omniture

OUE Mencatat Keuntungan Bersih Tahun Kewangan 2014 Sebanyak S$1.1 Bilion

- Keuntungan bersih usaha sebanyak S$1.1 bilion kebanyakannya adalah hasil penjualan Mandarin Orchard Singapore dan Mandarin Gallery kepada Dana Hospitaliti OUE
- Pendapatan sebelum faedah & cukai meningkat 17.9% berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya, berikutan laba nilai adil bersih daripada harta tanah pelaburan dalam rakan sekutunya serta sumbangan positif merentasi segmen perniagaan
- Jumlah pengagihan dividen untuk tahun kewangan 2014, termasuk dividen tunai akhir yang diusulkan, berjumlah kira-kira 15.9 sen per saham
OUE Limited
2015-02-15 16:02 199

SINGAPURA, 15 Februari 2015 /PRNewswire/ --

Sorotan Kewangan

S$ juta

Tahun berakhir 31 Disember

Perbezaan

Tahun kewangan 2014

Tahun kewangan  2013

%

Hasil

416.4

436.6

(4.6)

Pendapatan sebelum faedah dan cukai

185.1

157.0

17.9

Laba lain/(kerugian) - bersih

1,179.7

(50.2)

tiada kaitan

Keuntungan/kerugian bersih usaha

1,094.0

(36.6)

tiada kaitan

Penggearan bersih (%)

43.9

57.2

(13.3)

Nilai aset bersih per saham ($)

4.23

3.18

33.0

Penyenarai papan utama SGX, pembangun harta tanah bersepadu OUE Limited (SGX-ST: LJ3) ("OUE" atau "Kumpulan") menutup tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2014 ("Tahun kewangan 2014") dengan untung bersih sebanyak S$1.1 bilion, menebus kerugian bersih sebanyak S$36.6 juta semasa dalam tahun kewangan sebelumnya ("Tahun kewangan 2013")

Untung bersih tersebut terhasil kebanyakannya daripada pendedahan nilai Mandarin Orchard Singapore dan Mandarin Gallery sejurus selepas ia dilucutkan kepada Dana Hospitaliti OUE dan laba nilai adil daripada OUE Bayfront, Lippo Plaza dan U.S. Bank Tower

Hasil daripada perniagaan dan pengendalian kekal stabil pada S$416.4 juta, hanya turun sedikit sebanyak 4.6% berbanding tahun sebelumnya. Ini adalah kerana ketiadaan hasil daripada hotel-hotel China yang telah dijual pada bulan September 2013.

Pendapatan sebelum faedah dan cukai meningkat sebanyak 17.9% daripada S$157.0 juta kepada S$185.1 juta semasa tahun kewangan 2014. Peningkatan ini berpunca daripada sumbangan positif pelbagai segmen perniagaannya serta bahagian Kumpulan itu dalam laba nilai adil daripada harta tanah pelaburan dalam rakan sekutunya.

Perbelanjaan kewangan bersih turun sebanyak 30.9% menjadi S$64.0 juta daripada S$92.6 juta dalam tahun kewangan 2013 hasil daripada pendapatan faedah lebih tinggi, kadar peminjaman lebih rendah, serta ketiadaan kerugian pertukaran mata wang.

Dengan untung bersih usaha sebanyak S$1.1 bilion bagi tahun kewangan 2014, pendapatan setiap saham Kumpulan itu adalah S$1.20.

Dividen

Para Pengarah telah mengusulkan dividen tunai akhir sebanyak 1 sen sesaham, menjadikan jumlah dividen tunai bagi tahun kewangan 2014 menjadi 2 sen bagi setiap saham. Ini adalah penambahan kepada pengagihan in specie untuk 1 sekuriti tercantum Dana Hospitaliti OUE bagi setiap 6 saham biasa OUE yang dibayar pada bulan Mac 2014 sebanyak kira-kira 13.9 sen sesaham. Oleh itu, jumlah pengagihan bagi tahun kewangan 2014, termasuk dividen tunai akhir yang diusulkan, adalah berjumlah kira-kira 15.9 sen sesaham.

Ulasan Perniagaan

Sewaktu tahun bawah pemerhatian ini, divisyen hospitaliti Kumpulan itu mencatat hasil sebanyak S$210.6 juta, dibandingkan dengan S$229.6 juta dalam tahun sebelumnya. Pengurangan sebanyak 8.2% ini adalah kebanyakannya kerana ketiadaan sumbangan daripada dua hotel di China yang telah dilucutkan.

Hasil yang dijana daripada divisyen pelaburan harta tanah Kumpulan itu meningkat sebanyak S$19.6 juta menjadi S$157.8 juta selepas memasukkan hasil daripada harta tanah Lippo Plaza di Shanghai dan U.S. Bank Tower di Los Angeles.

Satu-satunya projek pembangunan kediaman Kumpulan itu, OUE Twin Peaks, menyumbang S$38.3 juta kepada pendapatan pembangunan harta tanah semasa tahun kewangan 2014. Pengurangan sebanyak 39.0% berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya ini kebanyakannya adalah kerana jualan yang lebih rendah semasa tahun kewangan itu akibat pasaran harta tanah kediaman yang hambar di Singapura.

Kumpulan itu menamatkan tahun itu dengan kunci kira-kira yang kukuh, yang mana penggearan bersih jatuh menjadi 43.9% daripada nilai terdahulu 57.2%, berikutan pembayaran semula nota kadar tetap S$300.0 juta pada bulan April 2014 and nilai aset bersih sesaham adalah S$4.23.

Kemas Kini dan Prospek Perniagaan

Pada masa hadapan, Kumpulan itu akan memberi tumpuan kepada pengurusan pajakan aktif serta aktiviti peningkatan aset berterusan bagi mempertingkat pendapatan berulang daripada portfolio harta tanah pelaburannya.

Peningkatan aset di dek pemerhatian serta restoran U.S. Bank Tower sedang dijalankan dengan kedua-dua projek dijangka akan disiapkan pada pertengahan tahun 2015. Setakat 31 Disember 2014, U.S. Bank Tower telah mencapai kadar pajakan baharu atau diperbaharui untuk jumlah keluasan sehingga 650,000 kaki persegi sejak pengambilalihannya dan mempunyai kadar penghunian tetap sebanyak 79.6%.

Kerja-kerja pengubahsuaian di OUE Downtown sedang berjalan lancar dan patut siap menjelang 2016. Proses pengubahsuaian itu bakal menukar podium sedia ada OUE Downtown menjadi pusat membeli-belah lima tingkat dengan pilihan kedai dan restoran yang unik, serta sebuah pasar raya bagi memenuhi keperluan gaya hidup para penduduk dan juga pekerja di kawasan itu.

Penjualan Crowne Plaza Changi Airport Hotel kepada Dana Hospitaliti OUE telah dimuktamadkan pada 30 Januari 2015. Ini sejajar dengan strategi OUE bagi mendedahkan nilai portfolio asetnya dan mengitar semula modal bagi mengusahakan peluang pertumbuhan baharu serta mengembangkan perniagaan pengurusan dananya. Penjualan bangunan sambungan 10 tingkat dengan Crowne Plaza Changi Airport itu akan dilakukan sebaik sahaja pembinaannya siap dan permit penghunian sementara diperolehi. Pembinaan bangunan sambungan itu dijangka akan disiapkan menjelang akhir tahun 2015 tetapi tidak lewat daripada bulan Jun 2016.

"Aktiviti peningkatan aset kami pada masa lalu telah membuahkan hasil dan menyumbang kepada nilai pemegang saham jangka masa panjang. Dalam usaha mengorak langkah ke hadapan, kami akan terus memacu strategi ini sambil mencari peluang yang dapat memudahkan dan mengukuhkan asas pendapatan berulang kami," kata Dr Stephen Riady, Pengerusi Eksekutif OUE Limited.

Latar Belakang OUE Limited

OUE Limited (SGX-ST: LJ3) merupakan pemilik, pemaju, dan pengendali harta tanah berkepelbagaian dengan portfolio harta tanah yang terletak di kawasan hangat di Asia dan A.S.. OUE mengembangkan perniagaannya secara tekal dengan memanfaatkan kelebihan jenamanya dan kepakarannya yang terbukti dalam membangunkan serta mengurus aset penting merentasi sektor komersial, hospitaliti, peruncitan, dan kediaman khususnya di Singapura. Dengan strategi terasnya untuk melabur dan mempertingkat pelbagai harta tanah yang berkelas tinggi, OUE komited untuk membangunkan portfolio yang mempunyai asas pendapatan berulang yang kukuh, diseimbangkan dengan keuntungan pembangunan, bagi mempertingkat nilai pemegang saham jangka masa panjangnya. OUE adalah penaja Dana Hospitaliti OUE dan Dana Pelaburan Harta Tanah Komersial OUE.

Untuk berita terkini daripada OUE, lawati kami di www.oue.com.sg

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

T.L. Woo
Tel: +65-6809-6050
E-mel: tlwoo@oue.com.sg

Source: OUE Limited
Related Stocks:
Singapore:LJ3
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Commercial Real Estate Real Estate Earnings