omniture

Egon Zehnder Laporkan Prestasi Kukuh Bagi 2014

Egon Zehnder
2015-02-23 19:00 102

-- Kedua-dua Pasaran Matang dan Pertumbuhan Laporkan Pulangan Besar yang  Menyumbang kepada Trajektori Firma

ZURICH dan NEW YORK, 23 Februari 2015 /PRNewswire/ -- Egon Zehnder, firma perundangan persendirian terkemuka dunia bagi pengurusan carian dan bakat eksekutif, hari ini mengumumkan keputusan kewangannya.

 

Hasil 2014  


 Perubahan Peratusan 2014/berbanding 2013




CHF 624.2 juta


7.7%




EUR 517.2 juta


9.8%




USD 692.1 juta


8.8%

Prestasi kewangan 2014 Egon Zehnder meneruskan trajektori pertumbuhan tahun ke tahun, dipacu sebahagiannya oleh pertumbuhan signifikan dalam pasaran matang di seluruh Eropah, seperti UK, Jerman, Itali, Perancis, Sepanyol, dan pasaran Nordik; di Australia; dan digabungkan dengan pertumbuhan dua digit di Amerika syarikat, pasaran pertumbuhan paling pesat bagi firma tersebut. Firma tersebut memperluas kehadiran globalnya pada 2014 dengan penambahan rasmi pejabat Washington, DC, meningkatkan jumlah keseluruhan kepada 69 buah pejabat di 41 buah negara.

"Prestasi Firma ini terus kukuh, didorong oleh pertumbuhan hebat dalam tahun 2014," jelas Rajeev Vasudeva, Ketua Pegawai Eksekutif di Egon Zehnder. "Keputusan bakat Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pengarah dan eksekutif kanan kekal sebagai pembeza utama yang memberi kesan kepada kebekersanan dan kejayaan organisasi." Beliau menambah, "Konteks global baharu adalah pasaran yang sentiasa berevolusi dan saling terhubung yang memerlukan jenis pemimpin yang berbeza. Organisasi dalam setiap sektor industri perlu semakin membangun dari dalam untuk menyediakan pasukan kepimpinan mereka untuk apa yang bakal mendatang, di samping menjangkaui sektor dan peranan tradisional bagi pemimpin berkemahiran serta tangkas yang akan memberikan kelebihan daya saing yang lestari."

Latar Belakang Egon Zehnder

Egon Zehnder menyediakan perkhidmatan carian eksekutif tahap kanan, perundingan lembaga termasuk perancangan pewarisan ketua pegawai eksekutif dan lembaga pengarah, serta khidmat penilaian kepimpinan dan juga pembangunan untuk organisasi paling dihormati di dunia. Pelanggan Egon Zehnder terdiri daripada syarikat-syarikat korporat terbesar hingga syarikat pertumbuhan baharu, kerajaan dan badan-badan kawalseliaan, serta organisasi kebudayaan dan juga pendidikan utama.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.egonzehnder.com

Source: Egon Zehnder
Keywords: Banking/Financial Service Workforce Management/Human Resources Earnings