Laporan Daripada GLOBAL TIMES ONLINE:
HUZHOU, China, 4 Disember 2024 /PRNewswire/ -- Pada akhir November, China Tourism Group mempamerkan inisiatif pelancongan mampannya di Aktiviti Komunikasi Media Antarabangsa "Travelogue of China" 2024, yang dianjurkan secara bersama oleh Persatuan Diplomasi Awam China dan Global Times Online.
Satu delegasi media antarabangsa memulakan perjalanan mereka di CTG•Anji Lembah Hele di Daerah Anji, Bandar Huzhou, Wilayah Zhejiang. Dibangunkan oleh CTG International di bawah China Tourism Group, lembah ini menunjukkan contoh pembangunan mampan yang berakar umbi dengan falsafah bahawa "perairan yang jernih dan pergunungan yang subur merupakan aset yang tidak ternilai."
Li Jian, pengurus besar Hong Kong CTS (Anji) Tourism Development Co., Ltd., berkata, "Pembangunan Lembah Hele benar-benar mematuhi prinsip intervensi minimum. Semua reka bentuk seni bina menggunakan teknologi mesra alam untuk meminimumkan kesan terhadap alam sekitar. Reka bentuk jalan dan laluan mempertimbangkan rupa bumi, mengelakkan kerosakan pada ladang teh, hutan buluh dan sumber air, lalu membolehkan pelawat berhubung dengan alam semula jadi tanpa menggugat alam sekitar."
Di Tasik Qiandao di Hangzhou, para wartawan mengalami integrasi perlindungan ekologi dan pembangunan pelancongan. Menurut Wei Hong, timbalan pengurus besar CTG (Zhejiang) Qiandao Lake Company, "Kawasan pemandangan indah Tasik Qiandao menarik dua juta pelancong setiap tahun, memainkan peranan yang amat positif dalam merangsang ekonomi tempatan dan menggalakkan peluang pekerjaan. Tiga hingga lima generasi penduduk asli telah mengambil bahagian dalam pembinaan dan operasi seluruh kawasan pusat peranginan peringkat kebangsaan di Tasik Qiandao."
"Tasik Qiandao telah meninggalkan kesan yang sangat kuat ke atas diri saya," kata Aiperi Temirova, seorang wartawan daripada NEWS.KG Kyrgyzstan. "Cara orang ramai menunjukkan keprihatinan tentang pemeliharaannya dan bagaimana ia memberi kesan kepada masyarakat setempat merupakan sesuatu yang amat mengagumkan."
Sepanjang jelajah ini, delegasi menyaksikan pencapaian Zhejiang dalam tamadun ekologi dan transformasi hijau. Mereka memerhatikan usaha dalam menggalakkan pembangunan ekonomi yang berkualiti tinggi dan keharmonian antara manusia dan alam semula jadi. Melalui platform berita dan media sosial, para wartawan berkongsi pengalaman mereka, memaparkan imej China yang sebenar dan komprehensif.
"Tanpa ragu-ragu, saya ingin kembali ke China bersama rakan dan keluarga saya serta melawat semua tempat yang indah ini," kata Ecaterina Reveaco, seorang editor daripada Noi.md Moldova.
Dengan mengetengahkan inisiatif pelancongan mampan, jelajah media ini menyumbang kepada pemahaman global tentang komitmen China terhadap pemuliharaan alam sekitar serta pembangunan mampan.