omniture

Joe Depa dilantik sebagai Ketua Pegawai Inovasi Global EY untuk menerajui strategi inovasi global

EYGS LLP
2024-11-28 01:37 13
  • Depa akan mengetuai usaha penemuan dan penerapan teknologi terkini untuk membantu menangani cabaran perniagaan serta membentuk masa depan dengan penuh keyakinan
  • Membawa pengalaman mendalam dalam mengenal pasti cara baharu yang secara praktikal dapat membantu transformasi perniagaan melalui pemikiran inovasi dan perubahan budaya

LONDON, 28 November 2024 /PRNewswire/ -- Organisasi EY hari ini mengumumkan pelantikan Joe Depa sebagai Ketua Pegawai Inovasi Global EY yang baharu, berkuat kuasa serta-merta. Dalam peranan ini, beliau akan menerajui inovasi terapan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan serta membimbing pasukan EY dalam menangani dan menyelesaikan cabaran perniagaan.


Depa menyertai organisasi EY pada saat yang penting, ketika pelbagai teknologi baharu sedang mengubah perniagaan dan industri, mencipta pelbagai cabaran serta peluang baharu. Untuk terus seiring, organisasi EY terus membuat pelaburan besar dalam bidang seperti kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran kuantum, dan blockchain, serta baru-baruini membentuk Majlis Penasihat AI Global EY.ai.

Dalam peranan baharu beliau, Depa akan menerajui strategi inovasi global organisasi. Ini termasuk mengawasi usaha untuk melaksanakan teknologi baharu dengan jayanya bagi aplikasi perniagaan yang nyata, sama ada secara dalaman mahupun dalam kerja firma ahli EY bersama pelanggan.

Raj Sharma, Rakan Pengurusan Pertumbuhan dan Inovasi Global EY, berkata,

"Dalam era penuh perubahan ini, kejayaan memerlukan pandangan ke hadapan dan keberanian untuk membuat keputusan besar, selari dengan semangat inovasi. Kami teruja dengan pengalaman dan pengetahuan mendalam Joe dalam AI dan data untuk memimpin pendekatan strategik kami terhadap inovasi, supaya pasukan EY dapat membantu pelanggan membentuk masa depan mereka dengan lebih yakin."

Sepanjang dekad lalu, Depa telah bekerjasama rapat dengan pemimpin C-suite dan lembaga pengarah untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan inovatif ke pasaran, meningkatkan pengalaman pelanggan dan pekerja, serta membantu meningkatkan kecekapan operasi melalui teknologi. Baru-baru ini, beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Data dan AI yang pertama di sebuah organisasi universiti dan penjagaan kesihatan yang terkemuka. Di universiti tersebut, beliau membantu mempromosikan celik AI, melancarkan program tadbir urus AI yang bertanggungjawab dan membolehkan asas data yang selamat. Sebelum itu, beliau bertindak sebagai Pengarah Urusan Kanan dan Peneraju Global bagi Data dan AI di sebuah syarikat perkhidmatan profesional multinasional global, di syarikat tersebut beliau mengetuai pasukan pakar strategi AI dan jurutera data dalam membangunkan dan melaksanakan produk dan perkhidmatan baharu.

Joe Depa, Ketua Pegawai Inovasi Global EY, berkata,

"Saya benar-benar teruja untuk menyertai sebuah organisasi yang komited sepenuhnya terhadap potensi transformatif teknologi baharu. Saya amat teruja untuk bekerjasama dengan pasukan EY dan pelanggan dalam meneroka cara-cara baru yang berani untuk memanfaatkan inovasi, mencipta nilai melalui data, AI, dan teknologi baharu, bagi menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik."

Seorang pemimpin pemikiran yang terkenal dalam bidang AI, Depa telah diiktiraf sebagai salah seorang daripada "50 Pemimpin Global Terbaik" oleh World Summit AI dan telah menerima anugerah "Idea Mengubah Dunia" daripada Fast Company, antara pelbagai penghargaan lain.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: ey.com.

Maklumat tentang EY

EY sedang membina dunia kerja yang lebih baik dengan mencipta nilai baharu untuk pelanggan, orang ramai, masyarakat, dan planet, sambil membina kepercayaan dalam pasaran modal.

Dikuasakan oleh data, AI, dan teknologi maju, pasukan EY membantu pelanggan membentuk masa depan dengan keyakinan dan mencari penyelesaian untuk isu-isu penting hari ini dan esok. 

Pasukan EY bekerjasama dalam pelbagai perkhidmatan termasuk jaminan, perundingan, percukaian, strategi dan transaksi. Didorong oleh pandangan sektor, rangkaian pelbagai disiplin yang disambungkan secara global, dan rakan ekosistem yang pelbagai, pasukan EY mampu menyediakan perkhidmatan di lebih 150 negara dan wilayah.

Semuanya untuk membentuk masa depan dengan keyakinan. 

EY merujuk kepada organisasi global, dan boleh merujuk kepada satu atau lebih firma ahli Ernst & Young Global Limited, yang masing-masing merupakan entiti undang-undang yang berasingan. Ernst & Young Global Limited, sebuah syarikat yang terhad oleh jaminan di UK, tidak menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan. Maklumat berkenaan cara EY mengumpul dan menggunakan data peribadi dan penerangan tentang hak individu di bawah undang-undang perlindungan data boleh didapati melalui ey.com/privacy. Firma ahli EY tidak mengamalkan undang-undang di tempat-tempat yang dilarang oleh undang-undang tempatan. Untuk maklumat lanjut tentang organisasi kami, sila layari ey.com.

Siaran berita ini dikeluarkan oleh EYGM Limited, sebuah ahli organisasi global EY yang juga tidak menyediakan sebarang perkhidmatan kepada pelanggan.

Gambar - https://mma.prnasia.com/media2/2567765/EY_Joe_Depa.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/381362/EY_Logo.jpg?p=medium600

Source: EYGS LLP
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Personnel announcements Financial Technology Artificial Intelligence