omniture

Stellantis dan CATL Labur Sehingga €4.1 Bilion dalam Usaha Sama untuk Kilang Bateri LFP Berskala Besar di Sepanyol

Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL)
2024-12-11 17:35
  • Usaha sama untuk membina kilang bateri litium besi fosfat (LFP) serba baharu di tapak Stellantis Zaragoza, Sepanyol
  • Pengeluaran dirancang bermula pada penghujung tahun 2026 dan boleh mencapai kapasiti sehingga 50 GWj
  • Stellantis komited untuk membawa lebih banyak kenderaan elektrik bateri mampu milik bagi menyokong pelan strategik Dare Forward 2030 yang memanfaatkan strategi dwi-kimianya
  • Kilang akan membolehkan CATL memenuhi keperluan pelanggan dengan lebih baik terhadap teknologi bateri termaju dan menyokong cita-cita iklim global

NINGDE, China, 11 Disember 2024 /PRNewswire/ -- Hari ini, Stellantis dan CATL mengumumkan mereka telah mencapai persetujuan untuk melabur sehingga €4.1 bilion bagi membentuk satu usaha sama yang akan membina kilang bateri litium besi fosfat (LFP) Eropah berskala besar di Zaragoza, Sepanyol. Direka agar neutral karbon sepenuhnya, kilang bateri ini akan dilaksanakan dalam beberapa fasa dan pelan pelaburan.


Disasarkan untuk memulakan pengeluaran menjelang akhir tahun 2026 di tapak Stellantis Zaragoza, Sepanyol, kemudahan ini boleh mencapai kapasiti sehingga 50 GWj, tertakluk kepada evolusi pasaran elektrik di Eropah dan sokongan berterusan daripada pihak berkuasa di Sepanyol dan Kesatuan Eropah. Usaha sama 50-50 antara CATL dan Stellantis akan meningkatkan tawaran LFP Stellantis yang terbaik dalam kelas di Eropah yang membolehkan pembuat kereta ini menawarkan lebih banyak kereta penumpang elektrik-bateri, crossover dan SUV yang berkualiti tinggi, kukuh dan mampu milik dalam segmen B serta C dengan julat pertengahan.

Pada November 2023, Stellantis dan CATL menandatangani MOU tidak mengikat untuk bekalan tempatan sel dan modul bateri LFP bagi pengeluaran kenderaan elektrik di Eropah dan menjalin kolaborasi jangka panjang dalam dua bahagian strategik: mewujudkan hala tuju teknologi yang berani bagi menyokong kenderaan elektrik bateri (BEV) termaju Stellantis dan mengenal pasti peluang untuk mengukuhkan lagi rantaian nilai bateri.

"Stellantis komited terhadap masa depan ternyahkarbon, menerima semua teknologi bateri termaju yang tersedia untuk membawa produk kenderaan elektrik yang kompetitif kepada pelanggan kami," kata Pengerusi Stellantis John Elkann. "Usaha usaha sama yang penting bersama rakan kongsi kami CATL ini akan membawa pengeluaran bateri yang inovatif ke tapak pembuatan yang sudahpun menjadi peneraju dalam tenaga bersih dan boleh baharu, membantu memacu pendekatan mampan 360 darjah. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak berkepentingan yang terlibat dalam menjadikan pengumuman pada hari ini suatu kenyataan, termasuk pihak berkuasa Sepanyol atas sokongan berterusan mereka."

"Usaha sama ini membawa kerjasama kami bersama Stellantis ke tahap yang lebih tinggi dan saya percaya teknologi bateri termaju kami dan pengetahuan operasi yang cemerlang digabungkan dengan pengalaman Stellantis selama berdekad-dekad lamanya dalam menjalankan perniagaan di kawasan tempatan di Zaragoza akan memastikan kisah kejayaan yang besar dalam industri ini," kata Robin Zeng, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif CATL. "Matlamat CATL adalah untuk menjadikan teknologi karbon sifar boleh diakses di seluruh dunia dan kami berharap dapat bekerjasama dengan rakan kongsi kami secara global melalui model kerjasama yang lebih inovatif."

CATL membawa teknologi pembuatan bateri yang terkini ke Eropah melalui dua kilangnya di Jerman dan Hungary yang sudahpun beroperasi. Kemudahan Sepanyol akan meningkatkan keupayaannya untuk menyokong matlamat iklim pelanggan, menggariskan selanjutnya komitmennya untuk memajukan usaha e-mobiliti dan peralihan tenaga di Eropah dan pasaran global.

Stellantis menggunakan pendekatan dwi-kimia – kobalt mangan nikel ion-litium (NMC) dan litium besi fosfat (LFP) – untuk menyediakan perkhidmatan kepada semua pelanggan dan meneroka teknologi sel dan pek bateri yang inovatif. Stellantis berada di landasan untuk menjadi sebuah syarikat karbon sifar bersih menjelang tahun 2038, merangkumi semua skop, dengan imbangan peratusan satu digit bagi emisi berbaki.

Urus niaga ini dijangka akan ditutup pada tahun 2025 dan tertakluk kepada syarat-syarat peraturan biasa.


 

Source: Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL)
Related Stocks:
Shenzhen:300750
Keywords: Alternative Energies Auto Banking/Financial Service Computer/Electronics Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Transportation Utilities Joint ventures