omniture

Sidang Kemuncak Kerajaan Tentang Teknologi dan Inovasi dalam Kerajaan Masa Hadapan Dibuka Selama Tiga Hari

The Government Summit
2015-02-11 10:59 253

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 11 Februari 2015 /PRNewswire/ --

Kerajaan Antarabangsa dan Pemimpin Perniagaan Berhimpun untuk Sidang Kemuncak tentang 'Membentuk Kerajaan Masa Hadapan': Kerajaan Mudah Alih, Kebijaksanaan Buatan, Bandar Pintar, Pertumbuhan Ekonomi melalui Digitalisasi  

Sidang Kemuncak Kerajaan Tahunan kali ketiga dibuka hari ini di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, menyatukan kira-kira 4,000 peserta dari 93 buah negara untuk meneroka bagaimana teknologi dan inovasi akan membentuk kerajaan masa hadapan serta memenuhi keperluan rakyat sebaiknya.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150209/728522-a )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150209/728522-b )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150209/728522-c )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150209/728522-d )

Pagi pertama Sidang Kemuncak itu menampilkan ucapan utama oleh:

  • Klaus Schwab, pengasas dan Pengerusi Forum Ekonomi Dunia, tentang konteks global baharu serta impaknya ke atas kerajaan
  • Hwang Woo-yea, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Republik Korea, tentang pendidikan sebagai kuasa penggerak dalam pembangunan Korea
  • Boo-Keun Yoon, Presiden Samsung Electronics, tentang pendekatan Samsung terhadap inovasi untuk kekal mendahului

"Imaginasi manusia dan inovasi yang memacu perubahan ekonomi. Kerajaan mempunyai peranan penting untuk dimainkan - walaupun inovasi telah hadir daripada perniagaan persendirian, kerajaan perlu menjadi pemangkin, memacu inovasi dalam ekosistem ini," kata Klaus Schwab, pengasas dan Pengerusi Forum Ekonomi Dunia. "Masa hadapan hanya dapat diselesaikan oleh kerajaan, melalui kerjasama erat dengan perniagaan."

"Satu-satunya cara untuk maju ke hadapan adalah dengan menentukan semula peraturan permainan," ulas Boo-Keun Yoon, Presiden Samsung Electronics. "Dapat saya katakan dengan yakin tiada cabaran yang tidak dapat diatasi. Terdapat banyak idea di dunia sebagaimana terdapatnya butiran pasir di padang pasir, hanya menanti untuk ditemui."

Sidang Kemuncak Kerajaan itu termasuk lebih 50 sesi tentang bagaimana generasi kerajaan seterusnya akan mencipta dan berkongsi pembangunan teknologi dengan lebih strategik. Topik-topik termasuk menggunakan kebijaksanaan buatan untuk memenuhi keperluan awam; memanfaatkan kuasa kerajaan berasaskan mudah alih; penggunaan data besar; dan masa hadapan penjagaan kesihatan serta pendidikan untuk rakyat. Dengan membayangkan bandaraya masa hadapan akan turut menjadi tema Sidang Kemuncak itu, serta hadirin mempertimbangkan bagaimana teknologi dapat digunakan untuk menambahbaik cara untuk kita hidup, bekerja dan bergerak.

Hari pertama Sidang Kemuncak itu turut melibatkan ucapan oleh Yang Teramat Mulia Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan, Putera Mahkota Abu Dhabi dan Timbalan Komander Agung Angkatan Bersenjata UAE, dan Ban Ki Moon, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Maklumat lanjut boleh didapati di http://www.thegovernmentsummit.ae.

Source: The Government Summit
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Trade show news