omniture

Bangunan Terapung FDN Menyelamatkan Orang Ramai Daripada Perubahan Iklim dan Tsunami

FDN
2015-02-17 01:58 117

AMSTERDAM, 17 Februari 2015 /PRNewswire/ --

Juara inovasi Belanda dicalonkan untuk Anugerah Perniagaan Eropah

Mencipta rumah dan bangunan lain yang terapung yang boleh bertahan daripada peningkatan paras laut dan banjir serta pembinaan kalis tsunami yang kukuh, syarikat kejuruteraan & pembinaan Belanda FDN menawarkan penyelesaian mampan bagi masalah perubahan iklim serta bencana lain di seluruh dunia.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150210/728559 )

Sebagai salah satu syarikat paling berinovasi di Belanda, FDN sudah pun menerima beberapa anugerah. Kini ia telah dicalonkan untuk Anugerah Perniagaan Eropah.

Peningkatan paras laut dan sungai yang melimpah kerana pemanasan global serta pembasmian hutan mengakibatkan masalah di beberapa negara Asia, Amerika Selatan, dan juga Eropah. Binaan terapung FDN melindungi orang ramai dan pekerja di kawasan berisiko tinggi, serta membenarkan pembangunan mampan dan juga tahan lama bagi kawasan semula jadi yang lemah pada masa yang sama.

Bagi pesisiran pantai Asia, FDN mencipta rumah yang rintang tsunami. Oleh kerana rekaan hidrodinamik serta struktur konkrit yang stabil dan kalis air, ia mampu menahan tsunami yang paling dahsyat. Panel solar di atas bumbung serta tingkap kedap air memastikan penghuninya selamat semasa serangan gelombang tsunami dan juga selepasnya.

Bagi negara-negara Eropah, FDN mereka beberapa binaan terapung seperti bangunan terapung di Amsterdam, sebuah hotel Yacht dan pangsapuri separa terapung, yang mana sistem hidraulik khas menstabilkan kedudukan rumah sewaktu ribut, ombak, dan arus air, lalu memastikan kehidupan yang selesa tanpa ciri pergerakan rumah seperti kapal laut.

Binaan terapung juga sesuai dibina di bandar-bandar yang semakin berkembang seperti Oslo atau pusat peranginan pelancong di Sri Lanka, yang mana FDN sedang mencipta sebuah pusat peranginan dengan pulau terapung pasang siap yang tidak menjejaskan alam persekitaran.

Bagi kerajaan Colombia, FDN mereka sebuah rumah dua alam, yang dibina di atas darat tetapi boleh terapung semasa banjir, dengan sauh yang mengelakkannya daripada terapung. Panel solar menjadikannya sebuah rumah yang memadai, manakala pengangkutan dan pemasangannya yang mudah memastikan kosnya bernilai kurang daripada 20.000 dolar.

Satu lagi ciptaan FDN adalah tembok pemecah ombak terapung mampan yang sudah pun melindungi pelabuhan di Monaco dan pulau di Greece, Messolonghi. Ia boleh digabungkan dengan penukar tenaga ombak.

Ultrabridge FDN, yang dibuat daripada konkrit berprestasi tinggi, telah meraih beberapa anugerah. Bagi Anugerah Perniagaan Eropah 2014/2015 FDN telah pun menerima anugerah Ruban d'Honneur untuk inovasi, yang "mengiktiraf syarikat itu sebagai salah satu daripada 110 perniagaan terbaik di Eropah," kata Adrian Tripp, Ketua Pegawai Eksekutif Anugerah Perniagaan Eropah.

Nota kepada penyunting:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ketua Pegawai Eksekutif Dil Tirimanna FDN, Tel: +31-20-3306260, e-mel: info@fdngroup.nl. Maklumat lanjut: http://www.fdn-engineering.nl

Lihat video

Sumber: FDN

Source: FDN
Keywords: Construction/Building Environmental Products & Services Awards Public Safety