omniture

Glamournya Afghanistan!

Ariana Radio and Television Network
2015-02-19 00:12 162

- Anugerah ATN Tahunan ke-9 Bakal Berlangsung di Kuala Lumpur pada Februari 2015

KABUL, Afghanistan, 19 Februari 2015 /PRNewswire/ -- Pemuzik dan penghibur berbakat dari seluruh dunia bakal berhimpun pada hari Isnin, 23 Februari 2015 di Istana Budaya, Kuala Lumpur, Malaysia bagi meraikan Anugerah ATN® Tahunan ke-9 Ariana Television Network. Anugerah ATN itu mengiktiraf dan meraikan muzik Afghanistan serta seni persembahan sambil menggalakkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Afghanistan sedunia melalui pemuliharaan warisan kebudayaan Afghanistan.

Menurut Ehsan Bayat, Pengerusi Ariana Television Network, "Acara tahunan ini telah berkembang dengan sangat pesat sejak sembilan tahun lalu bagi menjadi wadah terunggul seni serta kebudayaan Afghanistan seluruh dunia dan tahun ini, kami menjangkakan lebih 800 tetamu semasa acara itu sendiri dan juga lebih 45 juta penonton televisyen dan dalam talian turut menikmati persembahan Glamournya Afghanistan kami.

Sambung Encik Bayat lagi, "Kami berbangga dapat mengadakan sambutan kami di tempat yang dibina bagi membantu meningkatkan standard seni persembahan Malaysia, menyemai kecemerlangan artistik dalam seni panggung, mempopularkan penerbitan kreatif berkualiti tinggi, dan memupuk penghargaan yang lebih tinggi terhadap seni. Sementara acara kami memberi penghormatan kepada artis yang paling terkenal dan sumbangan yang paling mengujakan kepada pembangunan kebudayaan Afghanistan sepanjang dua belas bulan lalu, Anugerah ATN adalah lebih daripada sekadar sambutan tahunan. Semua pencapaian ini penting kepada proses jangka masa panjang untuk memulihara dan mempertingkat warisan kebudayaan Afghanistan. Semua calon anugerah, baik para pemenang mahu pun semua calonnya, bertanggungjawab kerana memungkinkan sumbangan penting ini kepada rakyat Afghanistan seluruh dunia."

Pendaftaran artis telah ditutup lewat bulan Disember dan lebih seribu rakyat Afghanistan seluruh dunia menghantar penyertaan mereka untuk diadili barisan para hakim yang saksama. Peserta akhir untuk Anugerah ATN® ke-9 telah diumumkan pada pertengahan bulan Januari 2015 menerusi Sitara Hai Rangeen, Intekhab-e-binendaha (Rancangan Pilihan Penonton); http://arianatelevision.com/; serta atnawards.com; dan orang ramai dapat mengundi peserta akhir pilihan mereka di www.atnawards.com.

Latar Belakang Ariana Radio and Television Network

Ditubuhkan oleh Encik Ehsan Bayat pada tahun 2005, Ariana Television and Radio Ariana 93.5 (ATN) merupakan saluran media swasta terbesar di Afghanistan, meliputi 33 daripada 34 daerah serta mencapai lebih 20,000,000 warga Afghanistan. Memfokus kepada maklumat, bahan, dan hiburan, barisan rancangan ATN menekankan pendidikan, kesihatan, rancangan kanak-kanak, isu wanita serta dunia, dan pasukan ATN berbangga kerana mereka sentiasa menyiarkan berita yang tepat dan tidak berat sebelah kepada para penonton ketika kejadian berlaku.

Matlamat ATN sejak pelancarannya adalah untuk melibatkan dan mendidik, menyediakan "Jendela untuk Hari Esok yang Lebih Baik". Sambil mendedahkan penonton televisyen serta pendengar radio kami dengan bahan seni & budaya antarabangsa terbaik dari seluruh dunia, kami turut memperluas peluang untuk para penulis, penerbit, pelakon, dan pengarah tempatan dalam masyarakat Afghanistan. Rancangan kami boleh diakses melalui laman sesawang ATN, www.arianatelevision.com atau melalui satelit HotBird dan GlobeCast.

Hubungi: Montgomery Simus (m.simus@tsiglobe.com) +1-702-809-6772

Source: Ariana Radio and Television Network
Keywords: Art Entertainment Music Television Awards Not for profit