuasa Am Konvensyen dan Pameran Arab Saudi (SCEGA)

Pihak Berkuasa Am Konvensyen & Pameran Arab Saudi (SCEGA) ialah badan rasmi yang menyelia pembangunan dan pengawalseliaan sektor pameran dan konvensyen Arab Saudi. Ditubuhkan melalui Dekri Diraja pada tahun 2018, SCEGA menyasar untuk mengukuhkan impak ekonomi sektor dengan menetapkan dasar strategik, mengeluarkan lesen, mempromosikan Arab Saudi sebagai destinasi utama MICE dan memupuk pelaburan selaras dengan standard global. Melalui kerjasama dengan pihak berkepentingan kebangsaan dan antarabangsa, SCEGA berusaha meningkatkan pertumbuhan sektor, membantu pembangunan bakat dan mewujudkan peluang untuk mempamerkan identiti unik Kerajaan Arab Saudi di pentas dunia.

Butiran Hubungan: IMSmedia@consulum.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2564659/SCEGA.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2564658/International_MICE_Summit_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Saudi Conferences and Exhibitions General Authority (SCEGA)
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Travel New products/services Future Events