omniture

Vantage Markets Muncul sebagai Broker Di Kedudukan Teratas dalam Pelbagai Kategori Ujian Prestasi Terkini Investing.com semasa Tempoh Pilihan Raya AS

Vantage
2024-12-04 17:44 1

PORT VILA, Vanuatu, 4 Disember 2024 /PRNewswire/ -- Vantage Markets (atau "Vantage"), broker berbilang-aset yang memenangi pelbagai anugerah, sekali lagi telah memantapkan reputasinya untuk kecemerlangan, mengatasi para pesaing dalam pelbagai kategori utama menerusi ujian pembrokeran terkini Investing.com.

Vantage Markets Emerges as Top-ranked Broker across Multiple Categories in Investing.com’s Recent Performance Test during the US Election Period
Vantage Markets Emerges as Top-ranked Broker across Multiple Categories in Investing.com’s Recent Performance Test during the US Election Period

Investing.com, salah satu penerbit kewangan terkemuka dunia, menyediakan berita, analisis dan data kewangan masa nyata, berkhidmat kepada lebih 60 juta pengguna bulanan merentas pasaran global. Ujian pembrokerannya dipandang tinggi dalam industri, menawarkan pandangan komprehensif tentang prestasi broker berdasarkan kriteria penilaian yang ketat.

Dalam penilaian yang terkini ini, ujian tersebut menilai pelbagai metrik utama, termasuk leveraj, nilai spread, kestabilan spread, kadar tiada gelinciran, kedalaman pasaran, kos pesanan besar dan daya saing swap, yang dijalankan semasa salah satu tempoh yang paling tidak menentu—pilihan raya A.S.—dengan data ujian memfokuskan pada pergerakan produk Emas (XAUUSD).

Leveraj

Vantage menunjukkan kecemerlangan dalam menyediakan leveraj yang fleksibel dan amat kompetitif sehingga 1:2000 (di kawasan terpilih), memberi pedagang akses kepada instrumen kewangan yang berkuasa dengan pelbagai pilihan yang disesuaikan dengan keperluan perdagangan mereka. Keseimbangan fleksibiliti dan kawalan ini penting kepada falsafah Vantage untuk memperkasakan pedagang dengan alatan yang menyokong pengurusan risiko pintar.

Nilai Spread dan Kestabilan Spread

Berdasarkan data akaun ECN, ujian ini menonjolkan nilai spread Vantage yang sangat rendah pada 9.1 berbanding dengan broker lain, menawarkan akses kos efektif pada pasaran kepada pedagang. Tambahan pula, kestabilan spread dikawal secara konsisten dalam julat 8-9 mata, satu faktor kritikal semasa pergolakan pasaran. Kestabilan ini mencerminkan infrastruktur Vantage yang teguh dan dedikasi untuk menyediakan keadaan perdagangan yang andal tanpa mengira turun naik pasaran.

Kadar Tiada Gelinciran

Vantage menunjukkan kadar pelaksanaan tiada gelinciran sebanyak 79% yang tiada tandingan pada akaun STP, memperlihatkan keupayaannya untuk meminimumkan perbezaan antara harga yang diminta dan dilaksanakan. Dengan mengurangkan sisihan yang tidak dijangka, Vantage memastikan strategi-strategi pedagang kekal utuh tanpa sisihan yang tidak dijangka, lalu meningkatkan kepercayaan dan ketelusan dalam pelaksanaan perdagangan.

Kedalaman Pasaran

Dalam ujian ketat perletakan pesanan semasa kejadian berita yang amat tidak menentu, Vantage menunjukkan kedalaman pasaran yang tiada tandingannya, mengendalikan saiz lot besar dengan gelinciran minimum. Tahap kedalaman dan kestabilan pasaran ini mencerminkan kekuatan rangkaian kecairan Vantage, memberikan pengalaman yang lancar kepada pedagang walaupun semasa aktiviti pasaran puncak.

Kos Pesanan Besar

Semasa tempoh Pilihan Raya AS yang sangat tidak menentu, Vantage menunjukkan kecemerlangan dengan kos pesanan yang lebih besar iaitu -26.6, menawarkan harga yang kompetitif dan meminimumkan perbelanjaan dagangan untuk transaksi besar. Ini merupakan hasil daripada komitmen Vantage untuk memastikan pedagang menikmati kecekapan kos walaupun dalam pasaran yang dinamik dan bergerak pantas.

Daya Saing Swap

Vantage terus memberikan nilai dengan kadar swap yang utama dalam industri, menawarkan -30.8 untuk kedudukan panjang dan 22 untuk kedudukan pendek. Dikenali dengan menawarkan beberapa kadar swap yang terbaik dalam industri, Vantage menduduki kedudukan yang tinggi dengan kadar menguntungkan bagi kedua-dua sisi pasaran, memberikan nilai tambahan kepada pedagang, terutamanya untuk kedudukan jangka panjang.

Pengiktirafan oleh Investing.com merupakan bukti sebenar usaha Vantage untuk mencapai kecemerlangan dan memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju dalam landskap perdagangan global. Bagi pedagang di seluruh dunia, keputusan ini bukan sahaja mencerminkan keadaan perdagangan Vantage yang unggul bahkan suatu janji komitmennya yang tidak berbelah bahagi untuk memupuk persekitaran perdagangan yang berprestasi tinggi.

Geraldine Goh, Ketua Pegawai Pemasaran di Vantage berkata, "Di Vantage, kestabilan, pelaksanaan yang jitu dan langkah-langkah antigelinciran yang mantap membuatkan kami berbeza. Terutamanya semasa keadaan perdagangan yang tidak menentu, komitmen kami kepada keandalan dan prestasi unggul memastikan pelanggan kami mengalami persekitaran dagangan terbaik, berdiri teguh semasa keadaan yang paling penting."

Untuk maklumat lanjut, kunjungi Pusat Media Vantage: https://www.vantagemarkets.com/about/media-centre/

Latar Belakang Vantage

Vantage Markets (atau Vantage) ialah broker CFD berbilang-aset yang menawarkan pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih 15 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem dagangan yang dipercayai, aplikasi dagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform dagangan mesra pengguna yang memperkasakan pelanggan untuk merebut peluang perdagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play.

berdagang lebih bijak @vantage

AMARAN RISIKO: Perdagangan CFD membawa risiko yang besar. Anda boleh mengalami kerugian lebih banyak daripada pelaburan awal anda.

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Mobile Entertainment Awards Financial Technology