omniture

Oral-B® Memperkenalkan Teknologi Aplikasi Baharu di Kongres Dunia Mudah Alih 2015

Oral-B
2015-03-02 15:00 220

-- Aplikasi dan Berus Gigi Dibolehkan Bluetooth Oral-B yang Revolusioner Membantu Mengubah Tabiat Penjagaan Kesihatan Mulut

CINCINNATI, 2 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Oral-B, peneraju seluruh dunia dalam penjagaan kesihatan mulut, memperkenalkan penambahbaikan kepada Aplikasi mereka yang terhubung dengan berus gigi mereka yang paling berprestasi tinggi, dengan mewujudkan rutin memberus gigi yang lancar dan membolehkan bimbingan profesional berkembang, semasa pertemuan Kongres Dunia Mudah Alih GSMA tahunan 2015 di Barcelona, Sepanyol. Oral-B terus menginovasi dan menyuai khusus Aplikasi Oral-B, yang sudah pun mengubah tabiat penjagaan kesihatan mulut apabila digunakan dengan berus gigi yang terhubung Bluetooth, dengan ciptaan Perjalanan Penjagaan Gigi dan Panduan Profesional. Tambahan lagi, Oral-B dengan bangganya mengumumkan pelancaran Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) dan Kit Pembangunan Perisian (SDK) Aplikasi Oral-B pada bulan Oktober 2015, yang akan membolehkan pengguna menjadi sebahagian daripada pengalaman digital penjagaan mulut yang semakin terhubung melalui kerjasama dengan pihak ketiga.

Sejak pengenalan SmartSeries dan Aplikasi Oral-B semasa Kongres Dunia Mudah Alih tahun lepas, keputusan awal menunjukkan tabiat penjagaan mulut yang semakin baik seluruh dunia dalam beberapa langkah penting. Data Aplikasi itu menunjukkan pengguna berus gigi elektrik Oral-B kini memberus gigi pada nisbah purata 2:24. Ini meningkat daripada kurang 60 saat dengan berus gigi manual[1].Tambahan lagi, lebih separuh sesi pemberusan gigi yang direkodkan termasuklah aktiviti memflos, membilas, dan membersihkan lidah. Melalui kombinasi statistik dan maklum balas pengguna ini, Oral-B membuat kesimpulan dengan maklum balas masa sebenar, pengguna digalakkan untuk memberus dengan lebih lama, dengan kurang kasar, dan lebih sejajar dengan saranan pakar profesional pergigian mereka.

Statistik Penjagaan Mulut daripada Oral-B SmartSeries dan Penggunaan Aplikasi[2]

  • Sejumlah 83 peratus masa pemberusan adalah lebih dua minit, dengan tempoh purata pemberusan global sebanyak 2:24.
  • Aplikasi Oral-B telah dimuat turun hampir 300,000 kali sejak pelancarannya; terdapat 87 peratus pengguna aktif dalam bulan Disember 2014.
  • Kira-kira 60 peratus sesi pemberusan memanfaatkan peringatan Aplikasi bagi membilas, memflos, dan membersihkan lidah, untuk rutin penjagaan mulut yang lebih menyeluruh.
  • Oral-B SmartSeries dengan Aplikasi Oral-B telah membantu pengguna mencapai pemberusan menyeluruh pada semua kuadran dan kawasan mulut.

"Kami digalakkan oleh maklum balas dan data pengguna berkenaan kemampuan Aplikasi kami untuk memperbaiki dan mengekalkan rutin penjagaan mulut serta telah menggunakan bukti ini sebagai inspirasi untuk terus melabur dan juga menginovasi dalam bidang ini," kata Stephen Squire, Pengarah Jenama Global, P&G. "Dengan perkongsian bersama pakar profesional pergigian dan pengguna, Oral-B telah mencipta pengalaman memberus gigi generasi seterusnya yang menggunakan matlamat peribadi, pertimbangan pergigian unik, dan hiburan bagi memastikan pengguna kami mendapat hasil yang sebaik mungkin di luar pejabat doktor gigi."

Selepas setahun berkolaborasi dengan pengguna dan pakar profesional pergigian untuk mempertingkat Aplikasi itu, Oral-B telah memenuhi keperluan untuk pengalaman pemberusan gigi yang lebih tersuai khusus. Pengguna Oral-B kini boleh memilih perjalanan yang padan dengan matlamat penjagaan mulut mereka dan pakar pergigian profesional mereka boleh menyediakan saranan serta maklum balas secara terus melalui Aplikasi itu. Matlamat untuk semua peningkatan ini adalah untuk memastikan pengguna boleh mematuhi saranan pakar profesional pergigian mereka antara tempoh janji temu dengan doktor gigi melalui pengalaman Aplikasi yang lancar.

Perjalanan Penjagaan Gigi:

  • Setiap Perjalanan Penjagaan Gigi yang tersuai khusus dibuat khas bagi membantu pengguna mencapai matlamat penjagaan mulut mereka, termasuk gigi yang lebih putih untuk majlis perkahwinan akan datang, atau nafas segar bagi penggemar makanan.
  • Perjalanan itu akan memberi rutin pemberusan yang lebih aktif dan melibatkan untuk tempoh masa yang ditetapkan terlebih dahulu, dan juga menawarkan saranan untuk produk bersesuaian yang padan dengan setiap perjalanan.
  • Pengguna boleh memilih antara lima perjalanan: Nafas Segar, Melawan Plak, Memutihkan, Kesihatan Gusi, atau Penjagaan Orto.

Panduan Profesional:

  • Seorang pakar profesional pergigian boleh menambah masa pemberusan tambahan untuk beberapa kawasan tumpuan dalam mulut, memilih keadaan gigi, dan menyediakan arahan pemberusan serta pembersihan antara gigi yang spesifik untuk diikuti pesakitnya di rumah.
  • Pakar profesional akan menyediakan saranan produk melalui Aplikasi itu, memilih produk berdasarkan keperluan khusus pesakit mereka.
  • Pesakit boleh berkongsi statistik pematuhan mereka dengan pakar pembersihan mulut dan doktor gigi mereka melalui e-mel, sebagai cara untuk menjejaki dan membincangkan kawasan yang boleh dibaiki serta membantu memperbaiki rutin penjagaan mulut mereka.

Bermula lewat tahun 2015, Aplikasi itu akan membenarkan pengguna menyepadukan maklumat penjagaan mulut mereka ke dalam program digital lain dengan membuka API itu. Ini akan mewujudkan tempat yang lancar untuk pengguna memantau kesejahteraan mereka secara holistik, dan berpotensi untuk menyediakan peluang bagi pengguna mendapat ganjaran daripada tabiat pemberusan yang baik melalui pelbagai program ganjaran. Oral-B sedang berusaha untuk membolehkan pengguna mencipta atau memajukan aplikasi melalui data pemberusan pengguna. Jika berminat, sila e-mel Oral-B melalui sdk@oralb.com.

Oral-B akan memperlihatkan semua kemajuan ini di Bandar Inovasi semasa Kongres Dunia Mudah Alih, membenarkan pengunjung mengalami teknologi Oral-B di stesen pemberusan digital, dengan panduan pakar profesional pergigian.

"Bandar Inovasi GSMA ingin menunjukkan bagaimana teknologi mudah alih termaju sedang mengubah kehidupan kita menjadi lebih baik dan kami gembira Oral-B bekerjasama dengan kami untuk tahun kedua berturut-turut melalui pameran teknologi penjagaan mulut mereka," kata Michael O'Hara, Ketua Pegawai Pemasaran GSMA. "Teknologi mudah alih memberi kesan transformatif kepada berbilion orang seluruh dunia dalam segalanya, daripada alat boleh pakai kepada kesihatan dan kecergasan. Oral-B merupakan contoh terbaik untuk ini dan kami tidak sabar-sabar lagi mahu memperkenalkan mereka ke Bandar ini sekali lagi."

Berus gigi elektrik Oral-B SmartSeries dengan keterhubungan Bluetooth 4.0 kini boleh didapati di lebih 20 pasaran di Eropah Barat, Amerika Utara, dan Asia. Menjelang musim panas 2015, berus gigi itu boleh didapati di hampir 50 pasaran global. Keterhubungan Bluetooth akan diperkenalkan kepada model Oral-B Pro 5000 dan 5800 pada musim panas 2015, mencipta pilihan yang lebih interaktif pada harga yang berlainan. Oral-B App 3.0 boleh didapati secara percuma melalui iOS dan Android pada musim panas 2015.

Untuk maklumat lanjut tentang berus gigi elektrik Oral-B dengan keterhubungan Bluetooth 4.0, lawati oralb.co.uk.

Latar Belakang Oral-B

Oral-B® merupakan peneraju seluruh dunia dalam pasaran memberus gigi yang bernilai lebih $5 bilion. Sebahagian daripada Procter & Gamble Company, syarikat itu turut menyediakan berus gigi manual dan elektrik untuk kanak-kanak serta orang dewasa, penyembur air dalam mulut, dan produk antara gigi, seperti flos gigi. Berus gigi manual Oral-B® digunakan oleh lebih ramai doktor gigi berbanding jenama lain di AS dan pasaran-pasaran lain di peringkat antarabangsa.

Latar Belakang Procter & Gamble

P&G berkhidmat untuk hampir lima bilion orang di seluruh dunia melalui jenamanya. Syarikat ini mempunyai antara portfolio paling kukuh, yang terdiri daripada jenama peneraju yang dipercayai dan berkualiti, termasuk Always®, Ambi Pur®, Ariel®, Bounty®, Charmin®, Crest®, Dawn®, Downy®, Duracell®, Fairy®, Febreze®, Gain®, Gillette®, Head & Shoulders®, Lenor®, Olay®, Oral-B®, Pampers®, Pantene®, SK-II®, Tide®, Vicks®, Wella® dan Whisper®. Komuniti P&G termasuklah pengendalian dalam kira-kira 70 buah negara seluruh dunia. Sila lawati http://www.pg.com untuk mendapatkan berita terbaharu dan maklumat terperinci tentang P&G serta jenama-jenamanya.

[1] Yayasan Penjagaan Gigi British. 25 Mei 2010. Diambil daripada http://www.dentalhealth.org/news/details/399
[2] Laporan Suku Tahun Disember IconMobile 2014

Source: Oral-B
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Dentistry Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Mobile Entertainment Telecommunications Wireless Communications Trade show news