- Sediq Shubab, Arezo Nikbin, Valy Hedjazi, dan Ghezaal Enayat Tampil Di Kalangan Para Finalis bagi Anugerah ATN Tahunan ke-9 yang Akan Diadakan di Kuala Lumpur pada 23 Februari 2015
- Lebih 45 Juta Dijangka Menonton Pertunjukkan Menakjubkan Budaya dan Kesenian Afghanistan; Penyampaian Sulung Anugerah Pencapaian Legasi Baharu
KABUL, Afghanistan, 22 Februari 2015 /PRNewswire/ -- Artis persembahan tersohor Afghan akan menyertai barisan global penghibur pada Isnin, 23 Februari, 2015 untuk meraikan Anugerah ATN® Tahunan ke-9 Ariana Television Network (ATN) di Istana Budaya di Kuala Lumpur, Malaysia.
ATN menjangkakan untuk mengalu-alukan calon lelaki Sediq Shubab, Valy Hedjazi, Shafiq Mureed, Almas Farahi, Jawad Kamal dan Baktash Yousufzai. Calon wanita yang berbakat termasuk Naghma, Ghezaal Enayat, Mozhdah Jamalzadah, Arezo Nikbin, Farzana Naaz, Roya Dost, dan Sara Sahar. En. Asad Badie, penghibur dan penyanyi Afghan yang terkenal, akan kembali sebagai Pengacara Majlis buat kali keempat.
Selain Pencapaian Anugerah Sepanjang Hayat, Sitara-e-Hunar, dan Mardumi, Anugerah Tahunan ATN® akan memperkenalkan penghormatan baharu di Malaysia: anugerah Jawedana Hai Moseqi. Anugerah baharu ini meraikan pencapaian legasi penghibur kepada dunia seni Afghan.
Menurut Ehsan Bayat, Pengerusi Ariana Television Network, "Anugerah ATN meraikan serta mengiktiraf seni muzik dan persembahan Afghan sambil menggalakkan kesatuan di kalangan komuniti Afghan melalui pemeliharaan warisan kebudayaan Afghanistan. Pengenalan anugerah Jawedana Hai Moseqi tahun ini merupakan pernyataan lanjut bagi kecintaan dan rasa hormat kepada seni serta kebudayaan Afghan di negara kami dan juga di seluruh dunia.
Latar Belakang Ariana Radio and Television Network
Ditubuhkan oleh Encik Ehsan Bayat pada tahun 2005, Ariana Television and Radio Ariana 93.5 (ATN) merupakan saluran media swasta terbesar di Afghanistan, meliputi 33 daripada 34 daerah serta mencapai lebih 20,000,000 warga Afghanistan. Memfokus kepada maklumat, bahan, dan hiburan, barisan rancangan ATN menekankan pendidikan, kesihatan, rancangan kanak-kanak, isu wanita serta dunia, dan pasukan ATN berbangga kerana mereka sentiasa menyiarkan berita yang tepat dan tidak berat sebelah kepada para penonton ketika kejadian berlaku.
Matlamat ATN sejak pelancarannya adalah untuk melibatkan dan mendidik, menyediakan "Jendela untuk Hari Esok yang Lebih Baik". Sambil mendedahkan penonton televisyen serta pendengar radio kami dengan bahan seni & budaya antarabangsa terbaik dari seluruh dunia, kami turut memperluas peluang untuk para penulis, penerbit, pelakon, dan pengarah tempatan dalam masyarakat Afghanistan. Rancangan kami boleh diakses melalui laman sesawang ATN, www.arianatelevision.com atau melalui satelit HotBird dan GlobeCast.
SILA HUBUNGI:
Untuk ATN:
Monty Simus
+1.702.809.6772
m.simus@tsiglobe.com