- Sekuel untuk permainan parti klasik Kinect dilancarkan seluruh dunia pada 18 Mac 2015
MONTREAL, 28 Februari 2015 /PRNewswire/ -- Fenomena Fruit Ninja bakal berterusan ke generasi seterusnya dengan pelancaran Fruit Ninja Kinect 2 untuk Xbox One, umum Halfbrick hari ini.
Dibangunkan oleh Hibernum Creations di Montreal, Kanada, Fruit Ninja Kinect 2 dilancarkan eksklusif untuk Xbox One pada 18 Mac 2015, dengan lima mod permainan baharu, permainan berbilang empat pemain, sistem kemajuan baharu, dan barisan watak lebih luas.
Fruit Ninja Kinect 2 diteruskan daripada kejayaan dan asas permainan tahun 2011 yang mendapat sambutan luar biasa, menggondol gelaran "Permainan Santai Terbaik" semasa Anugerah Pencapaian Interaktif Tahunan ke-15. Ia menawarkan semua keterujaan permainan yang asal, dengan tambahan lima mod permainan baharu bagi dinikmati seisi keluarga.
Setiap mod berlangsung semasa festival Blueberry Moon, dan dipersembahkan oleh salah seorang ahli pasukan Fruit Ninja baharu – Katsuro, Mari, Han dan Nobu. Pemain boleh mengelak terkena shuriken, melibas hutan buluh, dan mengelak daripada lampu sorot agar menjadi pakar selinap terunggul.
Mod berbilang pemain yang baharu membenarkan sehingga empat pemain menyertai pertarungan, dengan mod Pertarungan dan Parti menyediakan tapak beradu kekuatan yang sempurna untuk pesaing berpengalaman. Sistem kemajuan baharu juga disediakan, membenarkan pemain mendapat pedang, dojo, dan tali pinggang sebagai ganjaran setiap cabaran yang dilaksanakan.
"Ini adalah permainan parti yang paling lengkap, memuaskan hati, dan mudah didapati yang pernah dicipta," kata Shainiel Deo, ketua eksekutif Halfbrick Studios. "Sensor Kinect baharu membawa banyak perbezaan, dan Fruit Ninja Kinect 2 telah dibina daripada asas bagi mengambil kesempatan daripada perkakas terbaharu."
"Fruit Ninja adalah anak emas kami – ia membawa kami ke kedudukan kami hari ini dan kami terus mengekalkan tahap kualiti yang sangat tinggi," tambah Deo lagi. "Hibernum telah melangkaui jangkaan kami pada setiap langkah, dan kami merasakan para peminat tentu akan sangat terhibur dengan produk yang siap itu nanti."
"Kami sangat teruja dapat memasuki pasaran konsol dengan jenama yang hebat seperti Fruit Ninja," kata Louis-René Auclair, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Jenama Hibernum. "Kami gembira dapat bekerjasama dengan Halfbrick untuk permainan ini dan kami sangat berbangga dengan hasil yang kami dapati bersama."
Fruit Ninja Kinect 2 diperingkatkan "E for Everyone" untuk tontonan awam oleh ESRB dan boleh didapati pada harga $14,99 USD di Xbox Games Store. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi press@halfbrick.com
Latar Belakang Halfbrick
Halfbrick merupakan studio pembangunan permainan profesional yang berpusat di Brisbane, Australia. Ditubuhkan pada tahun 2001, ia telah membangunkan banyak permainan popular merentasi platform mudah alih dan digital termasuk Fruit Ninja, Jetpack Joyride dan Fish Out Of Water. Untuk maklumat lanjut, sila lawati halfbrick.com dan ikuti melalui Twitter, YouTube atau Facebook.
Latar Belakang Hibernum Creations
Sejak 2005, kepakaran Hibernum dalam pembangunan permainan, animasi, dan penciptaan kesan khas telah membolehkan syarikat itu membangunkan permainan silang platform di samping gergasi industri seperti Amazon, Lego, Disney, Cartoon Network, Halfbrick, Mattel, DeNA dan Wooga. Antara projek terbaharu mereka termasuklah beberapa permainan yang mendapat sambutan hangat: Bruce Lee: Enter the Game©, Cupcake Carnival©, Saber's Edge©, Globlins©, Calling All Mixels©, LEGO City: My City©, Disney Infinity: Action©, Jewel Quest© dan Pearl's Peril©. Untuk maklumat lanjut sila lawati hibernum.com dan ikuti kami di Facebook dan Twitter.
Maklumat : Naomie De Francesco, ndefrancesco@hibernum.com
Nombor telefon : +1-514-519-0440