SINGAPURA, 17 Februari 2015 /PRNewswire/ -- Asia Plantation Capital telah mengubah imej pelaburan alternatif bagi pelabur institusi dan runcit, dengan menyediakan perkhidmatan pengurusan perhutanan, pertanian, dan perladangan yang berjaya untuk lebih dari sedekad. Selepas krisis kewangan 2008 dan kejatuhan harga minyak pada masa kini, pelabur sedang mencari dana alternatif yang stabil, namun menyediakan pulangan yang tinggi.
Pelaburan perhutanan baru-baru ini telah menyaksikan peningkatan minat daripada dana pencen, pelaburan ekuiti persendirian, syarikat insurans dan pelabur runcit, ekoran ufuk jangka panjang yang benar-benar dapat membantu krisis ekonomi dengan lebih baik daripada pelaburan jangka pendek. Berbanding ekuiti, bon dan hartanah, pulangan dalam aset kelas perhutanan menerima impak daripada set faktor ekonomi dan pasaran yang berbeza sepenuhnya. Oleh itu, ia menjadikan kelas aset ini satu pelaburan alternatif yang ideal untuk pelabur yang ingin mempelbagaikan portfolio mereka bagi melindungi diri daripada keadaan turun naik pasaran.
"Berita dan faktor pasaran boleh menyebabkan harga saham merudum," kata En. John Berry – Pengarah Pembangunan Perniagaan, Asia Plantation Capital – pada forum Pakar Pelaburan Global Asia 2015 baru-baru ini. "Tetapi ia tidak dapat menghalang pokok daripada tumbuh. Hutan sebagai satu aset yang berfungsi sebagai perlindungan yang kukuh berbanding pelaburan lain seperti yang dibuktikan oleh sejarahnya untuk prestasi yang cemerlang."
En. Berry menambah, "Ciri-ciri aliran tunai dalam pelaburan perhutanan adalah amat serupa dengan bon pendapatan tetap yang para pelabur perlu melabur oleh bagi suatu tempoh yang pendek sebelum pelaburan matang. Dalam hal ini, apabila pokok matang, ia bersedia untuk diproses. Dengan menghasilkan pulangan konsisten yang baik," En. Berry menyimpulkan, " aset perhutanan meningkatkan ciri-ciri risiko/ganjaran dalam menghasilkan portfolio yang lebih cekap dan pelbagai."
Prospek jangka panjang bagi pelaburan dalam industri perhutanan dan pertanian kekal kukuh apabila permintaan global terhadap produk perhutanan berterusan, secara umumnya, untuk melebihi bekalan semasa. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Makanan dan Pertanian sebelum ini menganggarkan penggunaan sedunia produk berkaitan kayu dan perhutanan akan meningkat lebih 50% menjelang 2030. Sementara itu, bekalan semasa produk balak dan perhutanan lain daripada sumber lestari ini masih tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan. Mengambil kira pandangan ini, perhutanan lestari akan terus menjadi peluang pelaburan yang menarik dan berprestasi tinggi untuk tahun-tahun akan datang.
Nota untuk Penyunting:
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Adrian Heng
Pengarah Pemasaran Kumpulan
E-mel: adrian.heng@asiaplantationcapital.com
Pejabat: +65-6222-3386
Telefon Bimbit: +65-9750-7440
Latar Belakang Asia Plantation Capital
Fakta ringkas:
Asia Plantation Capital (APC) merupakan pemilik dan pengendali rangkaian luas perniagaan penanaman dan perladangan komersial merentasi rantau Asia Pasifik dan seluruh dunia, serta merupakan sebahagian daripada Kumpulan syarikat bersekutu Asia Plantation Capital. Tumpuannya terhadap projek penanaman yang berbilang budaya dan pelbagai dikhususkan untuk permintaan domestik dan komersial negara tempat ia beroperasi. Bekerjasama dengan, dan menyokong komuniti setempat, merupakan prinsip teras utama perniagaan APC, menyediakan sokongan sosial dan budaya, selain pelaburan, untuk mengelakkan komuniti-komuniti ini daripada penyahhutanan dan aktiviti pembalakan haram, yang sebelum ini dilihat sebagai mata pencarian utama di sesetengah rantau di Asia. Ditubuhkan secara rasmi pada 2008 (namun beroperasi secara persendirian sejak 2002) kumpulan tersebut kini mempunyai projek perladangan dan pertanian di empat benua, dengan projek beroperasi dalam pelbagai peringkat di Thailand, Malaysia, China, Laos, India, Kemboja, Sri Lanka, Myanmar, Vietnam, Amerika Utara dan Eropah.
Menggalakkan penggunaan kayu lestari dan disahkan merupakan cara terbaik menghalang penyahhutanan, melindungi kepelbagaian bio, dan membasmi kemiskinan di rantau hutan hujan tropika. Bagi sektor kapal layar (penggunaan utama bagi kayu jati) yang berusaha meraih kecemerlangan dan telah pun terlibat dalam usaha memelihara alam sekitar, ini juga merupakan cara untuk memastikan kayu daripada pembalakan haram tidak digunakan.
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150209/8521500747-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150209/8521500747-b