omniture

Motosikal elektrik jenama AIMA China kini di Bangladesh

AIMA Technology
2024-11-25 11:28 7

DHAKA, Bangladesh, 25 November 2024 /PRNewswire/ -- Motosikal elektrik jenama AIMA yang terkenal di peringkat global, AIMA F626, telahpun tiba di Bangladesh dan dibawakan kepada pelanggan oleh DX Group yang disegani. Motosikal elektrik kendalian bateri mesra alam ini kini boleh didapati di pasaran tempatan dan telahpun diluluskan oleh Pihak Berkuasa Pengangkutan Jalan Bangladesh (BRTA).

Melihatkan populariti motosikal elektrik yang semakin meningkat di negara ini, jenama terkemuka di peringkat antarabangsa AIMA telah menembusi pasaran. Model AIMA F-626 mempunyai kelajuan maksimum 45 km/j, ia boleh bergerak sehingga 80 kilometer dengan sekali cas, yang mengambil masa 7-8 jam untuk selesai. Motosikal ini mempunyai brek cakera hadapan dan brek dram belakang. Motosikal 800W juga mempunyai bateri asid plumbum grafena 72V22Aj.

Motosikal ini didatangkan dengan waranti dua tahun pada motor dan tempoh waranti yang berbeza-beza untuk komponen yang lain, termasuk bateri. Dengan bateri, motosikal ini mempunyai berat 106 kg. Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif DX Group, Dewan Kanon, berkata, "Perkongsian kami bersama AIMA telah membuka jalan untuk penyelesaian mesra alam yang baharu untuk negara kita."

Kami percaya bahawa kecekapan dan teknologi moden AIMA F-626 akan memberikan kaedah komunikasi alternatif yang sangat baik untuk pelanggan kami. AIMA F-626 juga akan membantu meningkatkan kehidupan dengan menyediakan standard berpatutan dan pengangkutan yang mudah.



 

Source: AIMA Technology
Related Stocks:
Shanghai:603529
Keywords: Banking/Financial Service Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Transportation Corporate Expansion