NEW YORK, 11 Februari 2015 /PRNewswire/ -- Bond No. 9 yang berpaksikan New York memang selalu dan sentiasa sibuk, dengan rekod prestasi tanpa henti dalam mewangikan A) kawasan dan kejiranan paling terkenal seluruh bandar —Chinatown, Washington Square, Riverside Drive, dan sebagainya, dan B) tempat peristiwa paling hangat serta bakal maju, termasuk The High Line, Astor Place, Bleecker Street, dan juga, bakal tiba ke kaunter jualan pada 21 Mac 2015, satu wangian yang meraikan jalan bandar itu yang terbaharu, paling rancak, dan paling meriah—Park Avenue South.
Terokai Hebahan Berita Multimedia yang interaktif di sini: http://www.multivu.com/players/English/7441951-bond-no-9-ny-park-ave-south-scent/
Dalam dekad kebelakangan ini, ia merupakan satu jalan yang terpinggir antara bahagian tengah bandar hingga ke sempadan permulaan pusat bandar (atau dikenali sebagai Union Square), dan kini lebuh hias yang luas ini merupakan harta tanah paling hangat di bandar itu, yang menempatkan perniagaan kreatif (agensi peragaan, firma perhubungan awam, agensi pengiklanan, syarikat penerbitan), cawangan rantaian restoran besar yang meriah (Barbounia, Asellina, dan Dos Caminos, sekadar menamakan tiga tempat), hotel bergaya (W New York, the Gansevoort Park dengan bar atas bumbungnya merangkap kolam renang, dsb.) serta kondominium terubah suai yang diduduki golongan belia yang mementingkan kerjaya yang mengisi jalan-jalantumpuan ramai dari siang hingga ke lewat malam dengan penuh santai dan bergaya.
Wangian Park Avenue South, dengan penuh mudahnya, mengabadikan semangat kejiranan itu yang segar, menggoda, penuh berkeyakinan dan berjiwa bebas. Wangian bunga-bungaan kontemporari yang dinamik dan penuh bertenaga, ia mengandungi hanya sedikit nota bau terpilih yang ikonik, tidak disangka dan diadun dengan penuh kepakaran lalu menghasilkan campuran musim bunga yang sempurna. Sebagai permulaan, wangian epal hijau segar dengan kepedaran menusuk hidung, yang membaur dengan penuh lancar ke dalam wangian utama melur yang begitu menggoda disulami bau pic yang lazat. Kemudian haruman kesturi dan ambar yang memanaskan jiwa serta mempesona sanubari, nota dasar yang mengukuhkan wangian itu agar baunya berpanjangan.
Botol putih bersih mempamerkan semua adunan bertenaga tinggi dan menceriakan ini dengan menonjolkan bintik polka gergasi rawak kontemporari – kebanyakan daripadanya berwarna hitam, dengan satu bintik merah terang yang menonjol, bersama logo membulat Bond No. 9 di bahagian bawah kanan. Keringkasan menggoda dipersembahkan dengan penuh berseni.
Di kaunter jualan: 21 Mac 2015 dan akan dijual di butik New York Bond No.9, di Saks Ffifth Avenue seluruh negara, kedai Nordstrom terpilih, Harrods UK, dan www.bondno9.com.
Harga: 100ml, $295; 50ml, $200