CHICAGO, 3 Disember 2024 /PRNewswire/ -- Neusoft Medical Systems Co., Ltd. ("Neusoft Medical Systems"), peneraju global bagi penyelesaian dan perkhidmatan pengimejan perubatan, dengan bangganya mengumumkan penyertaannya dalam Perjumpaan Tahunan Persatuan Radiologi Amerika Utara (RSNA) 2024, yang berlangsung di Chicago mulai 1-5 Disember.
RSNA ialah acara saintifik dan pendidikan terulung di dunia untuk sains radiologi, menghimpunkan ahli profesional yang terkemuka dari seluruh dunia. Di perjumpaan pada tahun ini, Neusoft Medical Systems mempamerkan portfolio termaju dengan teknologi pengimejan perubatan berkuasa AI yang direka untuk meningkatkan kejituan diagnostik, memperkemas aliran kerja klinikal dan meluaskan akses kepada penjagaan yang berkualiti di peringkat global.
"Di Neusoft Medical Systems, kami memperkasakan ahli radiologi untuk menangani cabaran klinikal sekali gus meningkatkan kebolehcapaian dan kemampumilikan pengimejan perubatan untuk wilayah dan komuniti yang memerlukan," kata Patrick Wu, Ketua Pegawai Eksekutif Neusoft Medical Systems. "Dengan mengintegrasikan pengimejan perubatan termaju, kecerdasan buatan dan kepakaran klinikal, kami bermatlamat untuk menyediakan alat yang komprehensif kepada penjaga demi diagnosis yang tepat. Kami berharap dapat berinterakasi dengan pemimpin industri di RSNA 2024 bagi memajukan lagi bidang penjagaan kesihatan melalui inovasi."
Reruai ini mempamerkan pelbagai inovasi rintis, termasuk:
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.neusoftmedical.com/en
Latar Belakang Neusoft Medical Systems
Neusoft Medical Systems Co., Ltd. ialah peneraju global bagi penyelesaian dan perkhidmatan pengimejan perubatan, menyampaikan produk pintar, cekap, jitu dan terjamin kepada pelanggan di seluruh dunia. Menawarkan perkhidmatan kepada lebih 13,000 institusi perubatan di lebih 110 negara, syarikat ini telahpun memasang lebih daripada 47,000 unit di peringkat global, meliputi pelbagai kategori, gred dan segmen pelanggan.
* Tidak semua model peralatan dan perkhidmatan yang dipaparkan dalam siaran akhbar ini tersedia di setiap wilayah di dunia