READING, England, 28 Februari 2015 /PRNewswire/ --
Bahan Unik SAIF Jadikan Telefon Pintar dan Tablet Selamat Daripada Jatuhan serta Hentakan
Cat® phones akan melancarkan rangkaian baharu sarung dan aksesori telefon mudah alih Cat di Kongres Dunia Mudah Alih 2015.
Diperbuat daripada Formula Suntikan Serapan Hentakan (SAIF) - bahan unik yang menyerap impak sebarang jatuhan - sarung tersebut tersedia untuk telefon pintar iPhone 6 dan 6 Plus (serta model 4 ke atas), iPad Air, Mini dan 2/3/4 serta Samsung S6, S5 dan juga S4.
Bermula pada £24.99 rangkaian Urban kini tersedia dengan dua lagi gaya berbeza, Utility, dan rangkaian teratas portfolio Signature yang mempunyai rekaan sarung berlipat kulit yang bergaya, akan datang tidak lama lagi.
"Jenama Cat sinonim dengan ketahanan, kualiti dan perlindungan," kata Simon Boyd, Ketua Pegawai Eksekutif Bullitt Accessories. "Sarung tersebut menawarkan pelanggan sesuatu yang baharu dalam pasaran, seperti perlindungan unik daripada salah satu jenama paling dikenali di dunia."
Cat phones juga telah mengumumkan rangkaian aksesori lasak untuk jenama telefon mudah alihnya sendiri. Rangkaian tersebut termasuk pengecas tanpa wayar, penyangkut pada basikal dan kereta serta pengecas kereta bagi telefon pintar lasak S50 selain aksesori baharu untuk telefon pintar B15Q dan juga telefon ciri lasak B100.
Sarung dan aksesori tersedia dalam talian di http://www.catphones.com dan daripada peruncit terpilih di seluruh AS serta EMEA. Sarung baharu akan ditambah kepada rangkaian itu apabila vendor peranti mengumumkan produk baharu.
Sarung dan aksesori Cat dapat dilihat di gerai Cat phones di Kongres Dunia Mudah Alih, Dewan 6 E11. Wartawan boleh mendapatkan sampel pada pertunjukan itu dengan menghubungi PR@bullitt-group.com
Latar Belakang peranti dan aksesori Cat:
Jenama Cat melambangkan kepercayaan, ketahanan, keandalan dan kualiti. DNA Cat dapat ditemui dalam setiap telefon mudah alih Cat dan aksesori yang ditawarkan oleh Bullitt Mobile Ltd. serta menyediakan pengalaman tanpa had dengan mobiliti kukuh. Produk baharu telah dicipta untuk komunikasi tanpa wayar yang memenuhi pelbagai keperluan kehidupan yang mencabar.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang telefon dan aksesori Cat sila lawati http://www.catphones.com
Maklumat perhubungan penganalisis/media:
Paul Wooding
pwooding@bullitt-group.com
+44(0)7540-437-282