SEOUL, Korea Selatan, 29 November 2024 /PRNewswire/ -- Gravity, peneraju global bagi permainan, melancarkan secara rasmi Tokyo Psychodemic pada 28 November di pasaran global, kecuali Jepun.
Tokyo Psychodemic menyampaikan pengalaman penyiasatan forensik sinematik 2D, mengasyikkan pemain dalam dunia pascapandemik yang berhadapan dengan fenomena supernatural. Permainan ini melibatkan penyiasatan kes yang tidak dapat diselesaikan menggunakan kepakaran forensik dan kerja berpasukan, dengan pelbagai pengakhiran ditentukan oleh kaedah yang dipilih untuk menyelesaikan kes.
Corak permainan terdiri daripada dua segmen utama: penerokaan senario dan pengumpulan bukti. Penerokaan senario menyediakan naratif kes yang terperinci dan kedalaman psikologi untuk watak, dihidupkan melalui animasi 2D secara langsung dan imej pegun yang dinamik. Pengumpulan bukti memfokuskan untuk menganalisis data tempat kejadian jenayah - termasuk foto, video, rakaman audio dan fail teks - bagi membongkar petunjuk. Penemuan kolaboratif memajukan jalan cerita, lalu mewujudkan dinamik penyiasatan yang menarik.
Rakaman CCTV aksi langsung dan papan bukti interaktif meningkatkan keasyikan, memberikan pengalaman penyiasatan yang realistik.
Gravity melancarkan Tokyo Psychodemic untuk PlayStation®4, PlayStation®5 dan Nintendo Switch™ di pasaran global kecuali Jepun. Versi digital tersedia untuk pembelian serta merta dan dimainkan melalui PlayStation Store dan Nintendo eShop. Pilihan bahasa termasuk bahasa Korea, bahasa Inggeris, bahasa Jepun, bahasa Cina Ringkas dan bahasa Cina Tradisional. Sokongan bahasa yang dikemas kini tersedia pada Steam®. Tokyo Psychodemic versi bahasa Jepun sahaja pada mulanya dilancarkan pada bulan Mei melalui PlayStation®4, PlayStation®5 dan Nintendo Switch™ secara eksklusif untuk Jepun.
Yoo Joon, Ketua Pasukan Perniagaan Penerbitan Konsol Gravity, menyatakan, "Tokyo Psychodemic menggabungkan grafik 2D dengan visual aksi langsung dan watak berbilang dimensi, menawarkan pengalaman drama misteri yang menarik. Permainan ini membawakan kejutan utama corak permainan berasaskan kesimpulan berserta penceritaan sinematik, untuk memberikan rasa asyik kepada peminat misteri dan pengembaraan."
Maklumat terperinci untuk bermain Tokyo Psychodemic pada Steam®, PlayStation®4, PlayStation®5 dan Nintendo Switch™ tersedia di halaman rasmi untuk setiap platform.
[Laman Web Rasmi Gravity] http://www.gravity.co.kr
[Halaman Maklumat PC & Konsol Gravity] https://www.startwithgravity.net/
[Laman Web Rasmi Tokyo Psychodemic] https://tokyo-psychodemic.com/?lang=en
[Halaman Rasmi Steam Tokyo Psychodemic] https://store.steampowered.com/app/2397140/____XFILE/
[Halaman Rasmi PlayStation Store Tokyo Psychodemic] https://store.playstation.com/en-us/concept/10008939
[Halaman Rasmi Nintendo Switch Tokyo Psychodemic] https://www.nintendo.com/us/store/products/tokyo-psychodemic-switch/
Maklumat Perhubungan
Gravity Co., Ltd.
Alex Won, Gravity 2Business Unit
alexw@gravity.co.kr