MUNICH, 12 Februari 2015 /PRNewswire/ --
Permainan untuk mereka yang baru bermain dan penggiat permainan: pada platform iOS dan Android
- Rujukan silang: Gambar tersedia di epa european pressphoto agency (http://www.epa.eu )
Cheats4Hire memberikan nafas baharu kepada segmen permainan teka-teki dan strategi untuk tablet. Direka untuk pemain sambilan dan pemain kerap, jalan ceritanya yang di luar kebiasaan dan seni lukisan tangan yang luar biasa memberikan kedua-duanya: kejutan dan permainan yang menyeronokkan. Grafiknya dihasilkan oleh artis komik dan pereka grafik terkenal Sean Galloway, yang terkenal kerana karyanya untuk pelbagai syarikat penerbitan komik utama AS. Rekaannya memberikan Cheats4Hire rupa yang berbeza dan unik dalam dunia permainan.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150211/728719-a )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150211/728719-b )
Bukan sekadar kanak-kanak sekolah dan pelajar yang akan menikmati latar permainan ini. Orang dewasa dengan memori indah tahun 1990an – walaupun tidak semestinya dalam zaman persekolahan mereka sendiri – turut tertarik dengan permainan ini. Pemain mengikuti sekumpulan penipu dan mentor mereka Joseph, seorang penjaga. Mereka perlu menipu dan melakukan tipu helah untuk melalui tahun persekolahan, membantu semua pelajar yang tidak berpeluang menjadi cemerlang dengan sendiri kerana melalui pelbagai halangan.
Permainan tersebut, direka untuk mereka yang baru berjinak-jinak dan peminat permainan, membawa pemain kembali kepada peristiwa di sekolah tetapi kali ini dalam keadaan yang mereka impikan.
Prinsip di sebalik permainan ini mudah difahami oleh pemain pada semua peringkat umur: Pemain mengawal tiga daripada penipu pintar dalam masa nyata, menggunakan kemahiran individu mereka dan menggabungkannya, memandangkan anda hanya boleh berjaya dalam permainan ini dengan pasukan anda. Seiring perkembangan permainan, watak-watak individu memperolehi kemahiran baharu. Keseronokan meningkat apabila pemain menggunakan alat istimewa yang dihasilkan menggunakan objek yang mereka kumpul atau yang telah diperolehi oleh "Kelab Penipu" mereka dalam permainan tersebut.
Bagi pemain pada setiap tahap pengalaman menikmati permainan Cheats4Hire, mereka boleh menyempurnakan misi individu mengikut standard berbeza berdasarkan tahap keinginan mereka. Lebih baik sesuatu pencapaian, lebih baik grednya, yang dianugerahkan berasaskan sistem gred sekolah AS yang biasa. Satu perkara yang pasti: Tarikan emosi jalan cerita ini sama menarik dengan prinsip permainan, yang memerlukan tindakan strategik dan memerlukan pemain melakukan berbilang tugas.
Peminat boleh menemui komuniti Cheats4Hire di:
Produk: Cheats4Hire
Genre: Teka-teki, strategi, kemahiran
Penerbit/Pembangun: Travian Games GmbH
Muat Turun untuk iOS: Klik di sini untuk Cheats4Hire di iTunes
Muat Turun untuk Android: Klik di sini untuk Cheats4Hire di Google play
Harga: Aplikasi tablet berepisod dengan Episod 1 percuma dan belian dalam aplikasi
Bahasa: Jerman, Inggeris
Laman Sesawang: http://www.traviangames.com/cheats4hire-management-game/
Latar Belakang Travian Games GmbH
Travian Games GmbH, beribu pejabat di Munich, merupakan penyedia tersohor di peringkat global bagi permainan dalam talian berasaskan pelayar dan permainan mudah alih. Syarikat tersebut menawarkan pelanggannya di seluruh dunia, dunia pengembaraan yang kompleks dan berperingkat dengan kedalaman permainan yang meyakinkan yang menjamin kenikmatan jangka panjang permainan tersebut kepada pemain. Pasukan bermotivasi seramai lebih 230 kakitangan membangunkan dan memasarkan hiburan dalam talian untuk semua peringkat usia, dan sebagai tambahan bertindak sebagai penerbit untuk pembangun luar. Semua permainan boleh dimainkan tanpa muat turun panjang atau mahal oleh berjuta-juta pengguna seluruh dunia secara serentak – keperluan yang diperlukan hanyalah sambungan internet dan pelayar web. Portfolio pelbagai genre (Rail Nation, goalunited, Travian, Epic Arena, Miramagia, Meerkatz Challenge, United GP) sedang diterjemahkan sehingga 42 bahasa dan oleh itu akan dapat dimainkan di seluruh dunia oleh peminat-peminat permainan jangka panjang yang menyeronokkan. Untuk maklumat lanjut tentang Travian Games GmbH, sila lawati http://www.traviangames.com
Hubungi:
Timothy K. Göbel
Brand+Image
+49-8143-9926834
travian@brandandimage.de
Sumber: Travian Games GmbH