omniture

tenthavenue Milik WPP Lantik Sudipto Roy sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Pasaran Membangun

tenthavenue
2015-02-16 16:00 134

LONDON, 16 Februari 2015 /PRNewswire/ -- Syarikat komunikasi global milik WPP, tenthavenue, mengumumkan hari ini pelantikan Sudipto Roy sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pasaran Membangun, merangkumi Asia, Afrika, Timur Tengah dan Turki.

(http://photos.prnewswire.com/prnh/20150216/730932)

tenthavenue, ditubuhkan pada 2011, membantu jenama memenuhi keperluan pengguna terhubung. Berdasarkan empat teras utama data, kandungan, teknologi dan media, tenthavenue menghasilkan produk dan perkhidmatan yang membolehkan pengiklan mewujudkan pengalaman jenama terhubung. Sebagai induk kepada agensi 'Pengguna Terhubung' WPP, keluarga agensi tenthavenue terdiri daripada pemimpin pasaran dan bintang baharu dalam bidang masing-masing, termasuk Kinetic, Aviator, Joule, Spafax, Candyspace, Forward dan TMARC.

Sudipto akan memimpin tenthavenue merentasi pasaran kukuh dengan pertumbuhan tinggi termasuk China, Asia Tenggara, Hong Kong, Afrika Selatan, dan memacu peluasan tenthavenue ke dalam pasaran baharu, termasuk Turki, Timur Tengah dan Jepun.

Sudipto telah melalui sebahagian besar kerjayanya dalam pelbagai peranan kepimpinan dalam Mindshare di seluruh India, APAC dan Afrika. Ini termasuklah sebagai Ketua Pegawai Pelanggan, Pengerusi majlis Produk, Perkhidmatan dan Kerjasama, serta sebagai ketua pelanggan bagi Unilever di seluruh APAC, Afrika dan Turki, yang mana beliau memainkan peranan penting dalam kepimpinan global akaun tersebut. Dalam tempoh dua tahun lalu, beliau telah mengetuai dorongan kerjasama dalam Mindshare merentasi domain besar seperti Data Besar, Mobiliti, pemasaran Pengguna Membangun, pemasaran Kandungan dan 'Hebahan Lisan', teknologi Data Pemasaran dan Visualisasi, selain melaksanakan penghasilan produk serta aliran hasil baharu. 

Rupert Day, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif tenthavenue mengulas: "Pelantikan ini berlaku ketika kami sedang memfokuskan semula wawasan kami untuk masa hadapan. Kami telah melalui permulaan hebat sepanjang empat tahun lalu, dan kami mahu terus tangkas, lincah dan fokus untuk lima tahun akan datang. Dengan melantik Roy, kami meneruskan tenaga dan hala tuju yang diperlukan tenthavenue untuk terus berkembang, dan untuk terus mewujudkan cadangan yang membawa keuntungan. Roy merupakan bahagian penting dalam pasukan pengurusan APAC kami, dan mempunyai pengalaman yang tepat untuk membantu kami merealisasikan cita-cita strategik untuk menjadi syarikat "pengalaman terhubung" yang terbaik di dunia. Pengetahuan mendalamnya tentang pasaran membangun, landskap teknologi dan kemampuannya untuk membina perancangan untuk memacu kerjasama era baharu merupakan kombinasi sempurna untuk syarikat seperti kami."

Sudipto Roy, Ketua Pegawai Eksekutif Pasaran Membangun, tenthavenue berkata: "tenthavenue bersedia membangunkan model perkhidmatan pemasaran terbeza untuk masa hadapan. Syarikat tersebut mempunyai kekuatan dalam pengalaman luar rumah, pengalaman bergerak dan mobiliti. Ini merupakan gabungan sempurna bagi model perkhidmatan era baharu apabila pengguna tidak lagi menghabiskan banyak masa di hadapan TV serta komputer meja dan menjadi lebih mudah alih. Cita-citanya ialah untuk menyatukan unit-unit di bawah satu payung strategik dan bersama-sama menjadi syarikat "pengalaman terhubung" terbaik di dunia, dipacu oleh data pengguna mendalam dan pemperibadian kandungan. Wawasan ini, digabungkan dengan tenaga keusahawanan yang hebat dalam syarikat, telah menarik saya menyertai tenthavenue. Saya amat teruja untuk menghidupkan wawasan ini dan tidak sabar untuk tahun-tahun mendatang."

Roy akan ditempatkan di Singapura dan akan memulakan khidmat baharunya pada pertengahan April.

Maklumat syarikat

Latar belakang tenthavenue 

Dilancarkan pada 2011, tenthavenue kini beroperasi di 55 buah pejabat di 25 buah negara, dan barisan pelanggan kami terdiri daripada beberapa jenama paling terkenal di dunia.

Berasaskan empat teras utama iaitu data, kandungan, teknologi dan media, kami membina produk serta perkhidmatan yang membolehkan pengiklan melihat daripada sudut pandangan pengguna, dan juga membina pengalaman jenama yang dipacu oleh pemikiran pelanggan. Kami menggelarnya 'pemperibadian pengalaman pengguna', dan ia mendorong segala yang kami lakukan.

Sebagai induk kepada agensi 'Pengguna Terhubung' WPP, keluarga tenthavenue terdiri daripada pemimpin pasaran dalam bidang masing-masing daripada penghasilan dan pengedaran pengalaman kreatif berteknologi tinggi hingga ganjaran dalam gudang. Ini termasuklah Kinetic, Joule, Candyspace, Spafax, Forward, Shopper2Buyer dan TMARC.

SUMBER  tenthavenue

Source: tenthavenue
Keywords: Advertising Internet Technology Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Personnel announcements Small Business Services