omniture

Salam Keraian Seluruh Dunia: Chic Outlet Shopping(R) Villages Meraikan Tahun Baharu Cina

Value Retail
2015-02-11 17:35 159

LONDON, 11 Februari 2015 /PRNewswire/ -- Sepanjang bulan Februari, sembilan kawasan Chic Outlet Shopping® Villages di Eropah akan meraikan Tahun Baharu Cina dengan kerjasama bersama UnionPay International bagi menawarkan pengunjung peluang untuk menyampaikan salam keraian di seluruh dunia, di samping tawaran luar biasa untuk pengunjung Cina. Tambahan lagi, Village kesepuluh oleh Value Retail, Suzhou Village - yang dibuka di Suzhou, China pada bulan Mei 2014 – akan turut menganjurkan pelbagai acara menyeronokkan, sambil menjemput para pengunjung untuk berseronok dan berkongsi saat yang sukar dilupakan bersama rakan serta keluarga bagi menyambut kedatangan Tahun Kambing.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: http://www.multivu.com/players/English/7445351-wishes-chic-chinese-new-year/

Saat untuk bersama keluarga, saling bertukar hadiah, bermain mercun, dan meraikan bersama, Tahun Baharu Cina disambut oleh seorang dalam enam orang di seluruh dunia. Festival ini dikaitkan dengan warna merah dan pemberian serta penerimaan angpau merah dianggap bertuah pada tempoh masa ini. Secara tradisional, mereka yang menyambut perayaan ini akan mengikat reben merah atau tali merah kepada ranting "Pokok Hajat", dengan harapan agar permintaan mereka akan menjadi kenyataan dan ia akan memberi mereka tuah pada tahun akan datang. Semua Village di Eropah mempunyai Pokok Hajat mereka sendiri agar pengunjung boleh memasang niat mereka bagi tahun akan datang.

Para pengunjung China dalam semua Village di Eropah boleh mendaftar butiran mereka secara dalam talian di ChicOutletShopping.com untuk menerima angpau merah Tahun Baharu Cina yang istimewa, yang boleh dituntut di Pusat Alu-aluan atau Pusat Maklumat Pelancong semasa mereka tiba di Village pilihan mereka. Angpau itu akan mengandungi pelbagai tawaran eksklusif butik yang turut serta dalam Village itu, selain daripada teg kertas 'hajat' UnionPay International agar pengunjung boleh menulis permintaan mereka di atasnya dan mengikatkan di Pokok Hajat. Semua niat ini tidak akan terhenti dalam Village itu sahaja, ia akan mengembara seluruh dunia melalui media sosial, sambil pengunjung dijemput berkongsi hajat mereka serta gambar Pokok Hajat dengan hashtag bagi setiap Village.

Chic Outlet Shopping® Villages mengalu-alukan ribuan pengunjung China setiap tahun, yang tertarik dengan pilihan jenama istimewa dalam setiap Village, suasana Eropah yang asli, serta nilai yang tiada tandingan. Pada tahun 2014, China menyumbang 44% daripada semua jualan bayaran balik cukai (bukan EU) di Villages seluruh Eropah, dengan peningkatan dalam jualan sebanyak 29% dari tahun ke tahun.* UnionPay International kini sudah diterima di banyak butik dalam Villages seluruh Eropah, menjadikan urus niaga kini jauh lebih mudah untuk para pengunjung antarabangsa.

Suzhou Village di China juga membantu menjadikan permintaan beberapa pengunjung sebagai kenyataan dengan acara cabutan bertuah yang diadakan dengan kerjasama Suzhou TV. Para pengunjung dijemput untuk menghantar permintaan mereka bagi Tahun Kambing apabila melawat Village itu, dan nantikan kru rakaman daripada saluran itu memberi kejutan kepada mereka di rumah! Setiap minggu, seorang pemenang bertuah akan menerima 5,000 RMB dan 50 pemenang berikutnya akan menerima 500 RMB bagi menjadikan permintaan mereka suatu kenyataan.

Dengan lebih 1,000 butik jenama fesyen dan kemewahan antarabangsa merentasi Koleksi sepuluh Villages – semuanya menawarkan penjimatan sehingga 60%, malah kadang-kadang lebih lagi, daripada harga runcit saranan - pelbagai acara hiburan mesti tonton, dan pilihan perkhidmatan terhebat bagi pengalaman membeli-belah mewah yang terunggul, Villages adalah destinasi paling sempurna untuk meraikan Tahun Baharu China.

Nota untuk Penyunting

*Sumber: data bayaran balik cukai daripada Global Blue, Premier Tax Free, Fexco dan Tax Free Worldwide

Latar Belakang Chic Outlet Shopping®

Chic Outlet Shopping® merupakan konsep unik dalam pengalaman membeli-belah di outlet yang diwujudkan oleh Value Retail, satu-satunya syarikat yang mengkhusus secara eksklusif dalam pembangunan dan pengendalian destinasi membeli-belah outlet mewah, Koleksi Chic Outlet Shopping® Villages. Villages itu menempatkan jenama fesyen dan gaya hidup mewah terkemuka yang menawarkan penjimatan sehingga 60%, malah kadang-kadang lebih lagi, daripada harga runcit saranan, sepanjang tahun. Berhampiran beberapa bandar gerbang masuk kegemaran Eropah - London, Dublin, Paris, Madrid, Barcelona, Milan, Bologna, Brussels, Antwerp, Cologne, Frankfurt, Munich dan, di China, Suzhou - Villages itu ditakrifkan dengan fesyen mewah, perkhidmatan serta hospitaliti hebat, pelbagai acara sambutan sepanjang tahun, serta nilai untuk wang yang tiada tandingan. Terletak di kawasan yang dikenali dengan budaya dan sejarah, Villages itu sendiri telah melakar nama sebagai destinasi pelancongan antarabangsa. Usaha niaga Value Retail - Value Retail China – untuk membawakan konsep Chic Outlet Shopping® mereka yang terkenal ke China menyaksikan Village yang pertama - Suzhou Village, yang terletak di Suzhou yang penuh bersejarah, 50 batu arah barat dari Shanghai – dibuka pada bulan Mei 2014. Village yang kedua oleh Value Retail China, Shanghai Village, akan ditempatkan di Zon Pelancongan dan Pusat Peranginan Antarabangsa Shanghai (SITRZ), yang turut menempatkan Shanghai Disney Resort, serta akan dibuka pada musim luruh tahun 2015. Seperti ahli lain Koleksi Villages Chic Outlet Shopping®, Suzhou Village dan Shanghai Village akan dikenali dengan tawaran jenama fesyen dan gaya hidup mewah antarabangsa, bersama tahap perkhidmatan luar biasa, serta bakal menjadi destinasi pelancongan membeli-belah paling penting di Asia.

Latar Belakang UnionPay International 

UnionPay International (UPI) merupakan anak syarikat China UnionPay yang memfokus kepada pertumbuhan dan sokongan perniagaan global UnionPay. Dengan kerjasama lebih 300 institusi seluruh dunia, UnionPay International telah membolehkan penerimaan bayaran kad dalam 148 buah negara dan wilayah di luar tanah besar China dengan pengeluaran di lebih 30 buah negara serta wilayah. UnionPay International menyediakan perkhidmatan pembayaran merentasi sempadan negara yang berkualiti tinggi, menjimatkan kos, dan selamat kepada kumpulan pemegang kad terbesar dunia serta memastikan perkhidmatan tempatan yang mudah kepada sejumlah pemegang kad dan saudagar UnionPay seluruh dunia yang semakin bertambah.

Contact:
Katy Scott
PR and Publicity Manager
Value Retail PLC
KAScott@ValueRetail.com  
Tel: +44 1869 366 339
www.ValueRetail.com

Untuk maklumat lanjut tentang UnionPay International, sila lawati: http://www.unionpayintl.com/en

Sumber: Value Retail

Source: Value Retail
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Retail Textiles New products/services