omniture

Industri Pengurusan Aset Global yang Berkembang Menjadi Tumpuan di Forum Asset Abu Dhabi

ADGM
2024-12-11 23:18 20

ABU DHABI, EMIRIAH ARAB BERSATU (UAE), 11 Disember 2024 /PRNewswire/ -- Minggu Kewangan Abu Dhabi (ADFW), acara utama yang dianjurkan oleh ADGM, diteruskan ke hari kedua dengan edisi tahun 2024 Asset Abu Dhabi. Forum itu, dianjurkan bersama rakan kongsi tema ADCB, Mubadala dan PGIM Global Asset Management, membincangkan mengenai topik seperti melabur dalam dekad teknologi yang akan datang, peluang dalam Ekuiti & Kredit Persendirian dan melabur dalam bandar masa depan. 

Asset Abu Dhabi menghimpunkan pengagih dan pengurus aset, bank pelaburan, pemodal usaha niaga, ekuiti persendirian, pejabat keluarga dan pelabur institusi lain, yang secara kolektif menguruskan lebih daripada USD 42.5 trilion dalam bentuk aset, untuk berkongsi perspektif masing-masing dan menawarkan cerapan tentang beberapa dana lindung nilai terbesar di dunia.

Ray Dalio – Pengasas & Mentor Ketua Pegawai Maklumat di Bridgewater Associates – menyampaikan sesi yang bernas mengenai Prinsip Perintah Dunia yang Berubah yang mewujudkan suasana untuk perbincangan pada siang hari. Ucaptamanya yang merangsangkan pemikiran dengan mendalami beberapa tempoh situasi ekonomi dan politik paling bergelora untuk mendedahkan sebab masa depan berkemungkinan berbeza dengan yang berlaku dalam sejarah baru-baru ini.

Bersama tahap AUM  dalam industri pengurusan aset meningkat kepada hampir USD120 trilion pada tahun 2023 dan pengurus berbilang trilion dolar memegang kira-kira 61% daripada jumlah aset industri, sesi Pandangan Pasaran Pengurus Aset Trilion Dolar memberikan cerapan mengenai pandangan pasaran dari atas dengan pakar pengurusan aset Aleksandar Ivanovic – Presiden UBS Asset Management, David Hunt – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PGIM dan Bill Huffman – Ketua Pegawai Eksekutif di Nuveen.

Nama terkenal lain dalam bidang pelaburan kewangan seperti Robert Smith, Pengasas – Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif di Vista Equity Partners dan Aron Landy – Ketua Pegawai Eksekutif di Brevan Howard, turut menyertai perbincangan dan memberikan ucaptama yang penting. Topik yang dibincangkan termasuk maklumat terkini mengenai ekonomi elang (pertumbuhan ekonomi dan kestabilan wilayah UAE), cara mengesan dan mengembangkan peluang bertaraf dunia, keseluruhan perspektif mengenai hartanah dan panduan ringkas tentang dana kekayaan tertinggi Abu Dhabi.

Mengulas mengenai keutamaan acara itu , Pengerusi ADGM dan Jabatan Pembangunan Ekonomi Abu Dhabi (ADDED), Tuan Yang Terutama Ahmed Jasim Al Zaabi  berkata: "Mengadakan beberapa nama terbesar dalam sektor pengurusan aset, Asset Abu Dhabi ialah platform yang tiada tandingannya untuk berkongsi cerapan dan membentuk masa depan sektor dinamik ini. Melalui platform ini, kami  mengetengahkan  sempadan teknologi dan peluang pelaburan seterusnya, serta memberikan perspektif kritikal mengenai prospek ekonomi serantau dan global yangakan mengubah pelaburan dekad akan datang mengikut perintah dunia yang sedang berkembang. Asset Abu Dhabi menegaskan komitmen ADGM yang tidak berbelah bahagi untuk memacu pertumbuhan Ekonomi Elang."

14 Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani di ADFW setakat ini. Antara yang perjanjian persefahaman utama yang ditandatangani oleh ADGM pada hari ini termasuk nama terkenal seperti Istanbul Financial Centre, Beijing Financial Street Services Bureau dan Polygon. Satu lagi perjanjian yang ditandatangani antara Circle dan Lulu Financial Holdings turut diketengahkan pada majlis itu. Pejabat Pelaburan Abu Dhabi (ADIO) menandatangani MoU dengan entiti terkemuka seperti PGIM, EXIM Bank dan MasterCard.

Sejajar dengan Asset Abu Dhabi, ADFW meraikan 40 tahun hubungan dua hala antara UAE dan China dengan edisi khas Forum Pelaburan UAE-China yang julung kali diadakan dengan kerjasama HSBC. Acara ini meneroka peluang untuk perdagangan dan kemakmuran bersama dengan beberapa tetamu yang sangat istimewa seperti Carl Ge –Partner di Hillhouse Investment, Dr. Nasser Saidi – Presiden di Nasser Saidi & Associates, Sean Ho – Ketua Pegawai Maklumat di Triata, Chi-Man Kwan – Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif di Pejabat Keluarga Raffles dan Casey Ge – Naib Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Strategi di WInd Information.

ADFW menganjurkan beberapa acara khas lain pada hari kedua seperti RESOLVE, Forum Pelabur UBS, Kongres Pejabat Keluarga Antarabangsa dan T.R.I. (Sidang Kemuncak Penstrukturan Semula & Insolvensi), Sidang Kemuncak Spears – Forum Kekayaan Persendirian dan Sidang Kemuncak Masa Depan Bakat.

Siri acara ADFW diteruskan selama dua hari lagi dengan acara utama seperti Fintech Abu Dhabi dan Forum Kewangan Mampan Abu Dhabi (ADSFF) yang akan menyatukan syarikat terbaik dalam industri pada peringkat antarabangsa.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2550581/5010772/ADGM_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: ADGM
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Trade show news Venture Capital Financial Technology