omniture

RegScan One Menjadi Berbilang Bahasa; Pertingkat Navigasi dan Luaskan Liputan Kawalseliaan

RegScan, Inc.
2015-02-19 19:09 354

WILLIAMSPORT, Pennsylvania, 19 Februari 2015 /PRNewswire/ -- RegScan, Inc. berbangga memperkenalkan kemas kini sistem utama yang membolehkan pengguna mengakses antara muka pengguna RegScan One  dalam beberapa bahasa, termasuk Perancis, Sepanyol dan Jerman serta Portugis.

Pengguna akan dapat menetapkan lokasi asal dan bahasa mereka kepada negara asal mereka. Lokasi di mana mereka berada tidak lagi penting, kerana mereka dapat mengakses sistem dan kandungan RegScan dalam bahasa tempatan. Tambahan pula, rupa baharu yang kemas dan navigasi dpertingkat akan menjadikan sistem tersebut lebih mesra pengguna.

"Bersama peralatan penyelidikan, pemberitahuan dan audit kami yang memimpin industri, kami berbesar hati kerana kini dapat menawarkan platform sehenti bagi operasi multinasional," kata Ned Ertel, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif RegScan. "Dengan akses berbilang bahasa yang lancar dan simpanan pusat bagi kesemua keperluan global mereka, para pelanggan kami dapat bekerja dengan lebih cekap."

Dengan kakitangan pakar yang berdedikasi di tiga buah negeri A.S. serta Washington D.C., dan rangkaian sumber dalam negara yang terus berkembang, RegScan dapat terus diyakini sebagai sumber dipercayai untuk menyediakan maklumat kawalseliaan dikemaskini dari setiap penjuru dunia.

Tanpa perlu mengurus sistem-sistem berasingan untuk kemudahan dalam setiap jurisdiksi, pengguna alatan RegScan One dapat mengakses kesemua daftar perundangan dan protokol audit pada sistem tunggal – kebarangkalian besar pada sistem pengurusan persekitaran dalam talian yang sedang mereka gunakan. Sekiranya dilakukan dengan betul, proses yang diperkemas ini dapat memberikan pulangan pelaburan hampir serta-merta.

Sistem RegScan One membolehkan pengguna menentukan kawalseliaan yang digunakan, membina daftar perundangan dan protokol audit mereka sendiri, serta memantau kepatuhan di mana-mana sahaja di dunia. Ia berfungsi dalam cara yang sama tidak kira di mana anda berada, dari Budapest ke Berlin hingga ke Boston. Maklumat dapat diakses melalui antara muka RegScan One, atau melalui perkhidmatan sesawang pada sebarang sistem EMIS dalam talian.

Pengguna RegScan One dapat mewujudkan daftar perundangan dan protokol audit bagi lebih 140 jurisdiksi di benua Amerika, Eropah, Afrika, Asia dan Oceania. Melalui ciri Applicability, mereka dengan mudah dapat menapis keperluan yang tidak berkaitan dengan mereka. Apabila daftar perundangan atau protokol audit tersuai dieksport kepada perkhidmatan pemantauan My WatchList, ia akan menandakan perubahan itu secara automatik.

Untuk maklumat lanjut, lawati www.regscan.com.

Source: RegScan, Inc.
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Publishing/Information Service New products/services