omniture

Sorotan Menarik semasa Pertunjukan Motor Antarabangsa Geneva 2015: QUANTiNO Baharu

nanoFLOWCELL AG
2015-02-17 17:00 136

VADUZ, Liechtenstein, 17 Februari 2015 /PRNewswire/ --

Kenderaan bervoltan rendah dengan voltan terkadar sebanyak 48 V dan jarak melebihi 1,000 km

  • Kenderaan bervoltan rendah QUANT pertama
  • Kenderaan elektrik dengan 4x25 kW/136 kuasa kuda
  • Kelajuan tertinggi sebanyak 200 km/j
  • Roda 22 inci untuk 2+2 tempat duduk

"Kereta ini adalah cukup hebat dan bakal menjadi salah satu tumpuan utama semasa Pertunjukan Motor Antarabangsa Geneva 2015," kata Profesor Jens Ellermann, Presiden Lembaga Pengarah nanoFlowcell AG, dengan penuh semangat. nanoFlowcell AG bakal memperkenalkan kenderaan bervoltan rendah QUANT pertama sebagai kenderaan konsep semasa pertunjukan kereta Switzerland itu mulai 3 Mac 2015.

Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150217/730970-a
Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150217/730970-b

"Dengan QUANTiNO, kami memperkenalkan saudara kecil QUANT E dan QUANT F di Geneva. Kenderaan elektrik inovatif yang bakal menarik minat ramai. Sporty, dinamik dan banyak lagi ciri menarik dengan sistem pemanduan bervoltan rendah. Dengan voltan terkadar hanya sebanyak 48 V kami mencapai empat kali 25 kW, bersamaan dengan kira-kira 136 kuasa kuda, melalui kombinasi nanoFlowcell®, sistem penimbal, dan motor elektrik. Binaan ini menghasilkan kelajuan tertinggi sebanyak lebih 200 kilometer sejam dalam mod elektrik sepenuhnya dan jarak perjalanan sejauh lebih 1,000 kilometer, tanpa sebarang pembebasan gas berbahaya," terang Nunzio La Vecchia, Ketua Pegawai Teknikal nanoFlowcell AG, berkenaan model terbaharu dalam keluarga QUANT itu.

"QUANTiNO merupakan kenderaan elektrik untuk semua. Mampu milik dan mempunyai rekaan yang menonjol serta unik. Ia bukan sekadar kenderaan konsep sahaja -- ia bakal menjadi realiti dalam tahun ini juga. Kita akan dapat memandu QUANTiNO pada tahun 2015. Kami menyasarkan untuk mendapatkan kelulusan bagi penggunaan atas jalan dalam sedikit masa sahaja lagi," kata Nunzio La Vecchia.

Jarak jauh untuk QUANTiNO dengan nanoFlowcell® 

Konsep pemanduan inovatif itu yang terdiri daripada sistem bervoltan rendah dan nanoFlowcell® memberikan QUANTiNO jarak perjalanan sejauh lebih 1,000 km. "Sistem bervoltan rendah adalah padanan ideal untuk Flowcell®. Ia membolehkan kami menjana tahap kuasa pemanduan yang sebelum ini dilihat sebagai mustahil. Kami baru sahaja berada pada tahap awal usaha kemajuan ini. Ujian serta simulasi awal sudahpun menunjukkan potensi yang jauh lebih besar. Konsep ini mewakili alternatif sebenar untuk mobiliti elektrik bagi masa hadapan, dengan kuasa pemanduan mengagumkan dan jarak yang luar biasa jauhnya," kata La Vecchia.

Dengan dua tangki 175 liternya, QUANTiNO dapat membawa cecair berion sejumlah 350 liter -- satu tangki dengan cas positif sementara satu lagi pula dengan cas negatif. Proses mengisi semula bahan api adalah sama dengan prosedur yang menjadi amalan hari ini, cuma bezanya adalah kedua-dua tangki itu diisi serentak, tetapi dengan cecair berlainan.

2+2 tempat duduk dengan roda 22 inci

Dengan kepanjangan 3.91 meter, QUANTiNO merupakan kenderaan tempat duduk 2+2 dengan rekaan unik. Satu ciri yang tampak menyerlah ialah roda 22 incinya. "Sebagai saudara kecil QUANT E dan QUANT F, kami mahu memberi penekanan pada hakikat QUANTiNO adalah milik keluarga QUANT. Hujung hadapan dan belakangnya jelas menunjukkan persamaan ciri ini. Khususnya, roda 22 incinya, ciri yang turut dimiliki QUANTiNO bersama "abang-abangnya" dalam keluarga QUANT, yang membezakannya dalam kelasnya daripada segi penampilan," kata Ketua Pegawai Teknikal Nunzio La Vecchia.

Sistem bervoltan rendah -- latar belakang dan kelebihan 

Sehingga ke hari ini, pemanduan bervoltan rendah biasanya dilihat pada kenderaan dengan output pemanduan yang sangat rendah (< 5 kW) seperti kereta golf, skuter elektronik atau kenderaan bermotor penggunaan ringan seperti kenderaan pemanduan empat roda dengan output pemanduan yang agak rendah (< 20kW) untuk kegunaan dalam bandar. "Setahu kami, sistem pemanduan bervoltan rendah tidak pernah dipasang sebelum ini dalam kereta berpenumpang yang besar, seperti yang kini sedang digunakan dalam model QUANTiNO. Output pemanduan yang diperlukan sering mengehadkan pelbagai aplikasi berguna untuk sistem bervoltan rendah. Kini itu semua bakal berubah dengan nanoFlowcell®. Arus yang sangat tinggi diperlukan untuk paras output pemanduan yang biasanya diperlukan oleh kenderaan. Ini memerlukan keratan rentas kabel yang luar biasa besarnya serta kerugian transmisi yang semakin meningkat dengan sistem bervoltan tinggi. Dengan nanoFlowcell®, kami berjaya menyelesaikan masalah ini. Di sini, kami menjana arus yang sangat tinggi dengan voltan terkadar sangat rendah yang sempurna untuk tujuan sistem bervoltan rendah," jelas Ketua Pegawai Teknikal Nunzio La Vecchia.

"Sistem bervoltan rendah menawarkan pelbagai kelebihan berbanding sistem bervoltan tinggi, seperti yang digunakan dalam kenderaan elektrik hari ini. Sementara kenderaan elektrik bervoltan tinggi memerlukan sentuhan sepenuhnya dan perlindungan lampau kilat, ini tidak diperlukan dalam kenderaan bervoltan rendah. Selaras dengan ECE-R 100, tiada langkah tambahan untuk mengelakkan sentuhan tidak disengajakan diwajibkan bagi sistem bervoltan rendah. Ini juga menyebabkan penghomologan lebih pantas untuk kenderaan bervoltan rendah, kerana keselamatan berfungsi adalah lebih mudah untuk direalisasikan," jelas Nunzio La Vecchia.

"Sistem bervoltan rendah adalah padanan ideal untuk nanoFlowcell® kami. Dengan menggabungkan kedua-duanya, kita boleh mengeksploitasi potensi jarak yang banyak serta kelebihan untuk kenderaan elektrik kami," kata Ketua Pegawai Teknikal nanoFlowcell AG.

Pengenalan perdana dunia untuk QUANTiNO akan berlangsung pada 3 Mac 2015 semasa satu sidang media yang akan diadakan semasa Pertunjukan Motor Antarabangsa Geneva 2015 (dewan 1, tapak pameran 1224).

Maklumat untuk media

Sesiapa yang ingin melihat sendiri QUANTiNO baharu boleh berbuat demikian semasa Pertunjukan Motor Antarabangsa Geneva 2015 (hari untuk pihak akhbar: 3 dan 4 Mac 2015, PALEXPO, dewan 1, tapak pameran 1224. Dibuka kepada orang awam pada: 5-15 Mac 2015).Temu ramah persendirian juga boleh diatur di sini. Jika anda berminat, sila hubungi pasukan akhbar untuk tujuan akreditasi, perancangan, dan aturan lain. Sidang akhbar akan dijalankan di tapak pameran QUANT pada 3 Mac 2015 pada pukul 8.30 pagi.

- Rujukan silang: Gambar boleh didapati di epa european pressphoto agency (http://www.epa.eu) dan http://www.presseportal.de/pm/112223

Maklumat perhubungan media

Sila hubungi pasukan akhbar nanoFlowcell AG untuk mengatur temu ramah semasa Pertunjukan Motor Antarabangsa Geneva 2015 atau jika terdapat sebarang pertanyaan umum:

Pejabat Akhbar nanoFlowcell AG
Volker Pulskamp-Bocking
d/a HERING SCHUPPENER
Mainzer Landstrasse 41, 60329 Frankfurt/Main, Jerman
No. Telefon: +49(0)69-92-18-74-28,
Telefon Bimbit: +49(0)173-70-161-30
E-mel: presse@nanoflowcell.com
Internet: http://www.nanoflowcell.com
Facebook: https://www.facebook.com/nanoflowcell
Twitter: https://twitter.com/nanoflowcell

Sumber: nanoFLOWCELL AG

Source: nanoFLOWCELL AG
Keywords: Auto Transportation Trucking and Road Transportation Trade show news