omniture

Cambrex Mengumumkan Perjanjian Strategik dengan Lilly untuk Menyokong Pembuatan Rakan Usaha Sama Bioteknologi

Cambrex
2024-12-06 02:54 14

EAST RUTHERFORD, N.J., 5 Disember 2024 /PRNewswire / -- Cambrex, organisasi pembangunan dan pembuatan kontrak global (CDMO) terkemuka, pada hari ini mengumumkan bahawa syarikat tersebut telah menandatangani perjanjian dengan Eli Lilly and Company (Lilly) bagi menyampaikan akses pantas kepada keupayaan pembangunan klinikal untuk rakan usaha sama bioteknologi Lilly.

 

Melalui perjanjian ini, Cambrex akan bekerjasama dengan Lilly Catalyze360-ExploR&D, cabang inovasi dan kerjasama luaran awal Lilly, untuk menyediakan bahan ubat, produk ubat, makmal perkhidmatan analisis dan kepakaran R&D kepada rakan usaha sama bioteknologi iaitu Lilly Catalyze360.

"Kami teruja untuk menyokong misi Lilly bagi membolehkan rakan usaha sama bioteknologi luaran mempercepat pembangunan produk syarikat itu," kata Brandon Fincher, Presiden Pembangunan & Pengujian Peringkat Awal di Cambrex. "Kemudahan Longmont kami menawarkan semua perkhidmatan yang diperlukan untuk memajukan molekul kecil peringkat awal ke klinik dengan kelajuan, fleksibiliti dan kecemerlangan saintifik. Kami berharap dapat mendorong rakan usaha sama Lilly Cataylze360 ke hadapan di laluan yang cekap untuk berjaya dengan produk syarikat itu."

Lilly Catalyze360 melabur dalam memajukan sains dan menyokong ubat-ubatan baharu muncul melalui tiga tonggak utama: Lilly Ventures, Lilly Gateway Labs dan Lilly ExploR&D. Untuk perjanjian strategik ini, Cambrex akan bekerjasama dengan ExploR&D, tonggak inovasi luaran di Lilly yang membawa pembelajaran perusahaan, pengetahuan saintifik dan keupayaan penyelidikan dan pembangunan terbaik seumpamanya bagi mempercepat sains rakan kongsi.

Perkhidmatan utama melalui perjanjian ini akan dianjurkan di Longmont, Colorado, dengan sokongan tambahan daripada rangkaian Cambrex, seperti yang diperlukan. Kemudahan Cambrex di Longmont mempunyai kepakaran dalam pembangunan awal ubat percubaan baharu, daripada pembangunan proses dan pembuatan bahan ubat melalui pembangunan formulasi dan pembuatan produk ubat, termasuk kapasiti untuk pengeluaran bukan GMP dan cGMP. Pada masa yang sama, tapak lokasi ini menyediakan pembangunan analisis penuh dan sokongan pengujian cGMP. 

Maklumat Tentang Cambrex

Cambrex ialah organisasi pembangunan dan pembuatan kontrak global (CDMO) terkemuka yang menyediakan pembangunan dan pembuatan bahan ubat di seluruh kitaran hayat ubat, serta perkhidmatan analisis dan pembolehan IND yang menyeluruh. 

Dengan lebih 40 tahun pengalaman dan pasukan 2,000 pakar yang memberikan perkhidmatan kepada pelanggan global dari Amerika Utara dan Eropah, Cambrex menawarkan pelbagai teknologi dan keupayaan bahan ubat khusus, termasuk aliran berterusan, bahan terkawal, sains keadaan pepejal, pencirian bahan dan API yang amat berpotensi.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2236065/5061661/Cambrex_logo.jpg?p=medium600

Source: Cambrex
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Contracts Corporate Expansion