omniture

Pengecasan Wayarles Powermat Akan Dibenamkan dalam Samsung Galaxy s6

Powermat Technologies
2015-03-02 07:01 99

-- Pelancaran Terpenting Memulakan Kolaborasi antara Powermat & Samsung

SAN FRANCISCO, 2 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Powermat Technologies hari ini mengumumkan kolaborasi strategik dengan Samsung untuk teknologi kuasa wayarles, bagi mengoptimumkan peranti Sambung untuk Powermat Network yang sedang berkembang pesat. Hasil pertama kolaborasi ini adalah kemasukan pengecasan wayarles Powermat yang serasi PMA ke dalam Galaxy s6.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140612/117289

Powermat dan Samsung merancang untuk berkolaborasi bagi membenamkan pengecasan wayarles ke dalam peranti yang semakin banyak pada masa hadapan bagi menyediakan pengecasan wayarles yang mudah kepada para penggunanya.

Dengan membenamkan pengecasan wayarles Powermat ke dalam Galaxy s6, pengguna akan dapat mengakses dengan mudah mana-mana 'titik panas' pengecasan wayarles yang semakin bertambah di tempat awam di seluruh dunia. Ini termasuklah lokasi Starbucks terpilih di A.S., sebagai sebahagian daripada rancangan pengeluaran besar-besaran seluruh negara Powermat. Tempat lain di mana pengguna boleh meletakkan saja telefon mereka atas tapak pengecasan Powermat untuk mendapat pengecasan wayarles percuma adalah lokasi McDonald's terpilih, kedai Coffee Bean & Tea Leaf terpilih, dan ruang santai Delta Airline, antara tapak lain di dalam serta di luar AS.

"Samsung merupakan peneraju dunia dalam membangunkan peranti tercanggih dan syarikat yang benar-benar berwawasan dalam penggunaan pengecasan wayarles untuk pengedaran secara besar-besaran," kata Thorsten Heins, Ketua Pegawai Eksekutif Powermat Technologies. "Pembenaman ke dalam Galaxy s6 adalah langkah utama untuk apa yang kami percaya bakal menjadi kerjasama yang memecah kebiasaan antara kedua-dua syarikat kami bagi memberi faedah kepada pengguna seluruh dunia."

"Kami berbesar hati dapat mempersembahkan Galaxy s6, penyelesaian pengecasan wayarles terbenam pertama dunia yang menyokong mana-mana pad pengecasan wayarles yang terdapat di pasaran," kata Peter Koo, Naib Presiden Kanan Pasukan Strategi Teknologi Samsung. "Melalui kejuruteraan rapat bersama Powermat, pengguna kami boleh menikmati pengecasan wayarles yang mudah di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa."

Latar Belakang Powermat Technologies

Powermat merupakan perintis dan peneraju industri kuasa wayarles. Dinikmati oleh jutaan pengguna seluruh dunia, teknologi Powermat digunakan secara rasminya oleh PMA, dan merupakan platform pilihan untuk syarikat-syarikat terkemuka dunia seperti Duracell, General Motors, AT&T dan Starbucks. Dapatkan maklumat lebih lanjut di www.powermat.com.

Hubungi:

Scott Eisenstein


+1-212-810-6544


Scott.Eisenstein@Powermat.com

 

Source: Powermat Technologies
Related Links:
Keywords: Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Wireless Communications Contracts