omniture

Pendaftaran Dibuka untuk NRF 2025: Retail's Big Show Asia Pacific

Comexposium
2024-12-13 09:00 9

Diskaun pembeli awal kini tersedia untuk tempoh terhad bagi acara industri ulung peruncitan  

SINGAPURA, 13 Disember 2024 /PRNewswire/ -- Kira detik sempena berlangsungnya NRF 2025: Retail's Big Show Asia Pacific (NRF 2025 APAC) yang amat dinanti-nantikan, dianjurkan oleh National Retail Federation (NRF) di Amerika Syarikat dan penganjur acara bertaraf global Comexposium, telahpun bermula secara rasmi, dengan pendaftaran kini dibuka untuk pas persidangan dan ekspo. Dijadualkan berlangsung pada 3-5 Jun 2025 di Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands Singapura yang ikonik, acara runcit terulung ini menawarkan kepada perwakilan dan pengunjung dengan peluang yang tiada tandingannya untuk memperoleh pandangan, berhubung dengan pemimpin industri dan meneroka inovasi generasi seterusnya yang memberi impak ke atas industri peruncitan.

Lembaga penasihat yang hebat memacu masa depan runcit

NRF 2025 APAC disusun atur di bawah bimbingan lembaga penasihat yang terdiri daripada individu berwawasan industri dan pelopor runcit.

Ahli lembaga penasihat melibatkan (Cik) Xu Ying, Presiden, Wumei Group; Danni Peirce, Ketua Pegawai Eksekutif untuk Singapura, Hong Kong, Macau dan China Selatan, 7-Eleven; Alwyn Chong, Ketua Pegawai Eksekutif, LUXASIA Group; Nicole Sheffield, Pengarah Urusan, Wesfarmers One Digital; Vipul Chawla, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, FairPrice Group; (Cik) Panchalee Weeratammawat, Ketua Pegawai Kakitangan, Central Retail Corporation; (Cik) Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Barangan dan Pemasaran, AEON Group; David Mann, Ketua Pakar Ekonomi, APAC, Mastercard; Angus McDonald, Ketua Pegawai Eksekutif, Barbeques Galore; dan ramai lagi.

"Bidang runcit sedang berkembang pada kadar yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan NRF 2025 APAC akan berfungsi sebagai platform utama untuk peruncit terus mendahului keluk," kata Ryf Quail, Pengarah Urusan APAC di Comexposium. "Dengan lembaga penasihat yang berpengaruh, penceramah terkenal di dunia dan peserta pameran yang terkemuka, NRF 2025 APAC berjanji untuk memperkasakan perwakilan dengan pandangan yang boleh diambil tindakan dan strategi inovatif demi mencipta kejayaan dalam pasaran runcit yang paling pelbagai di dunia ini."

"Industri peruncitan berdepan dengan peluang yang menarik dan cabaran yang kompleks. NRF 2025 APAC ialah platform untuk pemimpin dalam seluruh sektor untuk berhimpun, berkongsi ilmu pengetahuan dan membentuk masa depan runcit di rantau ini. Ini merupakan satu penghormatan dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan transformatif ini," kata Xu Ying, Presiden, Wumei Group.

Tema persidangan untuk menangani cabaran runcit paling mendesak di APAC

NRF 2025 APAC akan membawakan sebanyak 13 tema persidangan untuk menangani topik dan isu semasa dan tidak lama lagi yang paling penting kepada industri runcit di APAC, termasuk:

  • Generasi pembeli-belah akan datang – Gen-Z
  • Destinasi: Runcit – Pusat beli-belah, makanan, hiburan dan format
  • Kelestarian dan ekonomi kitaran
  • Revolusi AI – Mengoptimumkan operasi, kakitangan dan pengalaman pelanggan
  • Mewujudkan kecekapan dan memacu margin dalam dunia inflasi
  • Menumpukan pengguna hibrid – Kes untuk melabur dalam era runcit dan teknologi baharu

Dapatkan pas anda sekarang

All-Access Pass menawarkan akses penuh kepada persidangan selama tiga hari yang menampilkan 10 ucapan dasar yang utama, 18 sesi perbincangan dan banyak peluang rangkaian, selain akses tanpa had ke tingkat ekspo dan sesi dengan jemputan yang eksklusif.

Berharga bermula daripada USD1,499, pas ini menghubungkan perwakilan dengan pemimpin perniagaan, teknologi dan kewangan yang mentransformasikan landskap runcit di APAC. Diskaun pembeli awal sehingga 50% bagi All-Access Passes kini tersedia secara eksklusif untuk peruncit dalam tempoh yang terhad, tertakluk pada semakan dan kelulusan. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara yang wajib dihadiri ini.

Latar Belakang NRF 2025: Retail's Big Show Asia Pacific 

Acara runcit yang paling penting di Asia Pasifik berlangsung di Singapura mulai 3-5 Jun 2025. Edisi Asia Pasifik ini menghimpunkan pemimpin industri runcit dari seluruh rantau untuk berkolaborasi di peringkat Pan Asia Pasifik, tumpuan pasaran yang paling pesat berkembang di dunia. Golongan profesional runcit boleh mendapat inspirasi daripada pemimpin runcit yang terkemuka sepanjang persidangan selama tiga hari, Ekspo merangkumi semua yang menampilkan penyelesaian runcit yang terkini, serta mengalami inovasi terkini dan teknologi rintis yang tersedia di pasaran.

 

Source: Comexposium
Related Stocks:
Singapore:CXPM
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Retail Trade show news