READING, England, 27 Februari 2015 /PRNewswire/ --
Aplikasi perangkaian pertukaran bahasa yang pintar dan intuitif "Yoroshiku" raih "forgeathon" Acision
Acision, peneraju dunia dalam perkhidmatan pelibatan mudah alih selamat serta penginovasi bagi teknologi WebRTC, hari ini mengumumkan aplikasi meraih kemenangan "forgeathon", cabaran aplikasi komunikasi lebih beraneka dalam talian untuk projek yang dibina menggunakan forge SDK. "Yoroshiku", aplikasi perangkaian pertukaran bahasa oleh pembangun Perancis Romain Pellen, menggondol hadiah utama selepas para hakim menamakannya sebagai pemenang berdasarkan kriteria termasuk penggunaan utama SDK, Daya Maju, Kreativiti, dan Pengalaman Pengguna. Nama aplikasi itu diilhamkan daripada perkataan Jepun yang sering diterjemahkan sebagai "selamat berkenalan" atau "sila beri tunjuk ajar" – sesuai dengan matlamat aplikasi itu.
Dengan menggunakan forge by Acision SDK, pesta kod dalam talian selama enam minggu ini yang dianjurkan serentak dengan BeMyApp, mencabar pasukan, pembangun individu, dan usahawan dari seluruh dunia untuk mencipta aplikasi atau perkhidmatan Android, iOS atau web baharu, atau mempertingkat aplikasi atau perkhidmatan sedia ada, dengan mengambil peluang daripada kemampuan komunikasi generasi seterusnya yang paling beraneka di pasaran hari ini – WebRTC. Pemenangnya kini bakal menaiki pentas semasa dua acara teknologi mudah alih paling terkemuka di dunia, Kongres Dunia Mudah Alih dan XSW Interactive, bagi membuat demonstrasi aplikasi mereka secara langsung di tapak pameran Acision, menyediakan platform agar aplikasi mereka memasuki arena global!
Penyertaan yang berjaya meraih kemenagan itu, Yoroshiku, dibina sebagai aplikasi iOS, menyediakan platform untuk mereka yang mempelajari bahasa baharu untuk berlatih kemahiran bercakap, menulis, dan membaca mereka dengan orang sebenar, dalam masa sebenar, bersama para pengguna seluruh dunia. Pengguna mencipta profil dengan mengkhususkan bahasa yang mereka gunakan atau yang ingin mereka pelajari, kemudian menyediakan pengenalan ringkas tentang diri mereka berserta minat lain. Aplikasi itu kemudiannya akan mencadangkan "padanan" yang sesuai dalam komuniti mereka berdasarkan ciri-ciri ini, yang boleh dilihat oleh pengguna dalam gaya seperti "Tinder-esque", yang mana mereka boleh meleret profil mereka ke kanan atau ke kiri. Aplikasi itu akan mengingati pilihan yang dibuat dan mampu membuat cadangan lanjut berdasarkan pemprofilan pintar dan maklum balas pengguna. Apabila pengguna memilih untuk berhubung dengan pengguna lain, penyepaduan forge SDK menandakan mereka boleh melihat kehadiran mereka dan ketika mereka melayari internet, mereka boleh membuat panggilan suara secara terus dalam aplikasi itu untuk berkongsi kemahiran mereka, memulakan sesi sembang video untuk pengalaman yang lebih peribadi, atau menghantar mesej ringkas untuk memulakan interaksi pantas.
Sebagai seseorang yang mengakui diri seorang usahawan, pembangun warga Paris Romain Pellen berkata: "Semasa di universiti, saya belajar selama setahun di Jepun dalam satu program pertukaran, menggabungkan minat saya untuk mempelajari bahasa, mengalami budaya baharu, dan mengembara semasa pengajian saya sebagai jurutera perisian. Saya mendapat ilham untuk mencipta perkhidmatan yang menghubungkan orang ramai seluruh dunia untuk menyediakan cara yang lebih tersuai khusus untuk berlatih dan menambah baik bahasa yang ingin mereka pelajari, selalunya daripada buku atau aplikais, bersama orang sebenar, dalam senario sebenar, dan dengan penutur bahasa asal, lalu mencipta pengalaman pembelajaran yang sebenar."
Sambung Romain lagi: "Walaupun saya mempunyai konsep untuk aplikasi ini, apabila mendengar tentang cabaran forgeathon dan kemampuan yang boleh dibawa oleh forge SDK menggunakan teknologi WebRTC, ia menggalakkan saya untuk mengambil bahagian. Kebolehan untuk menyepadukan ciri komunikasi yang begitu beraneka ke dalam aplikasi saya adalah apa yang saya perlukan untuk menghidupkan aplikasi saya dan menjadikannya tawaran yang lebih lengkap. Walaupun sebelum ini saya tidak tahu tentang kewujudan forge SDK, saya mendapati tutorial dan dokumentasinya sangat berguna untuk saya bagi mencipta aplikasi saya dalam jangka masa yang singkat. Penyepaduan SDK itu ke dalam aplikasi itu juga sangat jelas dan lebih mudah, berbanding SDK lain yang saya pernah uji sebelum ini."
Antara panel hakim adalah hakim jemputan selebriti dan pakar industri WebRTC, Dean Bubley, juruanalisis komunikasi dan mudah alih, pengasas Disruptive Analysis, sebuah firma penyelidikan industri bebas dan khidmat rundingan. Mengulas tentang proses penghakiman itu, Dean berkata: "Semasa memilih penyertaan yang terbaik dan semasa menguji semua aplikasi, kami memeringkatkan setiap penyertaan berdasarkan empat kriteria: tahap dan keberkesanan cara forge SDK digunakan; daya maju konsep aplikasi; kreativiti dan keaslian idea; dan tidak ketinggalan pengalaman pengguna keseluruhan. Secara tekalnya, Yoroshiku menonjol dalam setiap kriteria ini, lalu membuktikan konsep mudah namun pintar yang benar-benar menggunakan kemampuan komunikasi lebih beraneka daripada platform itu, mencipta perkhidmatan yang intuitif yang benar-benar akan menarik minat para pengguna."
Di samping aplikasi yang menang itu, dua lagi pemenang turut dipilih: Codemate oleh pembangun India Akshat Goel turut menjadi pilihan, dengan aplikasi web pemadanan kod masa sebenar yang mana pembangun boleh berkongsi dan berkolaborasi untuk kod yang sama dengan kawan-kawan atau pembangun lain menggunakan perkhidmatan itu secara serentak, melalui penghantaran pesanan atau sembang video menerusi WebRTC. Trippr, dicipta oleh ahli pasukan Ricardo Vegas, Juan Miguel Garcia dan Juan Ernesto Garcia, adalah aplikasi Android yang membantu orang ramai membuat keputusan tentang destinasi percutian berdasarkan gambar yang boleh didapati secara umum yang berkaitan dengan bandar atau negara tertentu, diambil daripada enjin gelintar. Pengguna boleh meleret sama ada ke kiri atau ke kanan untuk memilih gambar yang mereka gemari, yang akan direkodkan oleh aplikasi dan kemudiannya akan menawarkan destinasi berdasarkan pilihan itu. Ia juga membenarkan mereka menempah penerbangan terus daripada aplikasi itu sendiri.
Eric Bilange, Ketua Perkhidmatan Pelibatan Beraneka mengulas: "Kami melancarkan "forgeathon" kami yang pertama sebagai platform untuk mendedahkan SDK kami kepada para pembangun dan menunjukkan pelbagai cara yang mengujakan yang mana alat komunikasi beraneka kami boleh disepadukan ke dalam perkhidmatan, menyediakan pengalaman pengguna baharu menjangkau kemampuan yang popular pada masa ini. Berbanding semua penyertaan lain, Yoroshiku menggunakan paling banyak ciri forge SDK, dibina dalam prototaip yang anggun, yang mana perkhidmatannya menjadi paling beraneka kerana kemampuan SDK. Proses ini telah menemui beberapa konsep dan prototaip yang hebat, yang kami harap dapat dibangunkan dengan lebih lanjut, walau pun antara penyertaan yang tidak berjaya mendapat tiga tempat teratas."
Aplikasi yang meraih kemenangan itu, Yoroshiku, akan dipamerkan di tapak pameran Acision semasa Kongres Dunia Mudah Alih dan SXSW Interactive, bersama pembangun Romain Pellen yang akan memberikan demonstrasi langsung serta bersedia untuk menerangkan lebih lanjut tentang pengalaman pembangunan beliau menggunakan forge SDK. Untuk menempah sesi pertemuan atau taklimat semasa acara tersebut, sila hubungi events@acision.com atau lawati tapak pameran Acision A41 semasa Kongres Dunia Mudah Alih di App Planet, dan tapak pameran 1235 di SXSW Interactive.
Latar Belakang Acision
Acision menghubungkan dunia dengan memperkasa perkhidmatan pelibatan mudah alih yang relevan dan lancar yang saling kendali merentasi semua platform IP serta memperkaya pengalaman pengguna, mencipta nilai dan juga peluang komunikasi baharu untuk pembawa, perusahaan, dan pengguna seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, lawati Acision http://www.acision.com dan forge di http://forge.acision.com
Latar Belakang BeMyApp
BeMyApp mengkhusus dalam hubungan pembangun, dan menganjurkan acara pembangun seperti cabaran dalam talian, maraton godam, bengkel inkubator, dan banyak lagi, di seluruh dunia. www.bemyapp.com.com