SANTA CLARA, Calif., 27 Februari 2015 /PRNewswire/ --
Pengetahuan Analisis Ramalan untuk Membantu Pengendali Mudah Alih Menghasilkan Aliran Perolehan Baharu dalam Pelancongan
Mobileum, peneraju bagi penyelesaian beranalisis untuk transformasi perniagaan telekomunikasi, mengumumkan hari ini pelancaran penawaran baharunya, Pengetahuan Pelancongan dan Penyelesaian Ramalan (TRIPS) Mobileum yang membantu pengendali mudah alih menghasilkan aliran perolehan baharu daripada industri pelancongan global yang berkembang.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140224/671325)
Pasaran pelancongan antarabangsa menjana lebih $1.6 Trilion dalam hasil tahunan, dan berkembang pada rentak pantas dalam era globalisasi meningkat, dijana oleh pelancongan percutian dan perniagaan. Walaupun pengendali menjana hasil menarik daripada perkhidmatan suara mudah alih tradisional dan perayauan data, bahagian pasaran pelancongan mereka masih kecil dibandingkan dengan perbelanjaan besar bagi penerbangan, penginapan, pengangkutan darat, mesyuarat dan hiburan.
TRIPS Mobileum bertujuan membantu pengendali mendapat lebih banyak manfaat daripada dunia pelancongan melalui keluaran hasil berasaskan pengetahuan ramalan daripada simpanan data mereka yang luas. Pengendali akan menemui peluang untuk menjana hasil daripada pemasaran pelancongan, perancangan dan aktiviti pengurusan melalui kerjasama bersama ekosistem luas yang terdiri daripada lebih 700 pemegang berkepentingan industri pelancongan dan jenama global, dengan penawaran perkhidmatan TRIPS hujung ke hujung.
TRIPS terdiri daripada suit penyelesaian berasaskan platform Wisdom Mobileum, bersama ekosistem pembekal industri pelancongan dan jenama global yang saling beroperasi untuk mengembangkan rangkaian perkhidmatan yang mungkin dapat disediakan oleh pengendali untuk pelanggan mereka – merentasi pelbagai fasa kitar hayat pelancongan.
"TRIPS akan membawa peralihan signifikan melalui peranan pengendali mudah alih dalam industri pelancongan global, dan membuka aliran perolehan baharu yang selari dengan perniagaan perkhidmatan perayauan semasa mereka," kata Avnish Chauhan, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Teknologi, Mobileum. "Matlamat kami adalah untuk membantu pengendali berevolusi melepasi sempadan perayauan dengan hasil dunia sebenar yang terbit daripada pengetahuan analitikal yang ditindakkan, bersama kerjasama industri kami dalam pengurusan pelancongan dan pengiklanan. Pengetahuan mendalam daripada TRIPS tentang pelanggan mereka akan menempatkan pengendali sebagai pencetus utama dalam rantaian nilai industri pelancongan, dan membawakan pengalaman pelancongan baharu untuk pengguna mudah alih – sebelum, semasa dan selepas setiap perjalanan."
Latar Belakang Mobileum
Mobileum mebantu penyedia perkhidmatan telekomunikasi memanfaatkan kuasa analisis ramalan dan pengetahuan masa nyata untuk mendorong transformasi perniagaan yang mendatangkan keputusan. Sepanjang lebih 15 tahun lalu, Mobileum telah menyampaikan penyelesaian penting seperti Perayauan Suara dan Data, Analisis Penipuan, Pengewangan Data, Analisis untuk Pengalaman Pelanggan dan Pengukuran & Jaminan Prestasi Perkhidmatan, kepada lebih 617 rangkaian pengendali di 170 buah negara. Platform Wisdom Mobileum membolehkan CSP mendapatkan kefahaman mendalam tentang tingkah laku pelanggan dan rangkaian, serta memanfaatkannya untuk meningkatkan penerimaan perkhidmatan, menyekat kerugian, menyampaikan pengalaman pelanggan yang hebat, meramalkan jenis penipuan baharu, dan memanfaatkan model hasil berpacu-data generasi seterusnya. Mobileum berpangkalan di Silicon Valley California dengan beberapa pejabat di Brussels, Hong Kong, Singapura, India, Dubai, Argentina, Uruguay, dan Brazil. Untuk mempelajari lebih lanjut, lawati http://www.mobileum.com .
Maklumat perhubungan Mobileum:
Nilanjan Ray, Pengarah Kanan Pemasaran
Tel: +91-973-997-0225.
nilanjan.ray@mobileum.com
SUMBER Mobileum, Inc.