omniture

nanu -- Aplikasi Panggilan Percuma Serba Baharu - Luaskan Perkhidmatan Dengan Aplikasi iOS Baharu dan Versi Android Dipertingkat

Versi Android dipertingkat berikan pengguna cara untuk membuat panggilan percuma tanpa had, walaupun kepada telefon tanpa nanu
Gentay Communications Pte Ltd
2015-02-24 00:01 114

SINGAPURA, 24 Februari 2015 /PRNewswire/ -- nanu, aplikasi panggilan percuma yang popular dalam pasaran baharu, dengan rasminya melancarkan nanu untuk iOS dan juga telah melancarkan versi Android yang dipertingkat sebagai langkah seterusnya dalam misinya untuk menyediakan panggilan percuma kepada semua, di mana-mana jua, walaupun pada 2G.

Versi Android baharu tersebut telah dibangunkan khusus untuk mengatasi pelbagai cabaran dalam menyediakan panggilan Protokol Suara melalui Internet ("VOIP") berkualiti tinggi yang stabil dalam pasaran membangun di mana sambungan yang kurang baik sering berlaku.

Daniel Nygate, Ketua Pegawai Teknikal nanu, menerangkan, "Tidak seperti aplikasi tradisional VoIP, nanu membawakan VoIP kepada pasaran membangun untuk kali pertama. Namun terdapat banyak cabaran, daripada segi teknikal dan budaya, untuk diatasi. Berdasarkan maklum balas penting daripada pengguna kami sejak dilancarkan, kami telah menangani isu-isu ini dan menyelesaikan banyak cabaran dalam menyediakan perkhidmatan VoIP untuk pasaran membangun. Tambahan pula, banyak pengguna ingin membuat panggilan daripada nanu kepada bukan nanu dan kami telah membangunkan cara yang inovatif serta menyeronokkan untuk mereka membuat panggilan percuma tidak dimeterkan kepada talian tetap dan juga telefon mudah alih bukan nanu di 48 buah negara seluruh dunia dengan memperoleh minit percuma apabila memuat turun aplikasi pihak ketiga pada telefon Android."

Pada pelancaran nanu versi iOS, Martin Nygate, Ketua Pegawai Eksekutif nanu, menambah, "Kami berbesar hati melancarkan nanu untuk iOS memandangkan banyak pengguna kami memintanya – ini menunjukkan nanu mempunyai kelebihan yang jelas, seperti mobiliti dan kos, berbanding aplikasi VoIP sedia ada walaupun dalam pasaran maju yang beroperasi dalam 3G serta 4G."

Sejak pelancarannya pada Ogos 2014, pertumbuhan nanu amat pesat dan nanu kini mempunyai pengguna di lebih 200 buah negara dengan tumpuan khusus dalam pasaran membangun yang besar seperti India, Asia Tenggara, Timur Tengah dan Amerika Selatan yang mana persekitaran lebar jalur rendah seperti 2G diramalkan terus ketara.

Untuk memuat turun nanu, lawati: http://bit.ly/nanuplay  (Android) dan http://bit.ly/nanuios (iOS)

Untuk maklumat tentang nanu  - www.hellonanu.com

https://www.facebook.com/nanusocial

https://twitter.com/nanusocial

Latar belakang nanu
nanu merupakan aplikasi panggilan mudah alih serba baharu yang menggunakan teknologi proprietari VoIP lebar jalur lampau rendah dan merupakan model perniagaan panggilan percuma ditaja iklan untuk menyediakan panggilan berkualiti tinggi kepada semua, di mana-mana jua, walaupun pada 2G.

Source: Gentay Communications Pte Ltd
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services New products/services