LONDON, 26 Februari 2015 /PRNewswire/ --Pada penghujung tahun lalu kami mendapat tahu daripada media mungkin terdapat siasatan perundangan berkaitan syarikat kami, ekoran itu, Gems Group menemui pihak berkuasa berkaitan untuk menawarkan kerjasama dan ketelusan penuh.
Gems Group mempunyai sejarah yang panjang dan berjaya dalam industri perkhidmatan kewangan. Dana dalam pengurusan mematuhi sepenuhnya semua kawalseliaan kewangan dalam setiap jurisdiksi, dan Gems Group tertakluk kepada pemerhatian pihak berkuasa perkhidmatan kewangan di negeri-negeri anggota dalam Kesatuan Eropah dan juga di tempat lain. Di UK, Gems Advisor dikawalselia sepenuhnya oleh Pihak Berkuasa Amalan Kewangan.
Pelabur Dana tersebut pada masa dahulu dan kini adalah, kebanyakannya bank-bank terkenal antarabangsa, syarikat insurans serta dana pencen berinstitusi dan semuanya tertakluk kepada norma KYC. Gems Group mendapat perkhidmatan pengaudit, pentadbir dan penjaga utama dunia untuk memastikan kesemua perniagaannya adalah patuh sepenuhnya.