DUBLIN, 13 Februari 2015 /PRNewswire/ -- Syarikat tenaga angin dan solar global Mainstream Renewable Power hari ini mengumumkan kejayaan penyempurnaan urusan pembiayaan kewangan bagi tiga ladang turbin angin di Afrika Selatan dengan kemampuan tergabung sebanyak 360 megawatt. Ladang turbin angin itu, yang semuanya terletak di Daerah Utara Cape Afrika Selatan, mewakili pelaburan bernilai kira-kira 760 juta dolar AS dan dijangka akan memulakan pembinaannya bulan ini.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141010/709908 )
Hutang untuk projek itu telah diatur dan ditaja jamin oleh Barclays dan Bank Pembangunan Afrika Selatan. Konsortium Murray & Roberts dan Conco telah dilantik sebagai kontraktor pembinaan dan Siemens Wind akan membekalkan serta memasang turbin angin. Simmons & Simmons dan Bowman & Gilfillan bertindak sebagai Penasihat Undang-undang Pemberi Pinjam. Fasken Martineau dan Stoel Rives bertindak sebagai Penasihat Undang-undang Penaja.
Pada tahun 2011 satu konsortium Mainstream turut diberikan projek tenaga angin dan solar sebanyak 238 megawatt dalam Program Pemerolehan pertama Kerajaan Afrika Selatan, dan ketiga-tiga projek kini berada pada peringkat pengendalian komersial.
Barry Lynch, Pengarah Urusan Mainstream, Pemerolehan, Pembinaan, dan Pengendalian Darat, berkata: "Mainstream telah diberikan lebih megawatt berbanding mana-mana Pemaju di bawah Program Pemerolehan Tenaga Boleh Dibaharui Kerajaan Afrika Selatan. Antara Pusingan 1 dan 3, kami telah diberikan enam projek dengan kemampuan tergabung sebanyak hampir 600 megawatt."
Sambung beliau lagi: "Di seluruh dunia, Mainstream meneruskan program perluasannya yang agresif; kami mempunyai ratusan megawatt yang sedang dibina dan beroperasi di Ireland, Chile, Kanada, dan Afrika Selatan. Kami sudah hampir memulakan pembinaan projek tambahan di Chile dan baru-baru ini kami menerima kebenaran untuk membina serta mengendalikan dua ladang turbin angin luar pesisir bernilai berbilion pound di UK."
Ladang turbin angin yang telah mencapai penyempurnaan urusan pembiayaan adalah:
Ahli ekuiti konsortium itu terdiri daripada:
Untuk maklumat lanjut lawati http://www.mainstreamrp.com
Hubungi: Emmet Curley; emmet.curley@mainstreamrp.com
Sumber: Mainstream Renewable Power