- Jumlah 2014 menunjukkan satu lagi tahun pertumbuhan kukuh GRE
PRINCETON, New Jersey, 26 Februari 2015 /PRNewswire/ -- Program GRE® meneruskan pertumbuhan jumlahnya pada 2014. Sementara ujian kemasukan pusat pengajian siswazah lain menyaksikan penurunan jumlah bagi tahun kedua berturutan, jumlah bagi Ujian Umum GRE® Disemak Semula meningkat hampir tiga peratus berbanding 2013, dan mencatatkan pertumbuhan digit berganda di kalangan pelajar antarabangsa dan berfokus perniagaan.
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150224/177450-INFO
Jumlah A.S. terus stabil pada 2014 dan jumlah antarabangsa meningkat sebanyak 11 peratus, termasuk kenaikan 23 peratus di Afrika, 11 peratus di Asia dan hampir 28 peratus di Amerika Latin.
Trend penting bagi jumlah GRE 2014 berbanding 2013 termasuk:
"Program GRE terus mantap. Jumlah keseluruhan tahunan telah meningkat 12 peratus sejak 2009 dan pada 2014 kami menyaksikan minat yang kukuh daripada pengambil ujian di semua rantau di dunia," kata David Payne, Naib Presiden ETS & Ketua Pegawai Operasi Pendidikan Global. "Dengan bilangan institusi yang menerima skor GRE berada pada tahap tertinggi, para pelajar dapat menggunakan skor GRE untuk memohon program siswazah, program MBA dan sarjana terkhusus dalam program perniagaan di seluruh dunia."
Skor GRE diterima di ribuan institusi di seluruh dunia, termasuk lebih 1,200 kolej perniagaan yang menerima skor GRE untuk program MBA mereka. Kini, 93 daripada 100 kolej perniagaan terbaik U.S. News & World Report 2015 di Amerika Syarikat dan sembilan daripada 10 institusi terkemuka dalam Senarai MBA Global 2015 The Financial Times menerima skor GRE. Selain itu, 29 daripada 30 program MBA terbaik A.S. Bloomberg Businessweek menerima skor GRE.
Sepanjang tahun lalu, kolej perniagaan menjadi semakin lantang mengatakan mereka mempertimbangkan skor GRE sama seperti skor ujian lain dalam proses kemasukan. Menurut Kajian Kaplan baru-baru ini, hampir lapan daripada 10 program MBA tidak mempunyai kecenderungan antara ujian GRE dan ujian kemasukan lain.
Payne yakin banyak pengambil ujian memilih GRE kerana cirinya yang mesra calon. "Kami mahu orang berasa yakin dan melakukan yang terbaik. Ujian Umum GRE Disemak Semula membolehkan mereka melihat previu soalan, melangkau dan kembali kepada soalan yang lebih mencabar, serta mengubah jawapan, semua dalam satu seksyen. Kami tahu ciri-ciri ini dapat membantu calon mendapat keputusan yang lebih baik."
Payne menambah, "Calon GRE mengetahui mereka tidak perlu membuat keputusan segera tentang skor mereka sejurus selepas mengambil ujian. Sekiranya atas sebab-sebab tertentu mereka tidak dapat melakukan yang terbaik, mereka boleh memikirkannya dan membuat keputusan kemudian jika mereka ingin mengambil semula ujian tersebut. Ini bermakna, pada bila-bila masa dalam tempoh lima tahun skor mereka sah, mereka boleh memilih skor ujian mana yang ingin mereka laporkan kepada kolej. Ia adalah tentang membantu mereka berjaya."
Untuk mempelajari lebih lanjut tentang Ujian Umum GRE Disemak Semula, tontoni temubual satu minit di http://youtu.be/mDv_VXTZK3E atau untuk mendaftar bagi mengambil ujian GRE, lawati ets.org/gre.
Latar Belakang ETS
Di ETS, kami memajukan kualiti dan ekuiti dalam pendidikan untuk individu di seluruh dunia dengan menghasilkan penilaian berasaskan penyelidikan mendalam. ETS memberi khidmat kepada individu, institusi pendidikan dan agensi kerajaan dengan menyediakan penyelesaian tersuai untuk pensijilan guru, pembelajaran bahasa Inggeris, dan pendidikan rendah, menengah dan pasca menengah, serta dengan menjalankan penyelidikan pendidikan, analisis, dan kajian dasar. Diasaskan sebagai badan bukan berasaskan keuntungan pada 1947, ETS membangunkan, mengendalikan dan memberi skor kepada lebih 50 juta ujian setiap tahun – termasuk ujian TOEFL® dan TOEIC®, ujian GRE® dan penilaian The Praxis Series® -- di lebih 180 buah negara, di lebih 9,000 lokasi seluruh dunia. www.ets.org