omniture

Pengedar Kanada Baharu UNIVELO Umum Pengedaran Eksklusif E-Basikal AIMA di Kanada

AIMA Technology
2024-11-28 16:35 8

BANDAR RAYA QUEBEC, QC, 28 November 2024 /PRNewswire/ -- UNIVELO, sebuah syarikat pengedaran Kanada yang baru ditubuhkan, dengan gembiranya mengumumkan perkongsiannya dengan AIMA Technology Group, penginovasi yang terkemuka dalam industri kenderaan elektrik, terkenal dalam mereka bentuk dan mengilangkan motosikal elektrik berprestasi tinggi, e-basikal dan mikro-kenderaan yang lain.


Perkongsian ini menetapkan UNIVELO sebagai pengedar eksklusif barisan E-Basikal inovatif AIMA di Kanada, hanya boleh didapati melalui penjual basikal rakan kongsi Philippe Roy daripada UNIVELO menyatakan, "Reka bentuk dan prestasi E-basikal ini benar-benar mengagumkan. Wakil pengedar di seluruh Kanada yang mengambil bahagian dalam jelajah kami baru-baru ini sentiasa berasa kagum. Kami percaya harga kami adalah kompetitif dan program peruncit kami direka agar menarik, terutamanya bilamana banyak penjual menghadapi margin yang semakin mengecil dan teragak-agak untuk memberi komitmen kepada inventori yang besar."

Kepakaran AIMA yang luas dalam pembuatan produk mobiliti mendayakan pembangunan barisan kompetitif yang disesuaikan untuk pasaran Amerika Utara, dicirikan oleh kualiti yang luar biasa, teknik kimpalan termaju dan pengendalian yang unggul. Setiap E-Basikal dikuasakan oleh sistem Bafang, memastikan bantuan yang cekap dan keandalan yang terkenal. Semua model diperakui untuk memenuhi piawaian UL-2849 dan menampilkan komponen daripada jenama-jenama bereputasi baik untuk sokongan selepas jualan yang mudah. Menjelang akhir tahun 2023, Kenderaan Elektrik AIMA telah digunakan di lebih 50 negara dan membina 11 pangkalan pengeluaran utama di seluruh dunia. Setakat 31 Mac 2024, jumlah volum jualan kenderaan elektrik AIMA telah mencecah 80 juta dan ia diperakui sebagai "Jenama Dua Roda Elektrik Global Terkemuka (Dari Segi Volum Jualan)" oleh Frost & Sullivan, sebuah syarikat perunding pertumbuhan perusahaan berwibawa yang bertaraf global. Sebagai perintis dalam industri ini, AIMA menunjukkan kekuatan jenama terkemuka kenderaan elektrik beroda dua pada skala global.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kakitangan rasmi AIMA di ambusiness@aimatech.com atau kunjungi laman web kami https://www.aimatech.com.

Source: AIMA Technology
Related Stocks:
Shanghai:603529
Keywords: Electrical Utilities Mining/Metals Railroads and Intermodal Transportation Transportation Utilities Licensing/marketing agreements General Manufacturing