PERTH, Australia, 18 Februari 2015 /PRNewswire/ -- Seramai1.4 juta orang terpegun dengan The Incredible and Phenomenal Journey of the Giants to the Streets of Perth, oleh Royal de Luxe Perancis, dalam pertunjukan mengagumkan yang percuma selama tiga hari bagi merasmikan Festival Kesenian Antarabangsa Perth ke-63 pada 13 Februari.
Siaran multimedia: http://www.prnasia.com/mnr/perth_festival_2015_en.shtml
Para pengunjung dari seluruh Australia dan serata dunia menyertai keseluruhan bandar dan jatuh cinta dengan Gergasi Gadis Kecil setinggi 6 meter dan takjub dengan Gergasi Penyelam setinggi 11 meter.
Sepanjang tiga hari, penceritaan acara itu mengisahkan upacara peringatan Seratus Tahun Anzac dan peranan askar Australia semasa Perang Dunia Pertama, serta keraian masyarakat Orang Asli Australia Barat, dan juga lebih ulung sekali, ia menyatukan seluruh bandar dalam keterpesonaan.
Pengarah Artistik Festival Perth Jonathan Holloway berkata: "Kata orang, mahu membesarkan anak seorang, perlu satu kampung, tetapi untuk menyeru gergasi, perlu satu bandar.
"Perth bersatu untuk acara ini dan semua orang menerima tugasan itu. Ini merupakan salah satu contoh terbesar bagi ciri luar biasa seni yang boleh membawa perubahan."
"Orang ramai akur dengan hakikat Perth tidak akan dapat melupakan masa hujung minggu yang mana Gergasi menelusurinya."
Ribuan orang menyaksikan saat keindahan, kelucuan, dan kekaguman apabila Gergasi Gadis Kecil memulakan perjalanannya pada Hari Pertama. Apabila dia dibangunkan dengan irama nyanyian para wanita Noongar yang mendendangkannya, dia memukau para penonton. Pada Hari Kedua, Gergasi Penyelam bangun dan memulakan perjalanan mencari Gergasi Gadis Kecil, dan mengharungi pelbagai rintangan yang mendatang dalam jejaknya. Hari tersebut diakhiri dengan pertemuan menyayat hati kedua-dua Gergasi itu yang menggembirakan orang ramai. Pada Hari Ketiga, kedua-dua Gergasi itu menyertai acara peringatan Anzac sebelum belayar menyusuri Sungai Angsa bagi meneruskan pengembaraan mereka.
Sorotan lain termasuklah persembahan hadiah sebuah buku kepada Gergasi Gadis Kecil yang dibuat untuknya oleh kanak-kanak Perth, sebahagian daripada program pendidikan menyeluruh yang dijalankan seiring dengan projek itu.
Festival Seni Antarabangsa Perth merupakan festival seni antarabangsa yang paling lama berlangsung di Australia dan merupakan acara kebudayaan terunggul Australia Barat. Festival itu telah memahat reputasi seluruh dunia melalui program antarabangsanya yang cemerlang, persembahan hasil karya baharu dan pengalaman seni berkualiti tertinggi kepada pada penonton. Selama 62 tahun, Festival itu telah mengalu-alukan ramai pengkarya terhebat seluruh dunia pada zaman ini ke Perth.
Rania Ghandour
Pengurus Perhubungan Media Festival Perth
+61-8-6488-8618/+61-403-025-535
rghandour@perthfestival.com.au
Video - http://static.prnasia.com/pro/media/201502/perth/perth_201502.mp4
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150216/8521500962-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150216/8521500962-b