SINGAPURA, 24 Februari 2015 /PRNewswire/ -- Violin Memory®, Inc., (NYSE: VMEM), penyedia dan perintis terkemuka untuk tatasusunan simpanan kilat sepenuhnya yang memenangi anugerah, telah mengumumkan ketersediaan seluruh dunia untuk Flash Storage Platform™ (FSP), termasuk tatasusunan kilat sepenuhnya 7300 dan 7700 yang baharu, Concerto™ OS 7, serta kawalan pengurusan ringkas Symphony™ 3. Flash Storage Platform merupakan sistem simpanan kilat sepenuhnya yang pertama, direka bagi menjalankan semua simpanan utama dan beban kerja aktif pada kos lebih rendah berbanding cakera tradisional. Flash Storage Platform mencapai penyatuan dan ringkasan terunggul untuk beban kerja pusat data generasi seterusnya dengan menyediakan simpanan prestasi tertinggi pada Capex dan Opex yang terendah pada masa kini.
"Flash Storage Platform merupakan pengubah kebiasaan untuk para pelanggan serta industri kami, kerana ia memberikan titik perubahan bagi perusahaan untuk menunaikan janji bagi mencapai kepantasan kilat untuk semua beban kerja simpanan utama, dan memindahkan dan melakukan segar semula simpanan cakera kepada kilat sepenuhnya dengan menjimatkan kos. Semua penambahbaikan prestasi ini memberikan kecekapan yang boleh mengubah sepenuhnya dinamik daya saing kebanyakan industri dengan menyingkirkan kependaman dan cerutan yang terjadi dalam pusat data akibat cakera legasi," kata Kevin DeNuccio, Ketua Pegawai Eksekutif Violin Memory.
Flash Storage Platform memberikan prestasi kilat, dan perkhidmatan data gred perusahaan, termasuk peringkat blok terpilih pengguna, penggandaduaan sebaris, dan pemampatan pada kos pengguna yang mampu bersaing dengan harga tatasusunan cakera tradisional pada satu platform tunggal yang ringkas namun berkuasa," simpul DeNuccio.
Pada teras pencapaian reka bentuk ini ialah Concerto OS 7. Ia menggabungkan pengurusan dan kawalan kilat peringkat sistem Violin, penggandaduaan peringkat blok, dan enjin kecekapan data pemampatan, serta salah satu daripada set perkhidmatan pengurusan, perlindungan, dan pemulihan data yang paling luas, ke dalam satu sistem pengendalian tersepadu tunggal. Semua kuasa Concerto OS 7 diurus oleh pengguna melalui Symphony 3, memberikan fleksibiliti terunggul, dan kawalan terasing bagi setiap beban kerja, aplikasi, atau peringkat LUN bagi semua ciri dengan penyelesaian pengurusan simpanan tetingkap kaca tunggal yang paling anggun dan mudah dalam industri ini.
"Letusan pertumbuhan data telah memberi impak signifikan ke atas cara bagaimana organisasi di Australia menyimpan dan mengurus data. Dalam persekitaran yang pantas, semua orang mahukan data dengan pantas, dalam masa sebenar, tanpa sebarang masa henti. Buat kali pertama, pelanggan sudah tidak perlukan penyelesaian rumit dengan berbilang komponen bagi menjalankan persekitaran perisian berbeza dan set ciri terserpih. Dengan Concerto OS 7 sebagai asas untuk Flash Storage Platform, perlindungan data, pengurangan data, prestasi, dan kebolehskalaan untuk kebanyakan keperluan simpanan utama yang besar dapat dipenuhi dalam satu lingkungan tunggal yang menjalankan satu sistem pengendalian yang diurus melalui satu tetingkap kaca," kata Ross Lynch, Pengarah Violin untuk ANZ.
Rekaan Flash Storage Platform 7300 dan 7700 mengurangkan kos per gigabit dengan berkesan sebanyak lebih 75 peratus berbanding generasi tatasusunan Violin sebelum ini, dan lebih 25 peratus lebih rendah dalam kos per gigabit berbanding pihak pesaing. Bagi pengaturan penggunaan besar, sistem itu menyediakan simpanan kilat sepenuhnya pada harga kos per gigabit terkesan serendah $1.50, lalu memungkinkan untuk kali pertama proses menaik taraf semua simpanan utama kepada kilat sepenuhnya, membuka pasaran simpanan utama sebanyak kira-kira $15 bilion kepada penyelesaian berasaskan kilat sepenuhnya.
Flash Fabric Architecture™ (FFA) generasi keempat Flash Storage Platform menetapkan tahap prestasi, skala, dan ketumpatan yang baharu serta tidak pernah dilihat sebelum ini. Kapasiti 7300 FSP adalah 217TB yang berkesan dalam satu ruang unit tiga rak, sementara konfigurasi enam rak 7700 FSP Violin melebihi 1.3 petabit terkesan, memberikan skala dan ketumpatan yang mencatat rekod industri sebanyak 2.2 petabit terkesan dalam setiap rak. Setiap rak atau tatasusunan memberikan prestasi mampan yang boleh mencapai 1 juta IOPS pada kependaman lebih kurang daripada milisaat.
PETIKAN KATA TAMBAHAN
APAC:
"Kami teruja dapat mempertingkat portfolio Toshiba Total Storage Platform kami dengan siri 7300/7300E Flash Storage Platform Violin Memory yang baharu, menggunakan teknologi NAND Toshiba yang canggih, dan memperluaskan lagi kemampuan perkhidmatan data menyeluruhnya dengan penggandaduaan sebaris serta fungsi pemampatan yang terunggul. Kami akan terus memperkukuh hubungan kami dengan Violin Memory bagi menyediakan penyelesaian memori kilat kepada pasaran."
Toshiba Corporation
Cloud & Solutions Company
Koichi Kagawa, Pengarah Besar
"Walaupun penggunaan tatasusunan kilat sepenuhnya banyak dilihat sebagai langkah jelas bagi pengguna perusahaan, mereka masih risaukan kestabilan perisian untuk perkhidmatan seperti perlindungan data dan pemindahan data yang terdapat pada sistem sebegini. Oleh kerana perkhidmatan data dan perisian perlindungan terbenam pada peringkat inti, Flash Storage Platform Violin menyingkirkan kerisauan ini, lalu memastikan pengguna hujung mendapat kaedah naik taraf yang mudah serta pengurusan yang dimudahkan.
IDC
Eric Burgener, Pengarah Penyelidikan Simpanan
Maklumat Tambahan Produk
Pautan Berkaitan
Violin Memory menjemput anda untuk menyertai Siaran Web Simpanan Utama kami!
Siaran Web Secara Langsung: Rabu, 25 Februari 2015
Masa: 9:00 pagi waktu Singapura
Tempoh: 30 minit
Daftarlah Hari Ini!
Latar Belakang Violin Memory
Perniagaan Kilat. Violin Memory menukar kepantasan perniagaan dengan pengurusan maklumat dan aplikasi perniagaan kritikal berprestasi tinggi, sentiasa ada, dan berkos rendah. Penyelesaian teroptimum Kilat Sepenuhnya Violin memecut penjimatan CAPEX dan OPEX yang cemerlang bagi membina pusat data generasi seterusnya. Flash Fabric Architecture™ (FFA) Violin memecut penyampaian data dengan perlindungan data cip ke casis, kecekapan data, dan pengoptimuman prestasi yang mencapai kependaman tekal serta kos per transaksi yang lebih rendah untuk aplikasi Awan, Perusahaan, dan Termaya yang kritikal terhadap misi. Flash Storage Platform, Tatasusunan Kilat Sepenuhnya dan Perkakasan Violin mempertingkat ketangkasan dan mobiliti sambil merevolusikan ekonomi pusat data. Ditubuhkan pada tahun 2005, Violin Memory beribu pejabat di Santa Clara, California. Untuk maklumat lanjut, lawati www.violin-memory.com. Ikuti kami di Twitter di twitter.com/violinmemory
Semua siaran berita Violin Memory (kewangan, pengambilalihan, pengeluaran, produk, teknologi, dsb.) dikeluarkan secara eksklusif oleh Business Wire dan dengan serta-merta terus dimuat naik di laman sesawang luar syarikat itu, www.violin-memory.com. Violin, Violin Memory, logo Violin Memory, Flash Fabric Architecture (FFA) dan Concerto merupakan tanda dagang Violin Memory, Inc. di A.S. dan negara lain.
Kenyataan Pandang ke Hadapan Violin Memory
Pengumuman umum ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan yang terkandung di dalam maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta 1995, termasuk kenyataan yang merujuk kepada: (1) prestasi, ciri, dan kefungsian produk Violin Memory baharu; impak produk baharu Violin Memory ke atas kedudukan berdaya saing Violin dalam pasaran; (3) impak produk Violin baharu ke atas pasaran simpanan utama; (4) manfaat perniagaan, ekonomi, kewangan, prestasi, dan manfaat lain yang mungkin dapat direalisasikan oleh pelanggan dan pihak lain dengan menggunakan produk baharu Violin; dan (5) rancnagan perniagaan dan strategi Violin Memory. Risiko dan ketidakpastian tambahan yang mungkin boleh memberi kesan kepada prestasi perniagaan dan hasil kewangan Violin Memory dimasukkan di bawah kapsyen "Faktor Risiko" serta "Perbincangan dan Analisis Pengurusan tentang Keadaan Kewangan dan Hasil Pengendalian" dalam laporan suku tahun Violin Memory pada Borang 10-Q bagi suku tahun pertama tahun kewangan 2015, yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S., serta boleh didapati di laman sesawang hubungan pelabur Violin Memory di investor.violin-memory.com dan di laman sesawang SEC www.sec.gov . Semua kenyataan pandang ke hadapan dalam pengumuman umum ini dibuat berdasarkan maklumat yang didapati kepada Violin Memory setakat tarikh yang tercatat di dalam ini, dan Violin Memory tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini kenyataan pandang ke hadapan yang diberikan ini bagi mencerminkan kejadian yang berlaku atau keadaan yang wujud selepas tarikh ia dikeluarkan.
Maklumat Perhubungan Akhbar:
Violin Memory
Sara Kao
Pengarah Pemasaran, Asia-Pasifik
+65-6248-4942
skao@vmem.com