SYDNEY, 13 Februari 2015 /PRNewswire/ -- ET Solar Energy Corp. ("ET Solar") mengumumkan anak syarikatnya ET Solar Australia Pty Ltd telah mencapai persetujuan untuk kemudahan pembiayaan hutang bernilai A$20 juta dengan Clean Energy Finance Corporation ("CEFC") bagi pembangunan perniagaannya dalam pasaran solar komersial Australia.
ET Solar bakal menyediakan ekuiti sehingga A$13.3 juta, sementara CEFC pula akan menyediakan hutang senior sehingga A$20 juta, yang akan membolehkan pembinaan projek solar didorong Persetujuan Pembelian Kuasa ("PPA") komersial. Hutang itu akan digunakan untuk membiayai pembinaan sistem solar yang sedang dibangunkan dan bakal dimiliki ET Solar.
Dalam semua usaha ini, ET Solar bakal memiliki dan mengendalikan sistem solar dengan saiz dalam julat antara 30KW dan 2MW menerusi pelbagai pengguna komersial termasuk pusat membeli-belah, perniagaan perlombongan, dan pengeluaran yang akan menjadi pembeli bekalan elektriknya. Semua pengguna kuasa komersial ini akan memeterai PPA bersama ET Solar pada kadar yang dipersetujui terlebih dahulu dalam tempoh 10 hingga 20 tahun agar dapat menikmati faedah kos utiliti rendah disebabkan harga dalam PPA adalah jauh lebih rendah berbanding kadar harga bekalan elektrik semasa.
"Model PPA sudah terbukti berjaya pada peringkat dunia. Khususnya di Australia, pasaran PPA komersial mempunyai potensi yang mantap untuk berkembang dan bertambah kukuh," kata Ketua Pegawai Eksekutif CEFC Oliver Yates. "Kami melihat model PPA komersial ET Solar sebagai cara untuk menyingkirkan halangan syarat modal pendahuluan yang seharusnya membolehkan lebih banyak perniagaan Australia menikmati faedah daripada tenaga solar yang berkos lebih rendah dan lebih mesra alam."
"Kami menubuhkan anak syarikat Australia kami tahun lepas bagi membangunkan perniagaan penyelesaian kami dalam pasaran yang mengujakan ini," kata Dennis She, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ET Solar. "Pembiayaan CEFC akan memudahkan pelaksanaan besar-besaran model PPA ET Solar dan membantu sektor komersial tempatan mengurangkan kos bekalan elektrik mereka dengan ketara."
ET Solar memastikan standard sistem fotovoltan terbaik, dan bekerjasama dengan pengedar tempatan berkualiti tinggi serta pemasang yang bertauliah agar dapat menyediakan penyelesaian untuk semua jenis perniagaan di Australia. Ia sudah pun melaksanakan projek pengenalan PPA komersial di Queensland, dengan sebilangan projek yang sama sedang dibangunkan dalam negara itu.
Latar Belakang CEFC
Clean Energy Finance Corporation (CEFC) melabur menggunakan pendekatan komersial bagi mengatasi halangan pasaran dan menggerakkan pelaburan dalam teknologi tenaga boleh dibaharui, kecekapan tenaga, serta kadar pembebasan yang rendah. CEFC dikendalikan di bawah Akta Syarikat Kewangan Tenaga Bersih 2012. Maklumat lanjut boleh didapati dalam laman web kami www.cleanenergyfinancecorp.com.au.
Latar Belakang ET Solar
ET Solar merupakan penyedia penyelesaian tenaga pintar terkemuka. Dengan teknologi solar inovatif dan penyelesaian pembiayaan yang tersuai khusus, ET Solar menyediakan penyelesaian profesional sehenti sepanjang kitar hayat loji kuasa solar termasuklah pembangunan, pembiayaan, kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan, dan pengendalian serta penyelenggaraan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ET Solar, sila lawati http://www.etsolar.com.
Untuk butiran lanjut, sila hubungi:
Eric Zhang
Tel: +86 25 8689 8098 samb.9011/+86 136 4518 8386
Faks: +86 25 8689 8097
E-mel: eric.zhang@etsolar.com / pr@etsolar.com