READING, England, 26 Februari 2015 /PRNewswire/ --
Aplikasi pesanan berprestasi tinggi kini sedia untuk dimuat turun – membolehkan pengguna berkongsi dunia mereka…dengan lebih pintar!
Acision, peneraju global bagi perkhidmatan pelibatan mudah alih mengumumkan hari ini versi baharu aplikasi komunikasi semua dalam satu yang pintar fuseMe by Acision, kini tersedia di kedua-dua gedung Google Play dan Apple App Store. Dengan ciri dipertingkat dan kualiti perkhidmatan yang lebih tinggi, versi baharu dan dipertingkat fuseMe menghapuskan pepijat yang ditemui dalam keluaran sebelumnya dan meningkatkan kestabilan serta prestasi untuk pengguna.
fuseMe by Acision mula mendapat perhatian umum di Kongres Dunia Mudah Alih 2014, dan dihasilkan berdasarkan keinginan dan keperluan pengguna. Ciri-cirinya bukan sahaja membolehkan pengguna menjalankan semua fungi komunikasi harian mereka dalam satu aplikasi, tetapi juga menyampaikan pengalaman pelibatan lebih beraneka yang melangkaui apa yang terdapat dalam aplikasi pesanan OTT masa kini.
Kini fuseMe membolehkan perbualan masa nyata dan pertukaran fail imej atau video, dengan pilihan untuk membina saluran terus dan feed untuk komunikasi interaktif, kemas kini serta pembinaan komuniti. Penggunaan skrin berbilangnya dengan fungsi tarik dan letak, turut bermakna pengguna boleh melakukan pelbagai tugas dengan mudah merentasi beberapa perbualan dengan rakan berbeza pada masa yang sama. Ciri yang tiada bandingan ini turut membolehkan pengguna melayari internet (melalui pelayar sesawang dalam aplikasi), atau menonton video sambil berbual pada masa yang sama, dengan menarik dan meletak antara skrin. Ciri ini bersama pesanan IP dan efemeral, kualiti menakjubkan bagi video serta suara panggilan, selain penyiaran video "lihat apa yang saya lihat", dan banyak lagi.
fuseMe by Acision telah pun mendapat pengiktirafan daripada penerbitan seperti The Guardian, Stuff, t3 dan Gizmodo, serta dikenali kerana mengadunkan "Skype, WhatsApp, Flipboard, dan permainan mudah alih dengan berbilang tugas" – CNET. Ia juga mencapai status finalis di anugerah Telecom.com pada 2014. Seterusnya, sebagai aplikasi label putih, ia menyediakan titik tumpuan bagi pelibatan beraneka untuk pengendali dan perusahaan yang berminat menggunakan kemampuan OTT. Teknologi ini dapat disesuaikan dan dijenamakan, selain dibuka untuk para pembangun melalui SDK forge, yang mana fuseMe merupakan aplikasi boleh dirujuk yang utama.
Alami antara muka pengguna yang terkini (dan terhebat) di MWC 2015
Lebih lanjut daripada pelancaran fuseMe awal minggu ini, lewat tahun ini perngguna dapat menantikan antara muka pengguna baharu yang menjanjikan pengalaman lebih intuitif dengan rekaan visual yang kemas dan fungsi dipertingkat, meneruskan tema yang bersih serta cerah yang dikaitkan dengan aplikasi ini, menjadikannya berbeza dalam landskap pesanan sosial. "Kami telah menumpukan terhadap memperhalusi antara muka pengguna bagi fuseMe. Rasa dan rupa merupakan perkara pertama disedari oleh pengguna apabila memuat turun suatu aplikasi dan kami mahu perjalanan itu berharmoni dan intuitif. Kini pengalaman menjadi begitu penting, dengan begitu banyak aplikasi OTT yang bersaing untuk mendapatkan perhatian pengguna. Walaupun ciri dan fungsi adalah penting, kemudahan penggunaan dan navigasi juga sama pentingnya serta akan menggalakkan pengguna kembali untuk mendapatkan lebih lagi," kata Jesse Conover, Ketua Pereka Pengalaman Pengguna Acision.
Prototaip antara muka pengguna baharu fuseMe akan tersedia di gerai Acision A41, Dewan 8.1 di Kongres Dunia Mudah Alih 2015. Ini akan memperlihatkan satu platform untuk penyatuan ciri OTT, menyediakan aplikasi bermakna yang membolehkan pengguna berkomunikasi secara bebas tanpa berulang alik antara perbualan dan merentasi aplikasi berasingan, di samping memenuhi jangkaan kemudahan dan kepantasan penggunaan untuk bekerja serta bermain. "Dengan pertumbuhan nyata dalam penggunaan aplikasi dan saiz skrin yang semakin besar, pengguna juga semakin terlibat dengan permainan, muzik dan aplikasi berasaskan video, serta ingin mempunyai penyelesaian harian yang dapat mereka harapkan untuk semua keperluan komunikasi dan juga interaksi sosial dan kandungan lain. fuseMe memperbaiki keberkesanan dan kecekapan komunikasi melalui aplikasi tunggal untuk kolaborasi canggih, sambil membolehkan penyusunan kemas bagi semua kandungan dan feed. Kami yakin antara muka pengguna baharu ini akan membolehkan pengalaman pengguna yang lebih interaktif dan pintar, tetapi ini hanyalah sedikit petunjuk bagi apa yang akan diumumkan di MWC, jadi nantikan serta saksikan," kata Eric Bilange, Ketua Perkhidmatan Pelibatan Beraneka di Acision.
Untuk mempelajari lebih lanjut tentang fuseMe by Acision, atau melihat antara muka baharu itu beraksi, hubungi atau temui kami di MWC, gerai di Dewan 8.1, A41 semasa Kongres Dunia Mudah Alih 2015 di Barcelona, 2-5 Mac, atau lawati kami di Pameran Dagangan Interaktif SXSW, Austin, Texas mulai 13-17 Mac, gerai 1235.
Latar Belakang Acision
Acision menghubungkan dunia dengan memperkasa perkhidmatan pelibatan mudah alih yang lancar dan relevan yang saling beroperasi merentasi platform IP serta memperkaya pengalaman pengguna, mencipta nilai dan juga peluang komunikasi baharu untuk pengangkut, perusahaan dan pengguna di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, lawati Acision di http://www.acision.com
SUMBER Acision