omniture

Mainstream Renewable Power Lancarkan Platform Tenaga Boleh Diperbaharui Pan-Afrika $1.9bn

Mainstream Renewable Power
2015-02-18 23:52 159

DUBLIN, 18 Februari 2015 /PRNewswire/ -- Syarikat angin dan solar Mainstream Renewable Power hari ini mengumumkan pelancaran platform penjanaan tenaga boleh diperbaharui pan-Afrika, Lekela Power, yang telah ditubuhkan bersama Actis, firma ekuiti persendirian pasaran pan-membangun global. Lekela Power akan membekalkan antara 700 dan 900 megawatt kuasa angin dan solar di seluruh Afrika menjelang 2018.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141010/709908)

Mainstream dan Actis telah pun membentuk dua perkongsian yang berjaya di Afrika Selatan dan Chile. Lekela Power akan beroperasi dalam cara yang sama dengan perkongsian sedia ada bersama Mainstream yang bertanggungjawab bagi keseluruhan pengurusan penuh projek; termasuk pengenalpastian tapak, pembangunan projek, pengurusan pembinaan selain operasi serta penyelenggaraan loji.

Minggu lalu Mainstream mengumumkan penutupan kewangan dan permulaan pembinaan bagi tiga ladang angin di Afrika Selatan yang akan membentuk asas bagi platform Lekela. Projek tersebut, yang mempunyai kapasiti tergabung 360 megawatt, terletak di Northern Cape di negara tersebut dan telah dianugerahkan kepada Mainstream sebagai sebahagian daripada Program Penghasilan Tenaga Boleh Diperbaharui Kerajaan. Projek-projek itu dijangka mencapai operasi komersial bermula pada tahun 2016. Mainstream juga mempunyai rancangan  projek lain di seluruh Afrika yang akan berpindah ke platform Lekela pada penutup kewangan termasuk projek angin Ayitepa 225 Megawatt di Ghana.

Barry Lynch, Pengarah Urusan Penghasilan, Pembinaan dan Operasi Darat Mainstream menambah: "Kami gembira bekerjasama menerusi kolaborasi ketiga kami dengan rakan kongsi kewangan kami Actis yang sekali lagi memanfaatkan portfolio projek angin dan solar bertaraf dunia Mainstream dan rekod prestasi kami membawa mereka kepada operasi komersial mengikut masa dan belanjawan. Selain portfolio projek Mainstream di Afrika Selatan yang luas, kami juga membangunkan projek-projek di Ghana selain mengusahakan peluang yang mengujakan di bahagian lain Afrika."

Mengulas tentang Lekela, Lucy Heintz, Rakan Kongsi, Ketua Tenaga Boleh Diperbaharui di Actis, berkata: "Dengan permintaan meningkat dan sekatan pembiayaan, keperluan Afrika terhadap tenaga boleh diperbaharui sedang memuncak. Di Afrika Selatan contohnya, kini 95% tanaga elektrik negara tersebut dijana oleh stesen kuasa berkuasa arang batu. Walaupun rantau tersebut mempunyai sumber bahan bakar semula jadi dan fosil yang banyak, kekurangan pelaburan jangka panjang telah membawa kepada kebergantungan terhadap penjanaan diesel kecemasan dan jangka pendek."

Latar Belakang Mainstream Renewable Power

Mainstream Renewable Power merupakan salah satu daripada pembangun bebas projek tenaga boleh diperbaharui yang terkemuka di dunia. Dengan perancangan pembangunan sebanyak lebih 17,000 megawatt di seluruh dunia ia kini mengendalikan dan membina ladang solar dan angin di Ireland, Afrika Selatan, Chile dan Kanada.

Sebagai pembangun kuasa angin luar pesisir bebas utama di Eropah, baru-baru ini Mainstream telah diberikan keizinan untuk membina dan mengendalikan dua ladang angin luar pesisir bernilai berbilion pound di UK.

Syarikat tersebut mempunyai pejabat di Berlin, Cape Town, Chicago, Dublin, Glasgow, Johannesburg, London dan Santiago.

http://www.mainstreamrp.com

SUMBER  Mainstream Renewable Power

Source: Mainstream Renewable Power
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Utilities New products/services